Dah 5 bulan saya saya tak buat sebarang kelas tentang Blogging for Business ataupun WordPress.
Ada sebabnya.
Nanti lain kali saya cerita.
Anyway, insyaAllah pada 30 April dan 1 Mei 2016, saya akan mengadakan kelas blog pertama saya untuk tahun ini yang diberi nama…
Blogging with WordPress: 2 Days Crash Course
Kelas kali ini berbeza dengan kelas Blogging for Business yang saya biasa buat sebelum-sebelum ini.
Sebelum ini, fokus biasanya diberi hanya pada teknik SEO (cara supaya blog kita muncul di Google bila orang search).
Tapi dalam kelas kali ini, saya akan kongsikan juga:
- Cara Mudah Kumpul Subscriber @ Database
- Teknik Tarik Trafik dari Facebook
- Strategi Retargeting (keluarkan iklan berbayar pada pelawat blog kita)
Jangan Teruskan Membaca Jika…
Saya nak bagitau sesiap, kelas ini tidak sesuai untuk anda jika:
1. Anda Tak Suka Membaca & Malas Menulis
Bila sebut tentang Blogging dan juga SEO, nak tak nak, anda perlu suka membaca (untuk tambah ilmu) dan juga rajin menulis.
Kalau suka baca jer, tapi malas menulis…
InsyaAllah blog anda akan bersawang dan terbengkalai macam tu jer.
2. Nak Result Cepat
Blogging bukan kerja sehari dua atau seminggu dua.
Biasanya bila buat blog, nak nampak result tu amik masa.
Masa saya first time serious berblog, saya amik masa 3 bulan untuk mahir dan dapat result (trafik & jualan meningkat).
Kalau anda nak tingkatkan jualan dengan pantas, jangan belajar blogging & SEO.
Anda boleh upah orang untuk buatkan Sales Letter atau Landing Page dan gunakan Adwords untuk tarik trafik berbayar dari Google.
Itu insyaAllah lebih cepat (cuma kena keluar duit sokmo lah…).
Tapi jangan risau…
Saya akan ajar bagaimana anda boleh tarik trafik berbayar guna Facebook Ads supaya blog anda ‘lebih cepat' naik.
3. Tak Sanggup Belajar Benda Teknikal @ Buta IT
Jujur cakap, bila nak buat blog guna WordPress, ianya agak teknikal.
Bila sebut ‘agak teknikal', tak bermaksud anda perlu belajar tentang coding atau programming.
Cuma WordPress ni tak sama macam guna Facebook atau Blogspot.
Dalam kelas, saya akan cover benda-benda yang asas & penting untuk anda tau.
Selebihnya, anda perlu rajin explore sendiri melalui pembacaan atau carian di Google.
Teruskan Membaca HANYA Jika Anda…
- Suka membaca
- Rajin menulis
- Rela bersusah payah dahulu
- Sanggup belajar benda baru
Belum Ada Blog Guna WordPress?
Takde masalah.
Saya boleh tolong setup blog WordPress untuk anda sebelum hari kelas (dengan bayaran yang minima).
Atau kalau anda menggunakan Blogspot dan nak ‘berhijrah' ke WordPress, saya boleh tolong juga (sekali lagi, dengan bayaran yang minima).
Siapa Saya?
Nama saya Firdaus Azizi. Saya adalah trainer dan pengarah urusan Firdaus Azizi Training & Consultancy.
Kepakaran saya adalah membantu usahawan-usahawan untuk memulakan bisnes secara online dengan teknik yang betul dan strategi pengiklanan yang berkesan supaya anda boleh mendapat hasil yang diinginkan dalam masa yang pantas, dengan kos yang minima.
Alhamdulillah setakat hari ini, saya sudah membantu lebih daripada 3,000 usahawan melalui kelas-kelas yang saya anjurkan dan juga video-video panduan yang saya hasilkan.
Pengalaman Saya Dalam Dunia Blogging
Saya mula menulis blog pada tahun 2004, Masa tu tulis sekadar nak main-main jer dan hobi ini terhenti pada tahun 2007.
Tahun 2011, saya dan isteri kembali menulis blog tentang tips parenting (sebab excited dapat anak pertama). Tapi itu pun tulis sekadar suka-suka.
Tahun 2013 barulah saya mula serious belajar tentang ilmu blogging sebab saya tak nak bergantung harap kepada Facebook.
Boleh baca kisah kenapa saya mula pinggirkan Facebook dan beralih kepada blog sebagai medium pemasaran utama untuk tau kenapa.
Berhasil Ke Teknik Blogging Yang Saya Apply?
Beginilah…
Sebelum belajar tentang ilmu blog & SEO (Search Engine Optimization), 81% trafik blog Diary of Muhammad (blog isteri saya) adalah daripada Facebook.
Waktu tu, setiap hari kami terpaksa memerah otak dan keringat untuk fikir nak share entri apa di fanpage kami supaya boleh menarik trafik yang tinggi.
Itu kisah dulu…
Alhamdulillah sekarang, trafik dari Facebook hanya sekitar 1.18% sahaja.
Selebihnya adalah dari Google (orang search) dan juga follower tegar blog Diary of Muhammad.
Tak Percaya?
Ini screenshot dari Google Analytics yang menunjukkan sumber trafik (referral) blog Diary of Muhammad bulan lepas.
Untuk blog FirdausAzizi.my pula, trafik kebanyakannya adalah dari Facebook, iaitu dalam 43.77%. Bakinya adalah daripada Google, Fans dan juga Subscriber.
Ini pula adalah graf yang menunjukkan peningkatan jumlah subscriber di Blog saya selama setahun dengan menggunakan content yang berkualiti dan juga beberapa plugin yang saya akan bongkarkan dalam kelas nanti.
Pernah Ke Saya Buat Kelas Blog Sebelum Ini?
Alhamdulillah, setakat ini saya sudah mengadakan kelas blog sebanyak 12 kali sejak tahun 2014 di merata tempat termasuk di Kota Kinabalu, Sabah.
Ini senarai kelas blog yang pernah saya adakan:
- 6 Julai 2014 di Faizland, Seri Kembangan
- 19 Julai 2014 di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu
- 12 Julai 2014 di Dewan Ukhuwwah, Kota Bharu
- 15 Julai 2014 di Dewan Ukhuwwah, Kota Bharu
- 9 Ogos 2014 di MiRC, Kajang
- 16 Ogos 2014 di Hotel Laman Seri, Shah Alam
- 23 & 24 Ogos 2014 di Amani Hotel, Bangi
- 11 Oktober 2014 di Hotel Bustani, Jitra
- 15 November 2014 di Ipoh, Perak
- 22 November 2014 di Wisma Belia, Kuantan
- 13 Desember 2014 di Kota Kinabalu, Sabah
- 15 March 2015 di Bangi
- 11 April 2015 di Setapak
- 19 & 20 September 2015 di Bangi
- 14 & 15 November 2015 di Bangi
Tarikh & Lokasi Kelas
Tarikh: Sabtu & Ahad, 30 April & 1 Mei 2016
Lokasi: MeetCyberJob, Seri Kembangan
Masa: 9 pagi hingga 5.00 petang
Apa Yang Anda Akan Belajar
Ada 4 topik yang saya akan kongsikan dengan anda selama 2 hari.
- Setting-Setting Yang Penting
- Cara Step by Step untuk Guna WordPress
- Teknik Penulisan Yang ‘Mesra Google'
- Cara Menjadikan Blog Anda Disukai Google
- Setting SEO Plugin
- Intro kepada Google Search Console
- Intro kepada Google Analytics
- Apa Itu ‘Plugin'
- Plugin-plugin Penting Yang Anda Patut Guna
- Cara Pasang Plugin
- Cara Setting & Guna Plugin Penting
- Untuk Kumpul Subscriber
- Content Kemas & Menarik
- Facebook Pixel
- Cara Create Website Custom Audience di Facebook
- Teknik Facebook Retargeting (keluarkan iklan pada pelawat blog)
Apa Feedback Peserta Kelas Sebelum Ini?
Ini pula sebahagian daripada feedback peserta kelas Blog saya.
[toggle title=”Klik Untuk Lebih Banyak Testimoni”][/toggle]
Jaminan Tak Masuk Akal!
Kalau lepas dah habis kelas, anda rasa…
- Saya telah membazir masa anda
- Anda langsung takde belajar benda baru
- Apa yang anda belajar semua tak berguna
Saya akan pulangkan duit anda 100%!
“Saya Nak Join Kelas Blogging with WordPress!”
- Cara guna WordPress dengan betul
- Cara pastikan blog anda keluar di Google
- Cara kumpul subscriber di Blog
- Cara tarik trafik yang targeted & berkualiti dari Facebook
Bukan Setakat Tu Jer! Ada BONUS Lagi…
Koleksi 98++ Premium Theme & 15 Premium Plugin daripada MyThemeShop
Koleksi 68++ Genesis Premium Theme daripada StudioPress
Anda tak akan dibiarkan terkapai-kapai keseorangan selepas kelas.
Anda akan mendapat akses ekslusif ke Support Group di Facebook dan juga melalui emel.
Berapa Yang Anda Perlu Laburkan?
Kelas ini adalah jenis praktikal dan terhad kepada 15 orang peserta sahaja.
Untuk menyertai kelas intensif selama 2 hari ini…
Beserta bonus yang bernilai lebih dari RM 3,000!
Yuran komitmen yang anda perlu laburkan hanya RM497 sahaja.
Belum Ada Blog?
Saya boleh tolong setupkan blog WordPress untuk anda sebelum kelas dengan bayaran hanya RM250 (termasuk domain & hosting).
Dan kalau nak saya tolong pindah @ migrate blog anda dari Blogspot ke WordPress, anda hanya perlu tambah RM80.
Dah Tak Sabar Nak Daftar?
Sila isikan borang tempahan di bawah.
Penting!
- Hanya pilih salah satu pilihan di bawah.
- Untuk servis setup blog WordPress, saya akan hubungi anda melalui emel untuk langkah seterusnya.
- Pastikan anda menerima salinan invois daripada saya selepas borang berjaya dihantar
- Perlukan bantuan? Boleh hantar emel ke seminar@fames.my atau hubungi 011 1948 1730.