Refund Policy

Ini adalah Refund Policy untuk Firdaus Azizi Training & Consultancy (002329002-H).

Program (seminar / workshop / kelas)

1. Pembatalan @ Tarik Diri

  • Sebelum 7 hari sebelum program – 100% refund
  • 6 ke 4 hari sebelum program – 50% refund
  • 3 ke 2 hari sebelum program – 20% refund 
  • 1 hari @ 24 jam sebelum – tiada refund

Sekiranya bayaran dibuat menggunakan Credit Card, setiap refund akan ditolak 10% daripada yuran program.

2. No Show @ Tidak Hadir

Tiada refund akan diberikan.

3. Tukar Tarikh @ Tunda

Sebarang pertukaran tarikh atau penundaan dibenarkan dengan syarat:

  • Dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum program
  • Boleh ditunda ke program seterusnya yang sama nilai dalam masa 6 bulan

Jika dimaklumkan kurang 7 hari sebelum program, pihak Team Fames berhak membatalkan pendaftaran dan memberikan refund seperti kes pembatalan (rujuk #1 di atas).

4. Hadir Tapi Tak Puas Hati @ Rasa Tak Berbaloi

  • 100% refund akan diberikan dengan syarat tuntutan dibuat secara bertulis dengan menyatakan sebab inginkan refund.
  • Tuntutan perlu dibuat dalam masa 7 hari selepas program.
  • Tuntutan boleh dibuat melalui emel ke hai@fames.my.

Coaching, Consultation & Mentoring

  • 100% refund sekiranya tuntutan dan pembatalan dibuat 7 hari sebelum tarikh sesi yang ditetapkan.
  • Sekiranya sesi sudah berjalan, tiada refund akan diberikan.
  • Untuk sebarang sesi yang diberikan percuma atau sebagai bonus untuk program anjuran Team Fames, ianya perlu dituntut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh program berlangsung.

Video @ Online Course

  • 100% refund akan diberikan dengan syarat tuntutan dibuat secara bertulis dengan menyatakan sebab inginkan refund.
  • Tuntutan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas pembelian disahkan.
  • Tuntutan boleh dibuat melalui emel ke hai@fames.my.