Blog Firdaus Azizi

3 Sebab Bisnes Owner Perlu “Transfer Report Marketing” Guna Google data Studio

Ramai dari bisnes owner yang hanya gunakan Google Sheet untuk catat semua report marketing. 

Yang lagi old-school, guna Google Excel. 

Bukan tak boleh guna, tapi kalau ada alternatif yang lagi baik, why not kan?

Lagipun dah nak masuk 2023.

Kalau boleh, strategi dan pengurusan bisnes kita pon kena kena upgrade seiring dengan masa, barulah kita tidak ketinggalan.

Salah satu alternatif untuk buat report markerting dengan lebih tersusun ialah dengan menggunakan Google Data Studio. 

Apa itu Google Data Studio?

Kalau anda owner bisnes tapi tak pernah dengar tentang Google Data Studio, RUGI BESAR!

Google Data Studio (GDS) atau nama barunya Looker Studio ialah satu platform untuk visualisasikan data menjadi laporan yang professional, mudah dibaca, & interaktif.

Senang cerita, GDS ini akan kumpulkan set data dari pelbagai tempat ke satu lokasi supaya kita boleh tukar maklumat tersebut menjadi laporan yang mudah difahami. 

Tak perlu lagi korang nak copy paste data, masukkan dalam Microsoft Word lepas tu buat diagram secara manual. 

GDS akan hasilkan siap-siap laporan untuk anda.

Tinggal pilih je nak laporan dalam bentuk macam mana – graf, carta pai, atau jadual.

Best kan? Tapi benda best ni biasa mahal bayarannya. 

Namun berita baik untuk korang! 

GDS ini FREE.

Ya, ianya boleh digunakan secara percuma sahaja tanpa perlu apa-apa bayaran. 

Cuma itulah, walaupun percuma, ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan GDS ni, apatah lagi nak guna untuk generate data bisnes. 

Jadi, apa yang best sangat tentang GDS sampai korang kena transfer report marketing guna tool ni?

#Sebab 1: Visualize data lebih “mudah baca” 

Banyak data dalam bisnes ini guna nombor. Dan semestinya ianya sukar untuk diterjemahkan menggunakan bahasa yang mudah. 

Banyak-banyak nombor akan memeningkan kita untuk buat laporan. 

Tapi dengan GDS ni tak perlu nak pening-pening lagi dah.

Setiap data yang dimasukkan akan diterjemahkan melalui graf dan carta pai yang semestinya akan memudahkan kita untuk baca dan analisa data. 

Contoh laporan dari Google Data Studio

Bukan setakat itu je, kalau korang nak tambah video, nak buat warna-warni pun boleh. 

Kalau bos tanya, performance sales macam mana, tunjuk je laporan GDS ni. 

Sekali pandang pon dah boleh tahu, okay ke tak performance sales bulan tu. 

Dah jimat masa berhari-hari berbanding kalau nak analisa data satu-satu. 

#Sebab 2: Mudah nak buat keputusan baiki iklan semasa

Jadi bila dah tahu performance macam mana, langkah seterusnya yang perlu kita ambil ialah BUAT TINDAKAN. 

Apa tindakan yang patut kita buat apabila kita dah tengok data?

Scale up kos iklan ke…

Scale down kos iklan ke…

Atau terus nak off iklan ke…

Tindakan untuk baiki iklan semasa ini akan sukar tanpa bantuan GDS.

Bukan la nak kata tak boleh langsung, tapi ianya akan mengambil masa yang lebih lama (biasanya berhari-hari) 

Jadi, untuk pastikan iklan kita dalam keadaan stabil dan tidak merugikan, mahu atau tidak, kita sebagai marketer atau pemilik bisnes perlu buat keputusan cepat dan tepat.

#Sebab 3: Lebih mudah baca trend bisnes 

Bila kita dah tengok data, dah tahu tindakan apa yang perlu dibuat, kita kena analisa pulak trend bisnes. 

Langkah ini penting supaya kita dapat kenal pasti di manakah lompong yang kita boleh perbaiki di dalam bisnes kita. 

Selain itu, ianya juga dapat menjadi satu bukti yang bernilai untuk perancangan jangka panjang bisnes kita. 

Dengan trend data yang kita perolehi, kita boleh meramal tingkah laku pengguna dan corak pembelian sekaligus dapat menyediakan servis yang lebih baik buat pelanggan kita. 

Contoh trend bisnes yang telah ditapis mengikut bulan

Kesimpulannya, dengan hanya mengubah cara anda jana laporan bisnes akan memberi impak yang besar dalam keseluruhan bisnes anda.

Jadi apa kata korang? Best kan GDS ni?

Buat yang dah cuba, tahniah! Anda sudah berada di landasan yang benar. 

Buat yang masih belum cuba, mulakan langkah hari ini demi masa depan bisnes anda. 

2023 akan menjadi tahun yang mencabar namun dengan ilmu yang tepat, insya-Allah kita akan dapat mengharunginya. 

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga anda akan mendapat manfaat dan ilmu baru, amin. 

“Kalau saya nak belajar buat report Google Data Studio (GDS) ni dengan Team Fames boleh tak?”

Ehhh boleh, takkan tak  boleh..

Kebetulan memang kami baru je open kelas live ajar GDS ni.

Nak join untuk diri sendiri boleh.

Nak hantar tim boleh.

Nak ajak geng-geng marketer pun sangat dialu-alukan.

Nak tahu detail kelas GDS dengan kami?

Klik butang di bawah:

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Cara Analisa Data Jualan Dengan Cepat Guna Google Sheet & Google Data Studio

Pejam celik pejam celik, nampaknya kita dah menghampiri penghujung 2022, cepat betul masa berlalu. Fuhh..banyak betul dugaan marketer/bisnes owner tahun ni. Mana yang run iklan mesti lagi terasa dengan cabaran performance iklan yang tak menentu. Cuba check balik sepanjang tahun 2022 ni… Ada tak kempen yang berjaya? Kempen yang tak berjaya? Kempen mana yang berbaloi

Read More »