Boleh Lagi ke Dapat CPC 1 Sen Untuk FB Ads?

Beberapa hari lepas, saya ada share screenshot prestasi iklan (seperti di bawah) salah seorang student saya.

Cara Dapatkan CPC Yang Murah
– Screenshot Iklan Student Saya –

Ringkasan daripada screenshot di atas:

  • Total Spent (jumlah yang dibelanjakan so far) – RM 3.20
  • Average CPC (cas yang dikenakan oleh Facebook untuk setiap klik) – RM 0.01
  • Jumlah SMS Masuk – 8

Seriously, saya tak sangka ada orang masih boleh dapat CPC 1 sen pada tahun 2015.

Zaman 2012 – 2013, setakat nak dapat 1 sen tu benda biasa.

Start 2014, dah agak mencabar nak dapat CPC 1 sen. Apatah lagi CPC 1 sen +sales kan?

Berminat nak tau apa rahsia beliau? Teruskan membaca!

Cara Dapatkan CPC Hanya 1 Sen + Sales Masyuk!

Setelah ditemuramah, ini antara 3 teknik yang beliau gunakan.

1. Target Placement Hanya Di Mobile

3 Jenis Placement Untuk Iklan Di Facebook
– 3 Jenis Placement Untuk Iklan Di Facebook –

Dalam setiap kelas saya, saya selalu tekankan untuk buat 1 iklan (Ads Set) target pada 1 placement sahaja.

Sebabnya mudah; kos iklan untuk setiap placement berbeza. Begitu juga dengan ‘conversion rate'.

Bab ni saya dah pernah kongsikan dengan panjang lebar dalam entri ‘Cara Mendapatkan Kos Per Klik Yang Murah‘.

Kalau rajin, pergilah baca balik dan faham strategi yang saya share dalam entri tersebut.

2. Target Orang Yang Betul-Betul Berminat

Antara kesilapan ramai pemain FB Ads adalah mensasarkan iklan secara rambang pada audience yang terlalu besar.

Analogi macam menggunakan senapang patah @ peluru tabur. Mana yang terkena tu kira nasib jelah.

Audience targeting untuk Fb Ads
– Audience Targeted = Sharp Shooter @ Sniper –

Saya punya style, saya prefer target audience yang lebih kecik @ lebih targeted. Yang nih kira ala-ala sniper.

[alert-success]Size audience yang biasa saya rekemen adalah dalam range 100,000 ke 500,000 sahaja.[/alert-success]

Bila menggunakan size audience yang lebih kecik, kos iklan akan sedikit tinggi. Tapi, insyaAllah conversion rate juga lebih tinggi sebab iklan ‘kena' pada audience yang tepat.

Tips mudah; hanya sasarkan iklan pada golongan yang minat & memang mampu beli apa yang anda tawarkan.

[alert-note]Kalau guna audience tahap juta-juta, memang kos iklan murah, tapi conversion rate belum tentu ‘murah'.[/alert-note]

Dalam kes iklan student saya ni, size audience beliau tak sampai 1 juta pun.

3. Headline & Gambar Yang Power!

Selain daripada placement dan targeting yang tepat, iklan anda kenalah ‘menyengat'. Barulah mampu untuk mendapat jumlah klik yang tinggi @ CTR yang tinggi.

Bila CTR tinggi, biasanya Facebook akan menghadiahkan kita dengan CPC yang lebih rendah.

Untuk buat iklan di facebook, copywriting kenalah power.
– Ini Contoh Berita Depan Harian Metro. Best Ke Best? –

Dalam kes iklan student saya ni, CTR beliau sudah mencecah 11.363%.

[alert-warning]Janganlah terlalu mengejar CTR yang tinggi sampai menggunakan headline & gambar yang terlalu sensasi, tapi mesej iklan anda tak sampai![/alert-warning]

“La… Itu Jer Ke?”

Yups, itu jer 🙂

Beliau takde pun guna ilmu tahap datuk nenek segala bagai.

  • Split test belum buat…
  • Lookalike Audience pun belum cuba guna…
  • Custom Audience apatah lagi…

Cuma…

Beliau dah join kelas Facebook saya untuk memahami dengan lebih terperinchi konsep dan selok belok FB Ads.

Eh, silap…

Beliau tak join kelas saya, tapi company beliau yang jemput saya untuk buat kelas khas kepada team mereka (untung la diorang!).

Nak Lagi Tips Menarik?

Saya ada kongsikan lagi banyak tips-tips menarik tentang pemasaran Facebook dalam pakej video panduan yang saya hasilkan.

Setakat ni ada 2 pakej yang anda boleh cuba:

  1. Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook (21 video)
  2. Pakej Video Power Editor (12 video)

Anda boleh klik mana-mana link di atas untuk info lanjut 🙂

Ada Belajar Sesuatu?

Adakah anda dapat belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini?

Kalau ada soalan, boleh tanya terus di ruangan komen. InsyaAllah saya akan jawab setiap satu komen anda.

P.s. – Tolong klik ‘Share' supaya lebih ramai boleh dapat manfaat. Anda pun tumpang dapat ‘saham' 🙂

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Comments

  1. Saya tak belajar sesuatu, tapi saya belajar banyak benda dalam entri post kali ini. Menanti post seterusnya. CPC 1 sen ini memang ‘rare’, tetapi tak mustahil untuk mendapatkannya.

  2. En.firdaus..saya nk tanya..ada tak idea utk target interest produk kurus?sy ada try brand2 besar (herbalife, shaklee) and kevin zahri semua..tp xpenah plak dpt cpc 1sen.

    Actually sy mmg langsung x kisah bape sen pun, janji sale ada.nk jimat beriye pun tapi xde sale no point kan?

    Kalau2 en.firdaus bole contribute idea on the segment interest, its very much appreciated..