Bisnes Di Facebook: Kenapa Fanpage Lebih Baik Berbanding Facebook Peribadi?

Fanpage, bahasa melayunya adalah halaman peminat.

Atau kata lain bagi Fanpage adalah sebuah halaman Facebook khas untuk peminat tema tertentu.

Sebagai contoh, jika anda minat dengan kucing, dan anda suka tengok jenis-jenis kucing yang pelbagai, maka Facebook akan tunjukkan kepada anda Fanpage yang berunsurkan kucing yang comel, atau Fanpage yang menawarkan cara-cara penjagaan kucing.

perniagaan di Facebook
Contoh Fanpage yang menawarkan ubat untuk kucing

Di dalam perniagaan, Fanpage adalah salah satu alat yang sangat berguna kerana ia mengumpulkan peminat sesuatu niche yang kita dah tak perlu pujuk banyak, insya-Allah peminat yang Like Fanpage kita akan teruja dengan apa yang kita tawarkan.

7 Sebab Kenapa Fanpage Berbanding Facebook Peribadi

Ada beberapa kelebihan berjualan di Fanpage berbanding berjualan Facebook Peribadi

Kelebihan #1: Jumlah Likers tidak terhad

Jumlah rakan untuk Facebook Peribadi hanya terhad kepada 5,000 orang.

Paparan yang akan keluar jika Friend baru anda Send Friend Request kepada anda, tapi Friend anda telah mencecah 5,000 orang
Paparan yang akan keluar jika Friend baru anda Send Friend Request kepada anda, tapi Friend anda telah mencecah 5,000 orang

Tapi untuk Fanpage, anda boleh dapatkan kenalan yang tak pernah kenal anda dan tak pernah jumpa anda hingga ke berpuluh ribu, beratus ribu, malah berjuta.

Likers boleh melebihi 5,000 orang di Fanpage
Likers boleh melebihi 17,000 orang di Fanpage, tidak hanya terhad kepada 5,000 orang

Ini meningkatkan peluang untuk anda memperkenalkan produk anda dengan lebih meluas, bukan terhad kepada hanya 5,000 orang.

Kelebihan #2: Boleh menerima message atau PM dari sesiapa sahaja

Fanpage boleh menerima message, atau PM dari sesiapa sahaja tak kira orang tersebut dah like Page kita, atau belum like.

Facebook Peribadi tak dapat menerima PM kalau orang tersebut belum menjadi friend kita.

Kalau masuk pun, message tersebut akan masuk folder ‘Others'.

Di Facebook Peribadi, message dari bukan Friends akan masuk ke folder Others yang sangat jarang kita perasan
Di Facebook Peribadi, message dari bukan Friends akan masuk ke folder Others yang sangat jarang kita perasan

Folder ini biasanya kita tak perasan kecuali kalau kita bukak kotak message tersebut di laptop atau computer (desktop view).

Kelebihan #3: Boleh Analisa Prestasi Page 

Fanpage mempunyai fungsi Page Insight yang membantu pemilik Page menganalisa prestasi Page.

Dari Page Insight ini, kita boleh kenal pasti – Likers kita lebih suka post yang berbentuk apa.

Adakah Likers kita lebih suka status/post yang berbentuk bentuk text sahaja (post status kosong), atau bergambar, atau status/post yang disertakan dengan link.

Contoh analisaa post jenis yang disertakan dengan link; kita boleh analisa, gaya ayat macam mana yang Likers suka, atau waktu bila lebih ramai mereka menghadap Facebook dan nampak post kita.

Dari analisa ini, kita boleh duplicate perkara yang sama untuk post-post akan datang supaya reach untuk post akan datang lebih memberangsangkan.

Analisa ayat status, waktu ia di post, dan macam-macam lagi
Analisa ayat status, waktu ia di post, dan macam-macam lagi untuk duplicate gaya post yang dapat reach yang tinggi

Fungsi – fungsi ini tiada pada Facebook Peribadi, ia hanya ada pada Facebook Page

Kelebihan #4 : Fanpage Boleh Lantik Team Untuk Uruskan Page

Jika anda mempunyai team atau pekerja di dalam perniagaan anda, semua team anda boleh akses di Fanpage anda tanpa perlu akses kepada akaun Facebook Peribadi anda.

Anda boleh set kan sama ada akses mereka terhad kepada Editor iaitu di bolehkan untuk update status di Fanpage, atau di beri kebenaran untuk menguruskan Page sepenuhnya sebagai admin.

5 role untuk pengurusan Fanpage yang tiada di Facebook Peribadi
5 role untuk pengurusan Fanpage yang tiada di Facebook Peribadi

Oh, cukup saya kongsikan 4 kelebihan Fanpage pada hari ini 😀

Insya-Allah hari lain, saya kongsikan lagi 3 kelebihan dalam Entry Part 2 ^_^

Kena Bayar Kat Facebook Ke Kalau Nak Buat Fanpage?

Kalau nak bina Fanpage, kita tak perlu bayar apa-apa kepada Facebook. Semuanya percuma sahaja.

Tak Pasti Macam Mana Nak Mulakan Bisnes di Facebook?

Saya nak tolong guide anda step-by-step, tentang macam mana nak mulakan bisnes di Facebook, dari cara buat Fanpage, sampai cara buat iklan.

Jangan risau, kalau anda rasa anda tak pandai IT sekalipun, insya-Allah anda boleh follow.

Klik untuk dapatkan Video Panduan Cara Mulakan Bisnes di Facebook, dan anda boleh tengok ulang-ulang sampai jadi.

Saya juga ada sediakan group sokongan bagi anda yang dapatkan video ini, just in case anda ada soalan nak tanya kalau masih kurang jelas dengan penerangan dalam video.

Boleh Tolong Share?

Saya pasti, masih ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana yang masih teraba-raba jalan, macam mana nak mulakan bisnes dengan Facebook.

Insya-Allah kalau anda share entry ini kepada mereka, mana tahu mereka juga akan mulakan bisnes  di Facebook, dan anda dapat pahala kerana membantu menaiktaraf kewangan rakan-rakan anda 😀

Terima kasih kerana membaca! ^_^

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Comments

    1. Salam Tuan / Cikpuan,

      Cara paling selamat untuk dapatkan Likers adalah dengan menggunakan FB Ads.

      Tapi sebenarnya tak perlu nak kejar Like banyak sangat. Boleh fokus buat iklan Post Engagement untuk dapatkan prospek & database.

      Saya syorkan tuan / cikpuan join kelas terdekat saya ataupun dapatkan pakej video saya 🙂

      Terima kasih

  1. Assalamualaikum, En Firdaus Azizi.
    Saya nak tya, Video Panduan Lengkap “Cara mulakan Bisnes di facebook dgn kos minima rm147 masih ada lg ke? Still harga promosi? Nk kepastian.. Tq..