Dah Cuba Power Editor Terbaru? Ini 4 Benda Baru Yang Anda Pasti Suka!

Pada 19 Jun 2015 yang lepas, Facebook telah mengumumkan tentang ‘upgrade'聽untuk Ads Manager dan juga Power Editor.

Proses ‘Upgrading' ini sudah pun bermula sejak 19 Jun lepas dan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa beberapa bulan.

Cara Guna Power Editor Terbaru Facebook

Upgrade terbaru ini bertujuan memudahkan proses聽creating, monitoring & optimizing untuk iklan di Facebook.

Selain daripada itu, ada beberapa features baru yang turut diperkenalkan dalam interface terbaru ini.

Apa Yang Baru Dalam Power Editor

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah berjaya mendapat akses ke interface Power Editor yang baru ini 馃檪

Secara ringkasnya, saya boleh katakan interface baru nampak聽lebih menarik dan memang sangat memudahkan proses membuat, memantau dan mengoptimasikan iklan.

[alert-note]Itupun kalau anda tau macam mana nak guna ;)[/alert-note]
Interface Power Editor Baru Yang Sangat Menarik
Ini Adalah Rupa Bentuk Power Editor Yang Baru

Ini adalah 4 perubahan paling menarik yang saya suka.

1. Layout Yang Lebih Tersusun

Layout untuk Power Editor yang baru lebih tersusun dan mudah untuk diakses berbanding yang lama.

Ini adalah layout yang lama.

Layout Power Editor Yang Lama

Bahagian navigasi untuk Campaign, Ad Set & Advert terletak di bahagian atas dan fungsi-fungsi lain hanya boleh diakses daripada ‘dropdown' menu yang jarang orang klik.

Ini pula adalah layout yang baru yang lebih kemas.

Layout Power Editor Yang Baru

Navigasi untuk Campaign, Ad Set & Advert kini diletakkan di bahagian tepi sebelah kiri manakala akses ke bahagian-bahagian lain diletakkan di bahagian atas.

2. Filters Yang Lebih Canggih

Dalam Power Editor yang lama, memang dah ada fungsi ‘Filter' seperti di bawah.

Filters Dalam Power Editor Yang Lama

Cuma masalahnya, bila kita filter di bahagian Campaign, dia tak terus filter sekali bahagian Ad Set dan juga Adverts.

Kalau ada Ad Set sampai berbelas atau berpuluh, memang agak pening nak manage.

Alhamdulillah dalam interface yang baru ni, dah tak perlu pening kepala sebab boleh guna multiple filter serentak 馃檪

Multiple Filter Selection & Search Dalam Power Editor Terbaru

[alert-success]Malah ada fungsi baru, iaitu ‘Search' :)[/alert-success]

Opsyen yang available untuk Filter juga lebih banyak.

Filters Dalam Power Editor Yang Baru

3. Report Yang Lebih聽Mudah Diakses

Dalam versi Ads Manager & Power Editor yang baru, Facebook cuba untuk memudahkan akses ke bahagian ‘Report'聽dengan menjadikan fungsi tersebut ‘built in'.

Sebelum ini, jika anda klik di bahagian ‘Report', anda akan dibawa ke page yang khas untuk Report sahaja seperti di bawah.

Facebook Ads Reporting Yang Lama

Sekarang,聽Report telah聽diintegrasikan sekali dalam Power Editor dan ditambah dengan fungsi multiple Filters untuk memudahkan anda monitor dan optimize iklan anda.

Facebook Ads Report Yang Baru Dalam Power Editor

[alert-success]Paling menarik, anda boleh filter juga mengikut prestasi iklan![/alert-success]

4. Proses Multiple Selection Dipermudahkan

Antara yang best bila guna Power Editor sebelum ini adalah fungsi yang dipanggil ‘Bulk Editting' di mana anda boleh edit beberapa Ad Set atau Adverts serentak.

Cuma tak ramai yang tau sebab kena select secara manual dengan menggunakan butang ‘Ctrl' atau ‘Shift' di keyboard.

Sekarang dah ada petak siap-siap untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Paling best, anda boleh Filter Ad Set dan Adverts mengikut apa yang anda pilih tadi.

Kalau tengok gambar di bawah, mungkin anda lebih faham 馃檪

Multiple Selection Dipermudahkan

Dah Dapat Power Editor Baru Tapi Tak Reti Nak Guna?

Kalau anda dah dapat interface Power Editor yang baru tapi tak reti nak guna, anda mempunyai opsyen untuk kembali ke interface yang lama.

Anda boleh ke bahagian ‘Help' di sebelah kanan atas dan klik ‘Use older version of Power Editor'.

Cara Nak Guna Power Editor Yang Lama

Tapi…

Kalau anda nak belajar menggunakan聽Power Editor terbaru ini, anda boleh mendapatkan Pakej Video Power Editor saya.

Alhamdulillah ianya telah dikemaskini dengan video panduan cara menggunakan Power Editor yang baru ini.

Video Cara Guna Power Editor Terbaru

Anda tak perlu susah payah bazir masa untuk explore sendiri interface terbaru Power Editor yang mungkin akan memeningkan anda.

Berminat? Klik butang di bawah聽sekarang.

Download Video Cara Guna Power Editor Sekarang

Tolong Klik Share

Saya pasti anda belajar sesuatu dari perkongsian saya kali ini.

Kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain supaya mereka juga beroleh manfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Comments

  1. Assalam tuan. Saya ingin tanya macamana mahu tukar kpd ads yg lama? Saya strt bt ads terus jd interface baru. Nak tukar dah xboleh? Sy xpndai nak setting ads baru nie. Adakah tuan tahu caranya?

  2. Dulu pernah guna power editor. Rumit dan memeningkan bagi saya pengguna FB Ads yang biasa-biasa ni. Apa beza ads yang guna power editor dengan ads yang tak guna power editor ye?