[TIPS BISNES FESYEN]: KOLEKSI EVERGREEN SEMAKIN KURANG SAMBUTAN? CUBA GUNA 3 RAHSIA INI UNTUK TINGKATKAN SEMULA ROAS IKLAN ANDA!

Dalam saya dan tim menguruskan iklan klien fesyen, kami dapati isu ini menjadi salah satu kerisauan ramai pemilik bisnes fesyen.

Walaupun demand koleksi ni sentiasa ada, namun apabila demand mula tidak konsisten dan mula menunjukkan kejatuhan ROAS, pasti tak boleh duduk diam kan? 

So, apa yang kami buat untuk stabilkan semula ROAS apabila masalah ini berlaku? 

Alhamdulillah!

3 rahsia yang kami cuba ini, ada yang berjaya menstabilkan semula ROAS, ada yang tidak & perlu terus buat “experiment”. 

Apa-apa pun, jom kita go through satu-satu apa 3 rahsia tersebut!

1# Ubah / Tambah Marketing Angle

Sebagai copywriter, marketing angle adalah salah satu elemen penting yang saya akan tambah atau ubah untuk menstabilkan ROAS iklan yang jatuh.

Apa itu Marketing Angle? 

Marketing Angle ni adalah approach, pendekatan atau point yang kita nak guna untuk promote produk kita.

Contoh:

” Saya jual seluar mesra Muslimah dan patuh syariah”

Kebiasaannya saya buat iklan yang target audience adalah wanita muslimah yang mencari seluar longgar dan selesa.

Namun, jika marketing angle ini sudah tepu atau tidak perform, macam mana saya nak ubah atau tambah marketing angle ni?

Selain daripada target kepada Muslimah yang mencari seluar yang patuh syariah (longgar) untuk penampilan yang lebih sopan, saya boleh add on pada audience yang sama, namun menggunakan angle:

  • Seluar mesra solat (bagi yg mencari pakaian mudah boleh dibawa solat)
  • 100% suami approve guna Comfort Pants (bagi isteri yang menjaga keterampilan untuk suami)

Namun, untuk beri impak marketing angle yang ditambah ini, kita perlu support dengan bahan marketing dalam bentuk gambar atau video.

Dan selalunya untuk test satu marketing angle baru, saya akan cadangkan klien untuk re-photoshoot/ re-shoot koleksi tersebut dan masukkan elemen-eleman marketing angle yang baru.

2# Photoshoot > Marketing Angle / Audience

Untuk “advice” klien photoshoot baru koleksi evergreen, selalunya saya akan listkan beberapa angle dan scene gambar yang berbeza untuk klien shoot.

Seluar mesra solat tadi, apa expected gambar yang kita boleh shoot selain daripada tunjuk seluar yang labuh, tak ketat, tak jarang?

Contoh gambar untuk angle “seluar mesra solat” : 

  • Pelbagaikan angle shoot gambar dengan fokus setiap sisi seluar mesra solat tersebut
  • Letakkan lighting yang terang ketika shoot gambar bagi tunjukkan “bukti” seluar mesra solat ini tidak jarang

Contoh video untuk angle “seluar mesra solat” : 

  • Tunjuk model yang boleh terus solat jika tiada telekung.
  • Describe kelebihan & feature seluar yang membuatkan seluar ini mesra solat.
  • contoh model solat, waktu rukuk, duduk di antara dua sujud seluar tidak terangkat, tak melekat sehingga nampak betuk kaki.

Ini bermaksud, setiap marketing angle yang ditonjolkan mampu membuatkan anda lebih kreatif dalam menghasilkan bahan marketing yang lebih deliver nilai & kualiti koleksi anda.

3# Optimized Landing Page

Selain daripada marketing angle dan photoshoot baru koleksi evergreen ini, saya juga akan memantau landing page/ website klien.

Adakala faktor content landing page yang sudah lama tidak update, tak ada vibe mengikut keadaan semasa juga boleh menyebabkan kurangnya conversion pembelian.

Contoh:

Klien nak buat sales untuk baju raya, tapi website / landing page masih tiada elemen yang menunjukkan “mood” hari raya tersebut untuk boost semangat prospek supaya membeli.

So, part landing page, catalog page, banner facebook page, shopee shop ke, ubahlah ikut keadaan semasa supaya prospek akan rasa offer yang ditawarkan ekslusif dan limit pada masa tu je, dan perlu dibeli segera.

Okay sekadar itu sahaja perkongsian ringkas dari saya, moga 3 rahsia ini dapat bantu anda untuk stabilkan semula ROAS koleksi evergreen anda yang sedang bermasalah.

Semoga berjaya !


Takde idea nak main marketing angle yang berkesan untuk bisnes Anda?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Sekarang ini, kami telah melancarkan Bootcamp Unboxing Funnel Master 5x 2.0 khas buat anda.

Ia adalah kelas online praktikal berkonsepkan “Virtual Bootcampt” yang kami anjurkan selama 15 – 60 hari (bergantung pada pakej) supaya anda dapat kuasai ilmu:

✅ Copywriting
✅ Teknikal Facebook Ads
✅ Closing di website dan Whatsapp

Lengkap, sistematik & Intensif…

Bagi memastikan ia MUDAH & CEPAT DIBUAT, kami juga berikan execution plan (pelan tindakan untuk amalkan ilmu strategi), template, checklist, LIVE sesi Q&A & rakaman yang boleh ditonton berulang kali.

Nak tahu lebih lanjut? Klik jer butang di bawah :

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *