Saya selalu terima soalan,
“Saya dah buat iklan. Habis dekat RM100, tapi kenapa takde sale pun?”
“Saya guna Power Editor untuk buat iklan, tapi kenapa iklan macam takde respon?”
“Iklan saya ramai giler Like, tapi langsung tak yang komen atau PM saya. Kenapa ek?”
Adakah anda pun pernah hadapi masalah yang serupa?
Pandai Buat Iklan Saja Mana Cukup Bang!
Kalau anda ingin menghasilkan iklan yang berkesan…
Iklan yang boleh menghasilkan jualan dan mendapat respon yang pantas daripada prospek…
Pandai setting Facebook Ads sahaja mana cukup!
Sebab Apa Tak Cukup?
Anda kena faham bahawa Facebook Ads hanya berfungsi untuk menarik orang masuk ke ‘kedai' kita.
Bila orang dah masuk kedai, kita kena yakinkan prospek untuk mendapatkan produk kita.
Masalah Yang Biasa Berlaku Adalah…
Kita berjaya tarik orang berpuluh beratus ribu untuk melihat iklan kita.
Tapi…
Iklan kita langsung tak menarik & tak mampu nak meyakinkan prospek.
Ini yang akhirnya menyebabkan iklan kita banyak klik, banyak Like, tapi sales ciput!
Ini juga yang akan menyebabkan orang stress sebab duit iklan yang dilaburkan, lebur!
Belajar Ilmu Tulis Ayat Jualan
Kalau anda sedang mengalami situasi-situasi yang saya ceritakan di atas, ini bermaksud anda perlu belajar cara untuk menulis ayat jualan yang berkesan.
Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang pakar bab menulis ayat jualan.
Tapi saya banyak belajar dengan pakar-pakar ‘copywriting' untuk memastikan ayat iklan saya mampu membuatkan orang tak senang duduk selagi mereka belum mendapatkan produk saya 😉
Di bawah ini saya ingin kongsikan, 3 orang ‘Sifu' yang selalu menjadi rujukan saya dalam bab ‘copywriting'.
3 Orang Sifu ‘Copywriting' Yang Saya Suka Rekemen
1. Aqif Azizan (Write to Wealth)
Tuan Aqif Azizan merupakan seorang penulis sepenuh masa dan pernah menjadi konsultan kepada beberapa syarikat korporat.
Tuan Aqif & tim Write to Weath banyak menerbitkan eBook, audio & video panduan tentang penulisan & pengiklanan untuk membantu usahawan-usahawan online di Malaysia.
Antaranya produk beliau yang saya rekemen:
Follow Beliau:
2. Suffian Salahudin
Tuan Suffian Salahudin adalah seorang copywriter low profile yang semakin popular di kalangan usahawan online di Malaysia.
Antara prinsip utama yang beliau selalu tekankan adalah ‘back to basic' dengan menggunakan ayat jualan yang simple tapi kena dengan target market yang betul.
Klik sini untuk senarai eBook dan video-video percuma beliau.
Follow Beliau:
3. Faisal Abdullah (Nasihat Niaga)
Tuan Faisal Abdullah bukan setakat pandai bab menulis ayat jualan malah beliau sudah berjaya membantu beribu-ribu usahawan online untuk menjadi jutawan sejak tahun 2008.
Beliau juga menjadi konsultan kepada beberapa syarikat yang menjana jualan jutaan ringgit setahun.
Antara produk beliau yang saya syorkan adalah:
Follow Beliau:
Ada Belajar Sesuatu?
Saya pasti anda dapat belajar sesuatu daripada entri ini.
Klik butang Share supaya rakan-rakan anda juga beroleh manfaat.
7 Comments
T kasih byk2 tuan.. Saya baru nak belajar biz online..
Sama-sama 🙂 Semoga bermanfaat untuk Cikpuan. Saya doakan Cikpuan berjaya dalam bisnes yang diceburi.
terima kasih tuan atas penghargaan ini. semoga dilimpahkan rezeki yg tidak putus2
Sama-sama Tuan Faisal 🙂 Semoga tuan juga diberikan rezeki yang melimpah ruah sebab berkongsi ilmu dengan usawahan baru seperti saya.
Ucapan terima kasih di atas perkongsian ilmu marketing internet oleh tuan firdaus azizi. Di harap dapat membantu sy untuk memulakan marketing internet.
inilah sifu-sifu saya follow sejak dulu..dah beli ebook..video..yg dijual..memang bermanfaat pada bisnes online saya…sgt..sgt..sgt.. rekemen menuntut ilmu dari mereka…:)
.
jom baca ‘sharing’ case study saya kat sini “Bagaimana Saya Dapat RM10,000 Pertama Di Internet Dalam 40 Hari”
.
Terima kasih Tuan. Luasnya skop copywriting ni ye.
Haji baru nak belajar , syukur sebab ada orang macam Tuan yang sudi tunjuk jalan.
Tq