Ramai dari bisnes owner yang hanya gunakan Google Sheet untuk catat semua report marketing.
Yang lagi old-school, guna Google Excel.
Bukan tak boleh guna, tapi kalau ada alternatif yang lagi baik, why not kan?
Lagipun dah nak masuk 2024.
Kalau boleh, strategi dan pengurusan bisnes kita pon kena kena upgrade seiring dengan masa, barulah kita tidak ketinggalan.
Salah satu alternatif untuk buat report markerting dengan lebih tersusun ialah dengan menggunakan Looker Studio (dahulu dikenali sebagai Google Data Studio).
Apa itu Looker Studio?
Kalau anda owner bisnes tapi tak pernah dengar tentang Looker Studio, RUGI BESAR!
Looker Studio (dahulu dikenali sebagai Google Data Studio) ialah satu platform untuk visualisasikan data menjadi laporan yang professional, mudah dibaca, & interaktif.
Senang cerita, Looker Studio ini akan kumpulkan set data dari pelbagai tempat ke satu lokasi supaya kita boleh tukar maklumat tersebut menjadi laporan yang mudah difahami.
Tak perlu lagi korang nak copy paste data, masukkan dalam Microsoft Word lepas tu buat diagram secara manual.
Looker Studio akan hasilkan siap-siap laporan untuk anda.
Tinggal pilih je nak laporan dalam bentuk macam mana – graf, carta pai, atau jadual.
Best kan? Tapi benda best ni biasa mahal bayarannya.
Namun berita baik untuk korang!
Looker Studio ini FREE.
Ya, ianya boleh digunakan secara percuma sahaja tanpa perlu apa-apa bayaran.
Cuma itulah, walaupun percuma, ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan Looker Studio ni, apatah lagi nak guna untuk generate data bisnes.
Jadi, apa yang best sangat tentang Looker Studio sampai korang kena transfer report marketing guna tool ni?
#Sebab 1: Visualize data lebih “mudah baca”
Banyak data dalam bisnes ini guna nombor. Dan semestinya ianya sukar untuk diterjemahkan menggunakan bahasa yang mudah.
Banyak-banyak nombor akan memeningkan kita untuk buat laporan.
Tapi dengan Looker Studio ni tak perlu nak pening-pening lagi dah.
Setiap data yang dimasukkan akan diterjemahkan melalui graf dan carta pai yang semestinya akan memudahkan kita untuk baca dan analisa data.
Bukan setakat itu je, kalau korang nak tambah video, nak buat warna-warni pun boleh.
Kalau bos tanya, performance sales macam mana, tunjuk je laporan Looker Studio ni.
Sekali pandang pon dah boleh tahu, okay ke tak performance sales bulan tu.
Dah jimat masa berhari-hari berbanding kalau nak analisa data satu-satu.
#Sebab 2: Mudah nak buat keputusan baiki iklan semasa
Jadi bila dah tahu performance macam mana, langkah seterusnya yang perlu kita ambil ialah BUAT TINDAKAN.
Apa tindakan yang patut kita buat apabila kita dah tengok data?
Scale up kos iklan ke…
Scale down kos iklan ke…
Atau terus nak off iklan ke…
Tindakan untuk baiki iklan semasa ini akan sukar tanpa bantuan Looker Studio.
Bukan la nak kata tak boleh langsung, tapi ianya akan mengambil masa yang lebih lama (biasanya berhari-hari)
Jadi, untuk pastikan iklan kita dalam keadaan stabil dan tidak merugikan, mahu atau tidak, kita sebagai marketer atau pemilik bisnes perlu buat keputusan cepat dan tepat.
#Sebab 3: Lebih mudah baca trend bisnes
Bila kita dah tengok data, dah tahu tindakan apa yang perlu dibuat, kita kena analisa pulak trend bisnes.
Langkah ini penting supaya kita dapat kenal pasti di manakah lompong yang kita boleh perbaiki di dalam bisnes kita.
Selain itu, ianya juga dapat menjadi satu bukti yang bernilai untuk perancangan jangka panjang bisnes kita.
Dengan trend data yang kita perolehi, kita boleh meramal tingkah laku pengguna dan corak pembelian sekaligus dapat menyediakan servis yang lebih baik buat pelanggan kita.
Kesimpulannya, dengan hanya mengubah cara anda jana laporan bisnes akan memberi impak yang besar dalam keseluruhan bisnes anda.
Jadi apa kata korang? Best kan Looker Studio ni?
Buat yang dah cuba, tahniah! Anda sudah berada di landasan yang benar.
Buat yang masih belum cuba, mulakan langkah hari ini demi masa depan bisnes anda.
2024 akan menjadi tahun yang mencabar namun dengan ilmu yang tepat, insya-Allah kita akan dapat mengharunginya.
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga anda akan mendapat manfaat dan ilmu baru, amin.
“Kalau saya nak belajar buat report Looker Studio ni dengan Team Fames boleh tak?”
Ehhh boleh, takkan tak boleh..
Boleh dapatkan Panduan Video Looker Studio 1.0 Terbaharu daripada kami.
Klik butang di bawah: