Dalam dunia pemasaran digital ni, landing page memegang peranan penting dalam mengubah ‘pengunjung’ menjadi ‘pelanggan’ kita.
Namun, mungkin kita seringkali terperangkap dalam persoalan seperti berikut:
“Nak buat landing page simple & pendek ke?”
“Nak buat landing page detail & panjang ke?”
“Antara dua ni, mana yang lagi convert eh?”
Landing page bukanlah sekadar ‘a page of website'.
Sebab dengan landing page yang power, kita boleh dapat leads yang berkualiti yang mampu menjadi potential customer kita.
Tapi, apa beza antara guna landing page panjang & pendek untuk bisnes kita?
Okay, untuk jawapan ini kami akan jawab mengikut dua situasi (objektif).
Mengapa kita memilih untuk berdasarkan objektif?
Sebabnya, objektif kita akan mempengaruhi kedalaman dan keperincian maklumat yang disampaikan.
1) Keutamaan Pada Kualiti
“Lebih panjang landing page, lagi bagus?” – Kadang-kadang boleh jadi ya!
Jika objektif utama anda mencari prospek yang berkualiti atau dapatkan database waiting list…
Landing page panjang adalah pilihan yang sesuai.
Kenapa Pilih ‘Landing Page Panjang’?
Nak cari prospek yang betul-betul berpotensi jadi pelanggan, anda kena beri peluang pada prospek untuk betul-betul faham produk atau servis anda.
Tips Untuk Hasilkan Landing Page Panjang Yang Baik:
a) Ada Unsur Elemen 5W 1H
Gunakan unsur 5W1H (What, Why, Where, When, Who, How) dalam landing page untuk bantu pastikan pembaca dapat gambaran penuh tentang tawaran anda.
Contohnya seperti…
“Nak launch produk apa?”
“Bila nak launch kempen/produk/servis ni?”
“Ada offer apa kalau grab masa launching nanti?”
Untuk elak terlepas pandang info-info penting yang sepatutnya diletakkan dalam landing page, boleh gunakan formula ini.
b) Masukkan Social Proof
Testimoni adalah salah satu social proof yang dipercayai.
Masukkan juga testimoni-testimoni pembeli anda sebelum ini, untuk tambah kepercayaan traffic menjadi prospek kita.
c) Susunan Content yang Kemas
Walaupun panjang, pastikan landing page anda kemas dan mudah dibaca.
Gunakan ruang dengan bijak, pilih jenis font tulisan yang jelas, dan pastikan warna teks dan latar belakang berkontras dengan baik.
Elemen visual seperti gambar dan grafik juga boleh bantu
d) Optimumkan SEO:
SEO penting untuk landing page agar mudah ditemui oleh pengguna yang mencari produk atau servis anda di enjin carian.
Masukkan lebih banyak kata kunci relevan & penting berkaitan dengan produk atau servis untuk ranking Google.
Contoh seperti..
Kedai buku online yang menggunakan kata kunci seperti, “buku bisnes online”, atau “tudung bawal ironless”.
Jadi, anda bolehlah gunakan tips di atas untuk hasilkan landing page yang mampu tarik prospek berkualiti.
2) Objektif Tingkatkan ‘Awareness’
Kalau landing page panjang mampu tarik leads yang berkualiti, habis tu kualiti leads landing page pendek tak okay ke?
Tidak juga, sebab landing page pendek pun ada kelebihannya tersendiri.
Kalau objektif utama anda untuk meningkatkan ‘awareness’ pasal produk atau servis, kami cadangkan untuk guna landing page yang mudah, ringkas dan pendek.
Kenapa Pilih ‘Landing Page Pendek’?
Best part buat landing page pendek ni, ianya simple dan straight to the point!
Cukup anda letak headline yang catchy on hero section, info produk / servis (awareness) dan siap!
Tips Untuk Landing Page Pendek Yang Baik:
a) Highlight Emosi / Masalah Dalam Headline
Emosi boleh triggered prospek untuk ambil tindakan.
Anda boleh main emosi sedih, takut, marah, risau, hampa, gembira, berharap & banyak lagi.
Jadi, kalau anda nak prospek take action dalam landing page, pastikan anda buat headline yang beremosi untuk tarik perhatian mereka.
Contoh:
Emosi gembira:” Syukur, lega sangat-sangat. Tak sanggup cucuk insulin hari-hari lagi”
Emosi sedih: “Kalau mak tak dapat pergi haji sebab tak lepas medical checkup, mak redha 😭. Hubungi kami tunai hasrat ibu tercinta”
b) Borang yang Simple & Mudah
Selain daripada headline, borang main peranan penting jumlah & kualiti leads yang kita akan dapat.
Kalau landing page ringkas, tapi borang yang perlu diisi banyak sangat pun tak menjadi jugak.
Maka, buatlah borang yang simple dan minta info asas sahaja dulu.
Jika perlu info lain, anda boleh buat survey atau mintak kemudian selepas anda dah ada database leads baru.
c) Tambahkan Freegift & Offer yang Menarik
Siapa tak suka freegift kan? Bila ada freegift tu barulah prospek beriya nak isi borang sebab mereka tahu mereka akan dapat something in return.
Contoh beberapa jenis tawaran yang sesuai untuk landing page, lead page atau lead generation yang anda boleh guna:
- Berikan konsultasi percuma bagi individu yang mendaftar
- Berikan sampel produk percuma sebagai tawaran
- Tawarkan Ebook atau panduan ekslusif sebagai freegift bagi mereka yang mendaftar
- Tawarkan diskaun istimewa / promosi khas untuk pembelian pertama bagi pengunjung yang mendaftar
Jadi, Mana Satu Menjadi Pilihan Anda?
Sebenarnya, tak ada jawapan yang tepat atau salah.
Dalam menentukan jenis landing page yang sesuai – panjang atau pendek, semua ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.
Landing page yang bagus, adalah landing page yang boleh dapat leads yang banyak & berkualiti.
Tapi, ingat…
Bila dah ada leads jangan diam jer.
Sebab kualiti leads juga boleh terjejas jika kita tak ada plan untuk follow up mereka.