3 Punca Cost Per Lead (CPL) Mahal & Ini Solusi Untuk Anda Selesaikan Secepat Mungkin!

Apabila cerita pasal Cost Per Lead (CPL), ramai suka tanya…

“CPL saya ni kira mahal ke?

Macam mana nak dapat CPL murah lagi eh?”

CPL mahal ni sebenarnya subjektif.

Ada orang CPL RM 10 murah.

Ada orang CPL RM 5 pun dah mahal bagi mereka.

Cara mudah, kita kena tanya kawan niche bisnes yang sama & dapatkan KPI yang mereka letak untuk iklan.

Sebab lain bisnes, lain KPI/ benchmarks.

Malah kalau sama industri bisnes pun, CPL tetap takkan sama 100% sebab:

+ Harga & produk yang dijual berbeza

+ Target audience yang berbeza demographic

Contoh kita jual tudung.

Tak mustahil setiap koleksi tudung yang kita jual, ada CPL yang berbeza.

Takkanlah harga tudung yang dijual RM 69 sama CPL dengan harga tudung yang dijual pada harga RM 15.

Tapi, kalau contoh anda memang dah ada benchmark CPL daripada jualan-jualan sebelum ni…

Dan kos CPL jadi mahal dari biasa sehingga merugikan…

Ada beberapa perkara yang boleh anda semak & betulkan daripada sharing hari ini.

Di antara punca-punca utama yang menyebabkan CPL mahal adalah:

  • Angle & Kreatif Iklan
  • Salah Target Market
  • Proses Rumit

Jom saya explain satu persatu.

#1 Angle & kreatif iklan

Kalau kita ada sasaran jualan yang besar, pastikan usaha kita ke arah itu pun seiring.

Takkan nak dapat sales 1 juta, sama jer teknik & strategi iklan nak dapat sales 100K?

Tak logikkan? Tapi itulah yang ramai orang buat, lagi-lagi bab angle  & kreatif iklan.

Apa beza angle & kreatif iklan?

Angle itu ini adalah macam mana kita present produk atau servis dari pelbagai sudut.

Manakala kreatif iklan adalah video atau gambar yang akan visualizekan marketing angle yang kita gunakan untuk iklan.

Sebab itu kalau nak besarkan sasaran, kena besarkan lagi jumlah kreatif & marketing angle.

Takkan nak guna video, gambar & angle iklan yang sama jer.

Setiap bahan kreatif/ angle yang kita gunakan, akan ada tempoh matangnya.

Jadi, untuk atasi masalah ini apa kita patut buat?

Solusi:

Salah satu langkah penting, kita perlu tambah & pelbagaikan lagi angle & kreatif iklan untuk tarik lebih ramai orang jadi pelanggan kita.

Cara mudah nak pelbagaikan marketing angle & kreatif iklan adalah melalui target market.

1. Listkan target market kita siapa

  • Ibu & anak
  • Cikgu sekolah
  • Doktor

2. Listkan kenapa, bila, mereka perlukan produk/servis kita, sebaiknya setiap 1 target market ada list berlainan

  • Jimat masa
  • Effortless tapi masih kelihatan cantik

3. Hasilkan kreatif daripada list yang dibuat, boleh buat 1 kreatif = 1 target market = 1 angle. 

Contoh poster untuk target ibu & anak

Dah jelas macam mana nak banyakkan angle iklan & kreatif? Jom kita bincangkan bagaimana salah target market boleh menyebabkan leads mahal.

#2 Salah target audience

Produk kita murah atau mahal, premium atau marhaen bukan satu masalah kenapa CPL kita mahal.

Tapi kepada siapa kita jual produk kita, itu yang penting. 

Kalau kita jual produk kepada orang yang salah pun boleh jadi punca kenapa iklan sendu & membuatkan CPL jadi mahal.

Memang semua orang boleh jadi customer kita, tapi tak semua orang nak membeli dengan kita.

Masih menggunakan contoh sekiranya anda jual tudung…

Memang ramai orang pakai tudung.

Tapi setiap koleksi, design atau jenis tudung yang kita jual, pasti ada target market yang berbeza.

Takkan nak jual harga tudung RM 89 nak target student-student yang pakai.

So, nak baiki semua ni kita kena bermula dengan kenal pelanggan.

Solusi: 

Jadi untuk elak masalah leads mahal sebab isu ni, kita kenalah kenal target market kita dengan buat customer avatar.

Buat customer avatar ni buka semata nak tahu siapa target market kita tau.

Tapi kita kena faham lifestyle mereka.

Baik dari segi apa yang diorang suka, berapa pendapatan mereka, apa pekerjaan mereka, tinggal kat mana…

Lagi anda kenal lifestyle target market anda, lagi mudah anda nak buat iklan yang tepat.

Contoh poster target market kanak-kanak lelaki

Jadi pastikan anda dah kenal semua customer avatar anda & dari segi targeting, kreatif iklan haruslah tally dengan customer avatar kita.

#3 Complicated

Selain daripada isu kreatif, targeting iklan yang salah, proses mendapatkan leads yang “complicated” juga membuatkan CPL mahal.

Complicated ni maksudnya kalau kita bawak leads ke WhatsApp, kita punya prefilled text untuk send message tu, awal-awal dah mintak mereka isi macam-macam.

Kalau yang gunakan landing page pulak, biasanya form yang complicated yang memerlukan data personal yang sensitif & banyak sangat soalan, akan membuatkan tak ramai yang nak berkongsi data mereka.

Kesudahannya jumlah klik banyak, tapi tak ramai yang betul-betul nak hantar mesej (WhatsApp) atau hantar form (landing page) kepada kita.

Solusi: 

Jika bawak leads ke WhatsApp, pastikan prefilled text ni letak yang simple seperti:

“Saya berminat dengan XXXX”

“Saya nak booking appointment”

Jika perlukan data lain, kemudian baru mintak secara manual.

Tapi jika leads anda datang dari landing page, jangan letak soalan bebanyak. 

Kalau ada soalan pun sebaiknya letak soalan objektif yang tinggal kena pilih jawapan jer.

Jadi, secara kesimpulannya…

CPL mahal ni bukannya semata-mata sebab iklan yang makin mahal.

Masih ada solusi untuk kita baiki & dapat kurangkan kos per lead kita.

Yang penting, jangan fokus proses nak dapat leads saja.

Proses selepas dapat leads, baik dari segi respond pantas & follow up jugak penting supaya kita dapat return yang berbaloi dari kos iklan yang dibelanjakan.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Framework Landing Page Yang Convert

Nak guideline hasilkan Landing Page yang "padu"?

Content yang betul & tersusun akan hasilkan landing page yang convert.

Tapi content apa, nak letak kat mana. Itu semua kami dah letak dalam framework ni.

Anda tinggal follow jer struktur content dalam framework ni & suaikan ikut produk/servis anda.

Isi info di bawah & download Framework Landing Page Yang Convert secara PERCUMA!