3 Perkara Seller Tiktok Perlu Buat Supaya Customer Repeat Purchase

Tidak dinafikan medium pembelian ecommerce di kalangan rakyat Malaysia kini majoriti bertukar ke Tiktok Shop.

Yela, mana taknya. Kalau beli di Tiktok kebiasaannya:

  • Dapat voucher/subsidi Tiktok (lebih jimat)
  • Boleh tengok, tanya masa live (fact finding senang, proses “trust” lebih cepat)
  • Banyak social proof yang lebih legit (dari video affiliate/ pembeli yang buat review melalui video)

Malah kalau kami tanya klien pun, ada yang tutup jualan di website & fokus jualan melalui Tiktok & WhatsApp saja.

Cuma bila fokus jualan di Tiktok ni, ada beberapa concern yang kami terima dari klien kami yang mana:

  • Kadar repeat sales berkurang
  • Pattern pembelian tinggi jika Tiktok “belanja” voucher saja

Jadi untuk sharing kali ni, kami nak suggest anda 3 perkara yang anda boleh buat untuk selesaikan isu di atas ini.

#1 Back End Strategy 

Bila berbisnes ni, kita bukan kena cari customer baru saja.

Customer sedia ada pun kita kena tahu bagaimana nak urus dan jaga, barulah mereka terus membeli dengan kita.

Dan inilah satu kelemahan yang ramai seller Tiktok tak buat. 

Kebanyakan seller fokus buat Live untuk dapatkan jualan saja.

End up customer hanya membeli ketika ada voucher & kebanyakan hanya membeli sekali saja.

Jika kita nak customer sedia ada ingat & terus membeli produk kita, kenalah ada back end strategy.

Back End ni adalah proses “pemasaran” untuk customer kita. Maksudnya ia adalah strategi macam mana kita nak dapat jualan berulang dari mereka yang pernah membeli dengan kita.

Tapi ramai yang silap. Mereka fokus cari customer baru saja. Dah dapat customer, post barang, diam.

Instead of kita diam & mengharapkan customer sedia ada akan ke Tiktok Shop kita balik untuk membeli…

Why not kita yang cari & follow up mereka, sampailah mereka membeli lagi dengan kita.

Tapi, kenapa nak kena ada Back End Strategy?

Saya percaya ada di antara anda, mempunyai “favourite seller” yang anda akan membeli dengan mereka berulang kali.

Dan kebiasannya kita akan repeat purchase daripada seseorang seller ni, atas sebab customer servis yang baik, betul?

Sebab itulah setiap bisnes perlu ada back end strategy untuk menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Dari hubungan baik di antara kita dengan pelanggan, barulah mereka akan lebih percaya & suka membeli dengan kita.

Secara tak langsung, kadar repeat order meningkat, & pelanggan pun secara tak langsung akan rekemen produk/servis kita kepada kenalan mereka.

Macam mana nak susun Back End Strategy ni?

Untuk susun back end strategy ni, kita kena tahu bila & berapa kerap mesej yang nak dihantar kepada customer kita.

Tunjukkan keprihatinan & betapa berharganya mereka bagi seawal hari pertama membeli.

Untuk kekerapan mesej pula, jangan terlalu kerap mesej customer. Cukup sekadar dua minggu sekali atau sebulan sekali apabila mereka dah jadi regular customer kita nanti.

Contoh anda boleh rujuk table di bawah untuk susun back end strategy kepada pelanggan-pelanggan anda di Tiktok.

#2 Invest

 Strategi back end dah ada, so macam mana nak apply semua follow up pelanggan sedia ada ni dengan efektif? 

Kenalah automate-kan semua gerak kerja follow up ni.

Yela, takkan kalau sehari ada 100-200 customer baru, nak  WhatsApp sorang-sorang secara manual kan?

Kenalah invest dekat sistem yang boleh bantu kita hantar WhatsApp secara automatik macam Wabot Plus.

Berikut adalah contoh automation yang kami susun untuk auto WhatsApp customer selepas mereka membuat pembelian.

#3 Special Offer

Selain daripada kena invest pada sistem, kita perlu juga invest untuk offer yang akan ditawarkan kepada pelanggan.

Kita kena adakan “sebab”, kenapa pelanggan perlu repeat purchase dengan kita? 

Apa keuntungan yang mereka dapat beli dengan kita dari beli dengan seller lain?

Kalau kita jual baju raya, seller lain pun jual baju raya.

Malah mungkin ada yang lagi murah, ada yang lagi cantik.

Habis tu apa yang membezakan kita dengan seller lain? 

Salah satu cara, kita boleh bezakan dengan offer.

Contoh kita tengok jenama pakaian baju raya terkenal Bulan Bintang, bagaimana mereka buat pelancaran baju raya 2024.

Bayangkan betapa banyak kos yang dikeluarkan oleh mereka untuk offer pembeli baju mereka tahun ini, sehinggakan boleh menang Nissan GT-R.

Secara tak langsung ia menambah “sebab” pelanggan sedia ada untuk membeli baju raya pada tahun ini sekali lagi,  dengan “jual harapan” dapat memenangi hadiah lumayan jika bertuah.

Sumber: Vocket

Akhir kata nasihat kami untuk anda, walaupun jualan di Tiktok lebih mudah untuk cari pelanggan baru melalui live & voucher…

Kita sebagai owner bisnes perlu ambil inisiatif untuk urus & jaga pelanggan, supaya mereka setia dengan kita.

Sebab di Tiktok ni pesaing kita ramai. Bukan satu dua. Beribu seller lain mungkin jual produk niche yang sama dengan kita.

Jadi, kita perlu ada keunikan & kelainan yang membuatkan klien ingat & akan membeli lagi dengan kita.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? 

Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris Rasul  🌟🌟🌟🌟🌟