Label dalam WhatsApp Business bukanlah satu features yang baru.
Tetapi, ia masih salah satu ciri yang sangat berguna bagi anda yang masih buat closing menggunakan WhatsApp.
Cuma walaupun fungsi ini sudah lama diperkenalkan, tetapi masih ramai orang tak gunakan fungsi ini.
Fungsi ini membolehkan anda menyusun dan mengurus mesej dan database anda dengan lebih efisien.
Berikut adalah cara-cara menggunakan WhatsApp label dengan betul.
1. Kenapa Menggunakan Label di WhatsApp?
Mungkin ada di antara anda yang tak gunakan fungsi ini & rasa tak perlukan fungsi ini.
Seperti yang kami beritahu di atas, fungsi label ini untuk bantu anda menguruskan contact dalam WhatsApp.
Dengan menggunakan label di WhatsApp, ia membolehkan anda:
a) Grouping mesej dan contact berdasarkan kategori tertentu
Kalau sebelum ada fungsi label ni, biasanya ramai yang save contact ikut kategori database.
Tapi cara ni leceh sebab kita kena edit untuk setiap contact.
Dengan label, kita kumpulkan contact/mesej dalam satu kategori dengan mudah.
Ada yang label ikut status contact seperti, “Prospek” > “Customer Baru” > “Customer lama”.
Ada juga yang label ikut produk apa yang prospek/pembeli berminat & bila prospek masuk, contohnya:
“Prospek Teh Sacha Inchi June 24”
“Pembeli Teh Sacha Inchi June 24”
Dan anda akan nampak bagaimana fungsi ini dapat membantu anda apabila nak buat broadcast/follow up di masa akan datang.
b) Menyusun strategi broadcast/follow up yang lebih berkesan.
Dah label database, baru mudah nak hantar mesej yang lebih personalize kepada contact kita.
Contoh hujung atau awal bulan, andai kata kita nak follow up promosi minggu gaji dekat prospek yang belum membeli…
Jika kita dah label siap-siap, tak perlulah kita nak scroll balik tengok mesej satu-satu setiap contact.
Kita hanya perlu search nama label, kemudian keluar semua senarai contact yang ada dalam label tersebut.
Sama jugak kalau nak follow up pelanggan nak ajak repeat purchase.
Kalau kita dah ada label siapa customer, siapa prospek, siapa VIP customer…
Nanti anda akan nampak lebih banyak ruang untuk kita tambah baik dari segi strategi cara kita communicate, cara closing, serta offer apa yang terbaik boleh kita berikan kepada mereka.
2. Cara Membuat dan Menambah Label
Dah jelas kenapa anda perlu guna fungsi label dalam WhatsApp Business?
Sekarang kita nak tunjuk macam mana nak tambah label pulak.
Untuk anda yang masih tak pernah gunakan & sini kami kongsikan bagaimana nak buat & tambah label di WhatsApp Business.
Langkah 1: Buka WhatsApp Business
Langkah 2: Pergi ke bahagian Setting/Tetapan Pilih chat atau contact yang ingin anda labelkan.
Langkah 3: Klik di bahagian Business Tool > Labels > Tambah Label
Langkah 4: Pilih mana-mana mesej pelanggan & pergi ke Contact info, pilih ‘Label'. Anda boleh memilih label sedia ada atau mencipta label baru dengan menekan ‘Tambah Label Baru'.
3. Tips untuk Menggunakan Label dengan Efektif
Penggunaan label ini boleh mengelirukan anda jika tidak disusun & dinamakan dengan betul. Jadi, untuk mudahkan anda kami share tips siap-siap untuk penggunaan fungsi label ini.
a) Kategorikan Pelanggan dengan Jelas:
Untuk mengelakkan anda keliru dengan naming label, sebaiknya guna naming keyword template yang sama, contohnya:
{{Status Database + Nama Produk + Masa}}
- “Prospek Teh Sacha Inchi June 24”
- “Prospek Teh Sacha Inchi Julai 24”
- “Prospek Teh Sacha Inchi Q3 24” (Q3 bermaksud Quarter 3: July-September)
Sebab bila kita tak ada template naming, kita akan create naming label yang bercampur aduk & akan menyukarkan kita nak buat carian kelak.
b) Semak dan Kemas Kini Label Secara Berkala:
Naming dah kemas, tapi kalau label tak dikemas kini pun akan pening jugak.
Anda perlu sentiasa semak dan kemas kini label sedia ada untuk memastikan ia relevan dengan keadaan semasa.
Contoh anda buat broadcast follow up prospek yang belum membeli & ada yang sudah closed menjadi customer.
Jadi status prospek tersebut dah bertukar ke pelanggan.
Untuk elak masalah “terlupa”, sebab itu kita kena kemas kini untuk pastikan anda tidak tersilap cara komunikasi dengan mereka.
c) Invest Sistem WhatsApp Automation yang boleh Sync Contact & Label:
Satu kelemahan kalau guna label ni, bila kita nak broadcast kepada contact bagi label-label tertentu…
Kita perlu copy & paste setiap mesej kepada setiap contact secara manual.
Kalau dah beratus, beribu contact memang mencabarlah nak blast satu-satu, kan?
Tapi jangan risau, sekarang ni dah ada sistem WhatsApp Automation yang boleh auto sync label di WhatsApp Business.
Anda hanya tinggal connect WhatsApp dengan sistem, download database untuk setiap label, kemudian anda boleh broadcast kepada mereka tanpa perlu copy paste satu-satu lagi dah.
Cuma sistem ini perlu dilangganlah.
Tapi, jika betul-betul anda utilize fungsi-fungsi yang ada, kami pasti ia satu pelaburan yang mampu jimatkan kos & masa yang banyak untuk bisnes anda.
Akhir kata dari kami, gunakanlah fungsi label di WhatsApp Business ini untuk menguruskan database prospek & pelanggan.
Apabila database disusun & diurus dengan baik…
Kita dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengar mesej yang lebih tepat & lagi mudah untuk kita close mereka melalui follow up di masa akan datang.
Jumpa lagi di sharing akan datang, semoga artikel ini membantu & bermanfaat untuk anda ya 😊