Customer Relation Executive

Overview
Kami sedang mencari Customer Relation Executive yang berdedikasi dan memainkan peranan penting dalam membina hubungan yang baik antara syarikat dengan klien serta memperluas rangkaian (network), terutamanya dalam sistem Wabot untuk menyertai pasukan kami. Calon yang ideal ialah calon yang memiliki kemahiran komunikasi yang baik, proaktif dan mengambil inisiatif serta minat dan mempunyai sikap positif dalam bidang khidmat pelanggan dan hubungan awam.

Tanggungjawab

  • Membina hubungan yang baik bersama pelanggan dan prospek.
  • Mewakili syarikat dengan penuh profesional dalam sebarang pertemuan, panggilan atau komunikasi rasmi.
  • Menjalankan aktiviti pitching untuk memperkenalkan produk syarikat.
  • Kenalpasti saluran pemasaran yang berkesan bagi tujuan penambahbaikan.
  • Aktif dalam membina networking dan peluang baru dengan pelanggan.
  • Sambung dan kembangkan rangkaian yang sedia ada.
  • Merancang dan menyertai program-program seperti talk, forum, dan event bagi memperluas pengaruh.
  • Mahir dalam penyediaan proposal, kertas kerja, dan dokumen berkaitan pelanggan.

Kelayakan

  • Minimum Diploma atau Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Komunikasi atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran pitching, PR dan networking yang tinggi.
  • Negosiasi dan komunikasi yang baik (lisan & bertulis).
  • Mampu bekerja secara berdikari, proaktif dan mengambil inisiatif.
  • Berminat dan mempunyai sikap positif dalam bidang khidmat pelanggan dan hubungan awam.
  • Kebolehan untuk menyesuaikan diri dan bergerak tanpa format kerja tetap serta mampu cari solusi sendiri.

Tenaga dan semangat anda menggerakkan Team Fames ke hadapan.

Di Team Fames, kami mengamalkan pemikiran progresif dan sentiasa bersedia meneroka pendekatan baharu yang lebih berkesan dan relevan. Kami amat menghargai pengalaman serta kepakaran warga kerja kami, dan menyokong perkembangan individu dan membuka ruang untuk anda melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.

Budaya kerja yang positif dan persekitaran yang menyokong merupakan keutamaan kami. Team Fames komited dalam mewujudkan suasana kerja yang inklusif, menyeronokkan dan membina, di mana setiap individu dihargai dan berpeluang untuk berkembang.
Sertai Team Fames dan berkembang bersama kami!

Lokasi : Bandar Puteri Bangi
Mod kerja : Full Time
Nama recruiter : Nur Fashileen

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-574 5377