Prof Dr Muhaya
Sinar Harian telah membuat wawancara khas dengan Profesor Dr Muhaya tentang bagaimana rakyat boleh berhadapan dengan kenaikan harga barang.
Malangnya ramai yang memberi respon yang negatif terhadap video tersebut disebabkan mereka tidak faham apa yang cuba beliau sampaikan dalam video tersebut.
Apa yang beliau ulas hanyalah tentang bagaimana rakyat boleh berhadapan dengan harga barang yang semakin meningkat. Tujuan wawancara bukan untuk memberitahu siapa yang bersalah dan menyebabkan harga barang naik.
Disebabkan ketidakfahaman tersebut, Profesor Dr Muhaya menjadi mangsa kecaman dan kutukan sebahagian rakyat.