7 Soalan Asas Dari Konsultan Kepada Bisnes Owner

Pernah jumpa konsultan?

Jika anda seorang bisnes owner & berhasrat nak tempah sesi konsultasi daripada mana-mana copywriter atau konsultan di Malaysia.

Pastikan anda tahu apa pertanyaan yang biasa ditanya oleh mereka. Supaya anda boleh siap sedia dengan jawapan untuk melancarkan sesi konsultasi nanti.

Persediaan awal menentukan kualiti sesi konsultasi.

Berikut merupakan soalan-soalan asas yang biasa diajukan:

Disclaimer: Setiap copywriter/konsultan ada gaya mereka tersendiri. Namun, ikut pengalaman penulis. Ia tidak akan menyimpang daripada 7 soalan di bawah.

1. Apa yang anda jual?

Pada saat soalan ini muncul.

Apa yang perlu anda beritahu adalah nama produk/servis anda. Beritahu serba sedikit kenapa anda jual produk ini. Supaya konsultan tahu sebab asas & boleh dapat idea dari penceritaan anda.

Jika produk anda terlalu unik, anda kena ceritakan serba sedikit ciri-ciri umum kepada mereka. Apa yang anda boleh bantu selesaikan. Produk/servis anda ini berada dalam niche apa.

Ceritakan secara santai & tersusun.

2. Apa masalah yang anda selesaikan?

Apa manfaat utama produk anda.

Jika produk anda berkaitan dengan niche (kesihatan, kecantikan,dll) produk penyelesaian masalah. Ceritakan masalah yang bagaimana anda boleh selesaikan secara spesifik.

Jika produk anda lebih kepada niche (fesyen, jam tangan, dll) kehendak. Beritahu apa yang pelanggan akan rasa bila menggunakan produk anda. Apa perubahan emosi yang akan berlaku pada mereka.

Lebih spesifik, lebih bagus.

3. Anda nak jual dekat siapa?

Daripada cerita nombor 2 tadi.

Kebanyakkan konsultan/copywriter akan tanya soalan nombor 3.

Anda nak jual dekat siapa?

Mungkin anda kata, ramai orang ada masalah ini. Betul, saya tak nafikan. Jika produk anda berkualiti tinggi, memang ramai orang boleh dapat manfaat.

Tapi itu bukan cara fikir pelanggan kita.

Pelanggan hanya mahu masalah dia selesai. (Itu sahaja) Dia tak nak tahu benda yang tak ada kaitan dengan hidup dia.

Jadi, pastikan anda pilih betul-betul.

Siapakah target market anda yang sebenar? Bagi mengelakkan orang ragu-ragu tentang kemampuan produk anda menyelesaikan masalah.

Jangan kuatir, biasanya bab ini konsultan akan bantu anda cari target market yang betul.

4. Dah ada pelanggan?

Dah ada pelanggan yang guna produk ini?

Jika ada, katakan ada. Jika tiada pun beritahu. Supaya mudah konsultan menemui masalah yang boleh diperbaiki.

“Kenapa kena beritahu dah ada pelanggan ke belum?”

  • Peniaga yang dah ada pelanggan, cara penyelesaiannya A.
  • Peniaga yang belum ada pelanggan, cara penyelesaiannya B.

Setiap penyakit, berbeza ubatnya. Sebab itu konsultan tanya. 😉

5. Apa yang berlaku pada pelanggan lama? (Bagi yang dah ada pelanggan)

Jika anda ada pelanggan, pernah anda tanya keadaan semasa mereka.

Adakah mereka berpuas hati? Adakah ada apa-apa kesan negatif yang berlaku? Adakah ada perubahan positif pada diri mereka & keluarga?

Ceritakan tentang feedback pelanggan anda kepada konsultan.

Konsultan yang bagus akan dapat kesan, dimana poin penting yang perlu difokus selepas sesi konsultasi berakhir.

6. Ada rekod testimoni?

Anda ada simpan testimoni pelanggan terdahulu?

  • Sama ada video
  • Bergambar.
  • Bertulis.

Jika ada simpan, pastikan ia tersusun. Supaya bila konsultan tanya, dimana mahu tengok testimoni. Kita boleh terus tunjukkan satu per satu.

Kebanyakkan sesi akan jadi lambat bila masa hari itu, baru nak cari dimana testimoni. Bila terabur, fikiran kita kusut. Susah ilmu nak masuk.

7. Apa tawaran yang anda sanggup bagi?

Bahagian ini pemilik bisnes selalu bingung.

Sejujurnya, bab tawaran ini memang kena kreatif sikit. Tawaran yang bagus mengikut kajian penulis menguruskan kempen iklan ada 3:

  1. Tawaran yang buatkan pelanggan rasa puas hati.
  2. Tawaran yang buatkan pelanggan rasa rugi tak cuba.
  3. Tawaran yang buatkan pelanggan hilang risiko.

Semoga soalan-soalan ringkas ini membantu anda bersedia.

Selamat berfikir. ?

Faris Osman.
Official Copywriter di FA Marketing Sdn. Bhd.
(#TeamFames)

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *