Adakah anda suka memberi diskaun kepada pelanggan anda?
Taktik berikan diskaun harga memang boleh menyebabkan jualan kita melonjak naik dengan segera.
Tapi…
Diskaun juga ada kemungkinan besar beri kesan yang negatif kepada bisnes anda.
Teruskan membaca untuk tahu kenapa saya tak galakkan anda terlalu kerap memberi diskaun.
3 Kesan Negatif Suka Beri Diskaun
Ini antara 3 side effect kepada bisnes anda jika terlalu kerap memberi diskaun.
1# Pelanggan Akan Tunggu Diskaun Baru Beli
Bila kita terlalu kerap memberi diskaun, pelanggan and prospek akan sedar yang kita ni “kaki diskaun”.
Ini akan membuatkan mereka hanya membeli pada musim atau waktu diskaun.
Apa jadi bila tempoh promosi dah tamat?
Mestilah jualan kita akan merudum!
2# Nilai Produk @ Servis Akan Jatuh
Kajian menunjukkan, beli pelanggan melihat harga promosi, biasanya pelanggan akan fikir…
“Berapa la agaknya kos produk ni sebenarnya?”
“Kenapa jual murah? Mesti kualiti so-so jer ni…”
Dalam bahasa lain…
Pemberian diskaun yang terlalu kerap akan menimbulkan pertanyaan dalam minda pelanggan tentang kualiti produk atau servis tersebut.
3# Pelanggan Akan “Mengungkit”
Promosi atau diskaun yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan pelanggan baru “mengungkit” untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Dan kalau tak dapat diskaun, mungkin mereka akan menunggu promosi yang akan datang.
Sedikit sebanyak, ini menyusahkan proses close sale kita.
Nak Belajar 6 Langkah Close Sale Dengan Mudah?
Kalau anda ada masalah untuk close sale @ tukarkan prospek yang berminat menjadi pelanggan…
Saya syorkan anda download & dengar rakaman audio yang disediakan oleh Tuan Faisal Abdullah dari link ini.
Kajian Membuktikan…
Ogivly & Mather adalah antara syarikat pemasaran yang terbesar di dunia.
Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat untuk melihatan kesan diskaun ini.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati, syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.
Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.
Diskaun Sekali Sekala OK
Jangan salah faham.
Saya tak katakan diskaun itu salah, cuma perlu digunakan dengan bijak.
Ini antara cara penggunaan diskaun yang bagus.
1. Diskaun Pre-Order @ Pre-Pay
Ini maksudnya kita berikan harga istimewa untuk pelanggan yang sanggup bayar in advance sebelum barang dah siap untuk dihantar.
Konsep ini sama juga seperti harga Pre-Launch atau “Early Bird”.
2. Diskaun Borong
Ini adalah diskaun yang kita beri khas untuk orang yang membeli dengan kuantiti yang banyak.
Taktik ini boleh menyebabkan pelanggan beli lebih banyak dalam satu transaksi.
3. Diskaun Ikut Musim
Antara cara memberi diskaun yang bagus adalah dengan memberikan sebab @ mengikut musim.
Contoh:
- Diskaun khas sebanyak 31% sempena sambutan kemerdekaan
- Diskaun khas sempena Hari Raya Aidilfitri
- Diskaun sempena pembukaan kedai yang baru
Guna perkataan seperti “sempena” untuk memberitahu pelanggan kenapa kita berikan diskaun.
Ada Belajar Sesuatu?
Saya harap anda belajar sesuatu tentang bahaya diskaun dan cara yang betul untuk menggunakannya.
Jika rasakan artikel ini bermanfaat, sila kongsikan untuk manfaat rakan-rakan anda.
Artikel ini adalah hasil olahan daripada perkongsian Tuan Umar Taib tentang Strategi Harga. Anda boleh baca daripada beliau dengan membuat carian Hashtag #strategiharga di Facebook.
13 Comments
ni yang orang kampung panggil lawan harga ni..demi nak mendapatkan pembeli sanggup jual dengan harga yang sangat murah cuma lepas kos sahaja
Saya biasa tegas dengan harga jualan. Nak beli atau taknak beli terpulang. Sebab kita ada sasaran pelanggan sendiri yang tahu nilai barang yang dibeli.
Apa pun, saya suka cara olahan Tuan dalam perkara ini, mudah untuk saya lebih faham. Terima kasih banyak2. 🙂
Setuju dengan pendirian & cara Cikpuan 🙂
Alhamdulillah gembira perkongsian ini bermanfaat.
salam tuan, saya dah cuba tekan link untuk download rakaman audio yang disediakan oleh Tuan Faisal Abdullah. Tapi tak boleh.
Harap tuan sudi membantu.
Salam Tuan Azamy 🙂
Maaf atas kesulitan.
Boleh cuba semua di link ini >> https://firdausazizi.my//closing 🙂
Link lama tak berfungsi sebab pihak Nasihat Niaga tengah update sistem.
Terima kasih
Betul2 deep. saya harap lepas bookmark pages ni saya tak lupa. Terima Kasih Tuan. 🙂
Terima kasih Tuan 🙂 Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk tuan.