3 Formula Berpengaruh Tinggi Untuk Buat Pelanggan Bertindak

Nak tau cara pukau pelanggan?

Sebelum kita masuk lebih detail, saya nak share tentang CTA.

Antara soalan yang selalu orang tanya pada saya adalah, macam mana nak tulis CTA yang berkesan?

“Macam mana nak buat orang baca je, terus bertindak. Ada tak CTA lain selain dari Whatsapp/Call/ SMS? Asyik CTA sama je, boring betul!

Okay, disini satu kesilapan mindset telah berlaku. Anda silap jika anda sangka prospek tidak bertindak sebab CTA tak betul.

CTA adalah 1 arahan yang jelas minta prospek bertindak. Tu je!

Tak ada apa yang seksi, tak ada apa yang fancy.

Serius saya cakap.

Cara pukau pelanggan untuk buat mereka bertindak segera adalah offer. Offer yang limited antara yang sangat mudah untuk buatkan prospek bertindak segera.

Tapi, bukan offer je semata-mata yang meningkatkan daya pengaruh copywriting anda.

Disini saya share 3 formula cara pukau pelanggan yang ada daya pengaruh tinggi untuk buat prospek bertindak segera. Formula no 3 tu paling ramai guna tapi ramai silap apply.

Cara Pukau Pelanggan

#1 – Scarcity

Cara pukau pelanggan yang pertama adalah dengan guna elemen scarcity pada offer.

Scarcity maksudnya adalah offer yang limited. Apa yang limited? Diskaun? Produk? Bonus?

Terpulang pada anda. Scarcity tak semestinya Diskaun yang terhad kepada beberapa orang. Ramai peniaga asal cakap scarcity je, dia bagi offer limited diskaun.

Sebenarnya, boleh juga offer Bonus percuma kepada pelanggan. Tapi, bonus tu terhad hanya untuk X pelanggan yang pertama saja.

Kalau bonus yang anda beri ni memang meleleh, berebut pelanggan nak beli dari anda. InsyaAllah.

#2 – Urgency

“Alaaa… boring. Balik-balik benda yang sama. Semua sifu cakap benda yang sama”

Hmmm.. Terpulang pada anda, kalau anda cari sesuatu yang seksi dan fancy, maaf ini bukan tempatnya.

Urgency bermaksud, beri offer dalam masa yang terhad. Contohnya, beli sebelum xx/xx/2017, selepas tu harga dinaikkan 50%.

Walaupun anda rasa macam cliche, hakikatnya offer begini masih berkesan sampai hari ni.

Tak percaya?

Cuba tengok suasana di stesen minyak pada malam sebelum harga minyak dinaikkan.

urgency stesen minyak

JAM! JAM BAQ ANG!

Masih rasa strategi offer guna urgency tak berkesan dan boring?

#3 – Testimoni

Cara pukau pelanggan ketiga adalah dengan guna testimoni.

Ya, ni satu lagi teknik yang tak seksi dan sangat cliche. Tapi, kalau betul cara anda ‘apply' insyaAllah berkesan.

Isunya, berapa ramai yang ‘apply' dengan betul?

Bukan semua testimoni berkesan untuk meningkatkan daya pengaruh iklan anda.

Kalau setakat testimoni tunjuk parcel sampai, pelanggan cakap terima kasih… Hmmm… selamat tinggal je la geng.

Testimoni yang power adalah, testimoni yang jelas menceritakan transformasi diri prospek.

Macam mana keadaan diri prospek sebelum tu? Lepas guna produk anda apa jadi? Apa perubahan hidup yang ketara berlaku?

Contoh:

“Sebelum ni ramai orang ejek saya badak sumbu. Memang sedih la. Pakwe saya tinggalkan saya sebab dia malu ada awek yang macam badak sumbu.

Tapi, lepas guna Fat Burner XYZ dan bersenam ikut panduan yang awak ajar tu. Saya turun 40KG selepas amal produk dan bersenam dengan istiqamah 3 bulan.

Sekarang, pakwe saya datang balik dan katanya nak ajak kahwin terus”-Salmah, 26, Sungai Petani-

Ini hanya contoh, tapi saya nak “Abaq Mai” dekat anda, inilah testimoni yang sepatutnya digunakan dalam iklan atau ketika close sale.

Testimoni yang menunjukkan transformasi yang kertara. Bagaimana hidup pelanggan anda berubah 360 darjah lebih guna produk anda.

Maafkan saya atas contoh yang HYPE! Tapi, fahamkan apa saya maksudkan?

AMARAN! Elakkan dari mereka-reka testimoni! Tidak patuh syariah.

Kesimpulan

Ini adalah cara pukau pelanggan dengan mudah. Anda amalkan 3 formula ini pada iklan atau skrip close sale anda, insyaAllah pelanggan bertindak dengan segera.

Tapi, anda tak boleh harapkan hasil yang segera. Anda kena brainstorm dan test test test sampai jadi.

TRY AND ADJUST!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Comments