Anda Buat Bisnes Online? Anda Wajib Tahu Tentang Prinsip Paus

Dalam pemasaran dan jualan, jadilah ikan paus. Jangan jadi聽ikan bilis.

1211255837062

Ya! Kena jadi paus. Eh? Macam mana tu ya?

Baik, baca dengan teliti dan hadam baik-baik.

Ceritanya, ikan paus dan ikan bilis hanya satu analogi.

Sekarang, anda cuba bayangkan anda adalah penjual ikan bilis.

Andai kata ada orang curi seekor ikan bilis yang anda jual, ya seekor ikan bilis anda telah dicuri…

Adakah anda sedar seekor dari longgokan ikan bilis anda telah dicuri?

Kemungkinan besar tidak, anda tidak perasan pun.

Lagi pun seekor je pun, siapa yang kisah? Kalau perasan pun apa anda nak buat? Nak report聽polis?

Silap-silap mereka ketawakan anda. Haha…

Cuba pula bayangkan, anda jual ikan paus. Kemudian, ikan paus yang anda jual telah dicuri.

Adakah anda perasan?

Saya rasa bukan je perasan, tapi sebelum sempat dicuri lagi pencuri tu akan ditangkap.

Jadi, apa kaitan analogi di atas dengan bisnes online?

1002wwwabreach1441877871

Senang saja, dalam aktiviti pemasaran anda perlu jadi unik.

Jadilah seperti paus.聽Cipta imej dan brand anda yang tersendiri.

Tulis copywriting sendiri, yang unik.

Kalau copywriting pun anda tiru, sah anda ibarat seperti longgokan bilis di pasar malam.

Okay, selain dari copywriting perkara yang sering menjadi persoalan adalah interest apa yang paling bagus untuk digunakan?

Balik-balik blur fikir nak guna interest apa. Pernah tak cuba untuk tidak gunakan sebarang interest? Apa kata anda cuba sekarang.

“Ehhh!? Tapi semua orang kata interest la paling penting masa nak setting FBads.”

Ya, semua orang kata begitu.

Anda boleh ikut apa yang ramai orang buat dan terus letakkan diri anda untuk berada dalam longgokan ikan bilis.

Atau anda boleh pilih untuk “Be Different” dan menjadi unik seperti ikan Paus.

Dari hari demi hari, makin ramai peniaga yang gunakan FBads.

Pesaingan makin ketat.

Anda boleh lihat sendiri, berapa banyak iklan yang lalu di newsfeed FB anda.

Ini bukan tahun 2010, iklan yang lalu boleh dikira.

Kalau iklan anda sama je seperti kebanyakan iklan yang ada, apa yang unik?

Apa sebab prospek perlu beri perhatian pada iklan anda?

Saya saran amalkan prinsip paus dan jadi unik supaya kempen pemasaran anda menjadi perhatian prospek.

Tapi, kalau anda tetap memilih untuk terus tiru dan jadi seperti kebanyakan orang, itu juga hak anda.

Pilihan di tangan anda!

Jadi Unik & Kongsikan Artikel Ini!

Anda dah baca artikel ini sampai habis. Dan saya yakin anda ada belajar sesuatu.

Sudilah kiranya anda klik butang Like & Share post ini untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *