Sekarang dah jadi semacam satu trend di mana ramai yang buat bisnes online menjadikan Facebook sebagai ‘kedai' mereka dan bergantung sepenuhnya kepada Facebook sebagai tempat mendapatkan jualan.
Kalau Facebook tutup kedai, mereka pun terpaksa tutup kedai sekali bersama dengan Mark Zuckerberg yang dah kaya raya.
Adakah Anda Juga Salah Seorang Daripada ‘Mereka'?
Kalau jawapan anda untuk soalan di atas adalah…
“Ya!”
Maka anda perlu berubah dan bertindak sekarang.
Jangan biarkan masa depan bisnes online anda ditentukan nasibnya oleh Facebook.
Setiap kali Facebook tukar design, layout dan algorithm, adakah anda nak membiarkan sales anda merudum menantikan keadaan kembali stabil (yang mungkin memakan masa beberapa bulan)?
Saya pernah merasa bagaimana peritnya melalui ‘fasa peralihan' ini yang akhirnya memaksa saya untuk belajar buat blog dan menambah channel pemasaran ke Google (main SEO lak).
Memang stress.
Memang mencabar.
Kalau anda seorang full time Internet Marketer, bertambah lah mencabar sebab pendapatan anda bergantung kepada jualan yang berjaya anda buat setiap hari.
Cubalah Belajar Buat Blog & Tambah Channel Pemasaran Anda
Ini nasihat ikhlas daripada saya.
Belajarlah macam mana untuk buat blog dan jadikan ianya sebagai ‘kedai online' anda yang sebenar.
Facebook sepatutnya hanyalah sebagai salah satu medium yang anda gunakan untuk mempromosikan blog anda; bukannya dijadikan sebagai sebuah ‘kedai'.
Walau apa pun yang berlaku kepada Facebook, website ataupun blog anda akan tetap setia beroperasi membuat jualan dan menerima pelanggan.
Jangan Salah Faham!
Bila saya cakap kena belajar berblog, tak bermaksud anda terus tinggalkan ilmu pemasaran di Facebook.
Sehingga hari ini, pemasaran di Facebook masih berkesan dan berbaloi. Ramai yang boleh mendapat hasil yang berganda-ganda daripada Facebook jika kena dengan gayanya.
10 Sebab Anda Perlu Gunakan Blog Sebagai Hub Bisnes Anda
Ada banyak sangat sebab untuk anda menggunakan blog ataupun website sebagai hub ataupun ‘kedai' anda di alam maya ini.
Infografik di bawah berkongsi 10 sebab menggunakan blog untuk bisnes lebih bagus daripada menggunakan Facebook.
Saya harap info ini bermanfaat untuk anda yang membaca.
Kalau anda berminat nak belajar macam mana nak mulakan bisnes anda menggunakan blog, anda boleh dapatkan Video Panduan Cara Bina Website Dengan Mudah saya.
Dalam video tersebut, saya akan bimbing anda step by step, dari A to Z supaya anda boleh terus setup blog anda sendiri dalam masa tak sampai 24 jam.
Berminat? Sila klik link butang di bawah sekarang untuk info lanjut.
Apa Belajar Sesuatu?
Klik butang “Share” di bawah untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.
18 Comments
Masih banyak lagi saya kena belajar buat blog theme wordpress. Saya perhatikan wordpress lagi sukar daripada blogspot.
Tips yg bagus…..
Alhamdulillah, gembira ianya bermanfaat & dapat membantu Tuan 🙂
Tips yang bagus, tuan nak tanya. Hosting paling murah kat Malaysia ni ada tak? Nak kembali semula main wordpress, sebab tersuka tanpa sengaja dengan kemudahan yang ada dalam wordpress berhosting sendiri. >_<
Skrg ni baru nak main SEO ngan blogspot kembali.
Baru kembali kedunia blogging setelah sekian lama pencen 4 tahun lebih 2011-2016.
Salam Tuan,
Hosting yang murah banyak, cuma tak pasti reliable ke tidak.
Saya berani rekemen ServerFreak atau SKSA Technologies kalau dengan budget yang terhad.
Kalau ada budget lebih, amik jer international punya hosting.
Apapun, WordPress memang best!
Killa masih baru lagi dalam dunia blog, jika ada suggestion group telegram/whatsapp / facebook boleh recommendkan Killa? Teringin nak belajar dari otai-otai.. Salam Perkenalan..
Salam Killa,
Maaf lambat reply.
Boleh join group FB ini kalau nak belajar tentang online marketing 🙂
Klik >> https://www.facebook.com/groups/firdausazizi/
Semoga bermanfaat!