5 Cara Untuk Tingkat Reach Post Anda Di Facebook

Cara Tingkatkan Reach Post di Facebook Page Dengan Percuma

Untuk usahawan yang dah lama menggunakan Facebook, mesti anda perasan bagaimana Reach di Page saban tahun semakin menurun.

Bukan setakat di Page, Reach untuk post di Facebook Personal juga dilihat semakin rendah.

Isu ini memang diakui oleh Facebook sendiri sebab pengguna semakin bertambah, malah lebih ramai yang suka update status dengan lebih kerap.

Jadi Facebook terpaksa ‘pilih' status siapa atau Page mana yang akan keluar di News Feed anda berdasarkan satu algorithm rahsia mereka.

Disebabkan Reach yang semakin kurang ini, ramai usahawan terpaksa menggunakan Facebook Ads untuk dapatkan capaian yang lebih luas dengan lebih pantas (selain daripada kemampuan FB Ads untuk disasarkan pada Audience yang Targeted)

Selain daripada menggunakan Facebook Ads untuk tingkatkan Reach, sebenarnya ada cara-cara yang boleh digunakan supaya Organic Reach untuk post anda pergi lebih jauh.

Reach ada 2 jenis; Organic dan Paid. Organic maksudnya percuma, tak berbayar. Paid pula maksudnya itu daripada Facebook Ads.

5 Cara Untuk Tingkatkan Reach di Facebook (Dengan Percuma)

Ini adalah 5 cara untuk tingkatkan Reach yang saya belajar daripada Irfan Khairi dalam Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial.

Formula yang beliau kongsikan simple sahaja, tapi sangat mahal nilainya. Ini formulanya:

Reach = R + P + T + C + ST

1. Relationship

Setiap kali bila post di Facebook, cuba bina hubungan dengan fan atau follower anda.

Bina hubungan ni maksudnya galakkan mereka untuk beri Reaction @ Like, Comment atau Share.

Ada banyak cara yang anda boleh guna.

Saya ada kongsikan beberapa contoh dalam post ini.

Satu lagi…

Dalam banyak-banyak Reaction, yang paling Facebook suka adalah Love. Jadi cuba buat post yang mereka akan berikan anda Love, bukan sekadar Like.

2. Post Type

Facebook juga suka sekiranya anda variasikan jenis-jenis post di Page dan wall anda.

Maksudnya, jangan asyik buat post bergambar sahaja.

Sekali sekala, selitkan post berbentuk video atau link ke website.

Ini antara jenis post yang ada di Facebook:

  1. Text only
  2. Single image
  3. Multi image
  4. Video
  5. Facebook Live
  6. Link Clicks

Kalau nak lagi bagus, anda boleh lihat post jenis mana yang follower anda suka Engage dengan menggunakan fungsi Page Insight.

3. Time Span

Secara purata, Facebook akan berikan Reach yang tinggi untuk setiap post dalam 3 jam yang pertama sahaja.

Maksudnya, selepas 3 jam, Reach akan mula menurun (lebih-lebih lagi bila tiada apa-apa Engagement pada post tersebut).

Jadi kalau anda nak fokus pada free marketing, nak tak nak, anda perlu kerap post di Page dan wall personal anda.

4. Clicks

Lagi banyak klik pada post anda, insyaAllah lebih ramai yang akan dapat lihat post tersebut.

Sebab itulah ramai Internet Marketer di Malaysia suka letak Call to Action di bahagian komen (nak orang klik dan baca komen).

5. Screen Time

Bermula tahun lepas, Facebook mula memberikan Reach yang tinggi kalau orang luangkan masa yang lama untuk baca post tersebut (walaupun dia tak klik apa-apa).

Ini sebab berdasarkan kajian Facebook, ramai juga yang suka baca post dan link di News Feed tapi tak klik Like ataupun komen.

Maksudnya, anda kena tulis post yang menarik dan berkualiti, yang orang akan sanggup spend masa untuk baca.

Saya ada juga rakam penerangan tentang 5 elemen di atas dalam bentuk video. Boleh tonton di bawah.

Ada Belajar Sesuatu?

Kalau anda ada belajar sesuatu dari perkongsian saya kali ini, tolong klik butang Share supaya lebih ramai orang boleh beroleh manfaat.

Sumber Rujukan:

  1. How Facebook News Feed Works
  2. How the Facebook News Feed Works: Changes Marketers Need to Know
  3. Algorithm – Teh Secret Behind Your Facebook News Feed

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Comments