Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai usahawan online yang menggunakan FB Ads mengadu tentang kos iklan di Facebook yang semakin meningkat dan tidak menentu.
Benda ini bukan saja berlaku di Malaysia, tetapi juga turut dirasai oleh pengguna FB Ads di luar negara seperti post yang saya kongsikan di bawah ini.
Kenapa Kos Iklan FB Ads Semakin Meningkat?
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan antara kemungkinan yang menyebabkan perkara ini terjadi.
Kenapa Kos FB Ads Semakin Meningkat
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh AdStage, kos CPM di Facebook telah meningkat sebanyak 171% dalam tahun 2017.
Ini 7 point penting yang saya boleh rumuskan daripada laporan AdStage ini:
1# Belanja Iklan Bertambah Tapi Impression Sama
Jumlah kos iklan sejak bulan Januari 2017 meningkat, tapi impression tidak bertambah.
Dengan kata lain, jumlah yang dibelanjakan untuk iklan semakin meningkat tetapi tiada penambahan dari segi jumlah paparan iklan.
2# Purata CPM Meningkat Sebanyak 171% Sejak Januari 2017
Peningkatan CPM ini menunjukkan persaingan untuk paparkan iklan di Facebook semakin meningkat.
3# Purata CPC (Cost per Click) Meningkat Sebanyak 136% sejak Januari 2017
Sama seperti CPM di atas, CPC juga menunjukkan peningkatan yang ketara.
4# CTR Masih Sama
Walaupun CPM dan CPC meningkat, purata CTR (Click thru Rate) masih sama sejak 6 bulan lepas.
5# Pengguna FB Ads Bertambah
Berdasarkan laporan daripada pihak Facebook, jumlah pengguna FB Ads telah meningkat seramai 2 juta orang dalam masa 1 tahun (Mac 2016 – April 2017).
6# Ramai Pengiklan Naikkan Bajet
Berdasarkan satu survey yang dibuat oleh Hanapin Marketing, seramai 71% pengiklan mengatakan mereka akan meningkatkan bajet FB Ads untuk tahun ini.
7# Kos Iklan Dijangka Semakin Menaik
Mengikut statistic dan trend setiap tahun, kos iklan dijangka akan semakin meningkat dalam Q4 tahun ini (Oktober hingga Disember) disebabkan musim cuti dan juga perayaan.
Apa Yang Patut Anda Buat Sekarang?
Berdasarkan laporan di atas dan juga trend semasa, kenaikan kos iklan di Facebook memang tidak dapat dielakkan lagi.
Bila semakin ramai orang beriklan di Facebook, persaingan semestinya semakin tinggi.
Nak tak nak, Facebook terpaksa menaikkan kos mengikut konsep supply and demand.
Lebih-lebih lagi kerana Facebook menggunakan sistem auction atau bidaan untuk menentukan kos untuk setiap iklan.
Jadi adakah anda sepatutnya berhenti buat FB Ads dan cuba cara pemasaran yang berbeza?
Ini 5 saranan daripada saya:
1# Buat Website
Melihat kepada persaingan yang semakin sengit di Facebook, pastikan anda buat website cepat-cepat supaya anda boleh gunakan medium pemasaran yang lain sekali seperti SEO (Search Engine) dan juga Google Adwords.
Anda boleh belajar cara bina website dengan mudah (dengan kos bawah RM100) menggunakan Panduan WordPress ini.
2# Belajar Buat Iklan Yang Unik & Menarik
Untuk menjadikan iklan anda lebih murah dan berkesan, anda perlulah belajar menghasilkan iklan yang tampak unik dan lebih menarik berbanding pesaing anda.
Antara caranya…
- Banyakkan buat iklan menggunakan video (guna phone pun boleh)
- Belajar tulis ayat iklan yang berkesan (boleh belajar dari Panduan Ads Vault ini)
- Guna iklan jenis Canvas yang lebih menarik (boleh belajar dari Panduan Canvas Ads ini)
3# Tambah Ilmu Selalu
Pastikan anda sentiasa up to date dengan perkembangan semasa dan juga trend pemasaran terkini.
Follow sifu-sifu pemasaran yang ada dan jangan lokek untuk laburkan duit bagi menambah ilmu-ilmu yang dirasakan perlu.
4# Jangan Putus Asa
Kalau anda baru nak bermula, jangan mudah putus asa bila iklan anda tidak menjadi.
Teruskan berusaha dan kenalpasti apa yang anda perlu baiki dalam iklan atau kempen pemasaran anda.
5# Take Action
Akhir sekali, bila dah belajar macam-macam ilmu dari sifu sana sini, pastikan anda bertindak dengan ilmu tersebut.
Jangan peram ilmu lama-lama sebab ilmu ni cepat basi kalau tidak digunakan.
Bak kata pepatah,
Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah…
Semoga Anda Belajar Sesuatu
Saya harap anda belajar sesuatu dari artikel ini.
Kalau anda rasa ianya bermanfaat, silakan klik butang Share di bawah.
Sumber Rujukan:
3 Comments
satu kupasan yang amat menarik..
lama-kelamaan ramai juga yang akan menggunakan perkhidmatan blog sebagai medium pemasaran..
FB cuma tempat lepak sosial dan santai-santai..
mana-mana syarikat yang kukuh kewangan boleh melabur lebih dalam pemasaran FB ads..
apa-apapun Tuan Firdaus Azizi beruntung kerana menguasai 3 platform pemasaran yang mantap.
1.Blog
2.Email listing
3.FB ad
Cadangan buat video tu saya sangat setuju. Sebab zaman sekarang, video lebih cepat viral dan trending. Malah lebih trending daripada image. Lebih-lebih lagi kalau ‘live’ video. Kalau kena pada tempatnya, atau event yang betul, boleh cecah sampai beribu viewers.
Teknik percuma FB masih sesuai ditambahkan ke dalam jadual aktiviti online marketing seseorang. Cuma bila menggunakan teknik ataupun kaedah percuma, kenalah buat post unik dan kreatif supaya lebih ‘stand-up’ dan tidak tenggelam di tengah-tengah post yang lain.
Sekadar cadangan 🙂
betul tuan..pengiklan makin ramai, masing-masing bersaing naikkan bajet dan sanggup bid kos mahal untuk iklan.
lagi tinggi orang nak bayar, lagi la abang mat zuki suka 😀