Mahu tahu rahsia bagaimana hasilkan copywriting yang setaraf dengan level Sifu Copywriting?
Luangkan masa 3 minit dan hadamkan artikel ini untuk anda amalkan dalam bisnes online anda… Sekarang!
Sebenarnya, isu tak ada idea untuk tulis copywriting adalah isu yang biasa. Dah tulis delete, kadang-kadang tu dah tulis panjang pun delete balik.
Kena kalau masa betul-betul blur tu, silap-silap 1 jam tenung je skrin tapi satu perkataan pun tak tulis.
Bagi saya isu ini adalah normal. Anda tanyalah mana-mana sifu copywriting sekalipun mereka akan kata mereka juga pernah berada dalam situasi begitu.
Saya pun pernah lalui situasi begitu dulu. Tapi, hasil dari pengalaman saya akhirnya saya temui 2 rahsia bagaimana untuk hasilkan copywriting yang mudah.
Apa yang lebih mengejutkan adalah…
Baru-baru ini saya dapat tahu rupanya ramai sifu-sifu copywriting juga guna tips ini untuk tulis copywriting dengan mudah.
Okay, ini 2 tips untuk tulis copywriting yang gempak seperti seorang sifu copywriting yang bertaraf ‘World Class'.
Tips #1: Kenal ‘Market' Anda
Sudahkah anda kenal ‘Market' anda? Tahu apa topik yang selalu mereka bincangkan? Sudah tahu apa keinginan dan kerisauan yang bermain di minda bawah sedar mereka?
Kalau anda jawab “Tak” maknanya anda belum betul-betul kenal pasaran anda. Anda perlu buat market research.
3 tempat untuk buat market research:
- Forum
- Blog
Anda perlu baca apa yang prospek anda luahkan dan bincangkan. Poin paling penting untuk anda ketahui adalah apakah masalah, kerisauan dan keinginan prospek anda.
Jika anda tahu poin-poin ini, anda telah jimat sehingga 80% dari masa anda untuk tulis copywriting sebab anda tidak perlu lagi berteka-teki untuk tulis apa dalam copywriting.
Tips #2: Kenali Kelebihan Produk Anda
Apakah sebab utama prospek wajib beli produk anda berbanding produk-produk lain yang ada dalam pasaran?
Atau dalam bahasa yang lebih canggih, apakah USP produk anda? USP adalah singkatan bagi Unique Selling Proposition.
USP adalah sangat penting terutama bagi produk yang tepu pasarannya seperti produk kurus, putih dan busana muslimah.
Sebagai contoh, mungkin produk anda dihasilkan dari buah kiwi yang diimport dari banjaran Himalaya. Apa pun paling utama, USP anda perlu unik dan hanya pada produk anda dan tiada pada produk lain.
Keunikan inilah yang anda perlu tulis dalam copywriting anda. Anda perlu terangkan dengan jelas keunikan dan keistimewaan produk anda berbanding produk lain di pasaran.
Tapi ingat! Jauhkan dari memburukkan produk lain atau buat perbandingan dengan menyatakan secara jelas jenama-jenama produk di pasaran yang anda ingin bandingkan.
Bahaya, silap hari anda boleh kena tindakan mahkamah.
Kesimpulan
Isu tak ada idea untuk tulis copywriting adalah disebabkan anda tidak kenal pasaran dan tidak tahu USP yang anda ingin tonjolkan.
Kesilapan utama dalam menulis copywriting adalah berteka-teki nak tulis apa. Sedangkan, cara yang betul adalah kenali ‘market' anda dan tulis apa yang mereka mahukan dalam copywriting.
Cuma pastikan yang produk anda mampu penuhi kemahuan dan menyelesaikan masalah mereka.