Media Sosial ketika ini telah menjadi antara LEADING dalam pemasaran online.Contohnya seperti Facebook yang membina platform pengiklanan Facebook Ads dan Instagram Ads.Tidak terkecuali juga dengan Twitter dengan platform pengiklanan Twitter Adsnya.
Tetapi tahukah anda ada satu platform pemasaran online yang masih kekal relevan dari dahulu sehingga kini.
Platform tersebut ialah Email Marketing (pemasaran email).
Rata-rata Internet Marketer seluruh dunia bersetuju bahawa email marketing masih lagi satu pemasaran yang sangat efektif sehingga kini. Dan ada pepatah menyebut “Your List is Your Money” (duit anda adalah daripada senarai email list anda).
Bagaimana proses Email Marketing ini berlaku?
Email marketing ini bermula apabila ada seseorang prospek yang berminat untuk mengetahui tentang tawaran yang dibuat.kebiasaanya orang tersebut akan mengisi nama dan email bagi mendapatkan tawaran tersebut.Tawaran ini dikenali sebagai “Bribe” ataupun “Lead Magnet” manakala proses memasukkan nama dan email tersebut dipanggil “Opt-in“.
Opt-in merujuk kepada “Option to joining” (pilihan untuk masuk) bagi mendapatkan Lead Magnet.Lead Magnet ini ada pelbagai jenis contohnya seperti ebook,kupon,software,dan tips-tips berkaitan sesuatu perkara.Kebiasaanya Lead magnet ini diberikan secara percuma sahaja untuk menggalakkan orang ramai Opt-in ke dalam list email anda.
Apabila anda mendapat email daripada prospek tersebut, email mereka akan terus menjadi milik anda.dan yang lagi bestnya mereka telah membenarkan anda untuk menghantar email kepada mereka kerana mereka telah mengenali anda.Jadi tiada istilah SPAM email dilakukan oleh anda.
Laman web yang memaparkan tawaran dan borang bagi pengisian email dinamakan Opt-in Page.Berikut adalah contoh Opt-in page yang saya buat.
Di dalam Opt-in Page ini saya menawarkan ebook percuma bagaimana saya tukar hobi saya kepada cash pada tahun 2016 yang lepas.
Bezanya dengan Opt-in page ini dengan yang lain adalah saya mengunakan video untuk mempengaruhi pembaca supaya memasukkan email dan nama mereka dibahagian bawah video itu.
Selepas pembaca memasukkan nama dan email ,mereka akan mendapat satu email untuk mengesahkan bahawa betul atau tidak mereka bersetuju untuk memasuki kempen pemasaran email.
Apabila butang COMFIRMATION ditekan,pembaca tersebut akan bertukar menjadi SUBSCRIBER anda.
Semua proses ini berlaku secara automatik dengan menggunakan sistem AUTORESPONDER.Terdapat pelbagai jenis autoresponder yang berada di pasaran ketika ini. Anda boleh sahaja taip “autoresponder” di google dan boleh lihat beratus-ratus autoresponder provider yang ada di pasaran ketika ini.
Bagi saya,saya lebih selesa menggunakan autoresponder dari Getresponse kerana sistemnya lebih pantas dan mudah diuruskan.
Jadi bagaimana duit dibuat daripada Email List tersebut?
Ohh..terlupa pula saya tentang perkara penting ini..apabila anda mempunyai senarai email yang banyak anda boleh BLAST EMAIL kepada mereka pada bila-bila masa yang anda mahukan.Kebiasaanya saya akan menghantar email berkaitan dengan tawaran yang sesuai dengan email list saya.
Tawaran tersebut bukan kosong-kosong ya…sebenarnya disebalik tawaran tersebut tersembunyi LINK AFFILIATE yang saya masukkan dalam content email.
Mudah kan?
SHARE ARTIKEL INI JIKA BERMANFAAT.