Fasa berubah dari satu cara ke cara yang lain.
Begitu juga dengan bagaimana prospek di Malaysia khususnya respon terhadap iklan di Facebook.
Suatu ketika dulu, pengguna Facebook di Malaysia lebih selesa dengan cara “SMS” untuk membeli.
Kemudian apabila aplikasi Whatsapp diperkenalkan, majoriti beralih ke aplikasi tersebut untuk berhubung sesama sendiri.
5 Sebab Utama Kenapa Ramai Beralih Dari SMS ke Aplikasi Whatsapp
Menurut analisa yang saya buat, ini adalah antara sebab mereka berubah.
1- Aplikasi Whatsapp percuma manakala SMS berbayar.
2- Aplikasi Whatsapp boleh buat group manakala sms tidak boleh.
3- Aplikasi Whatsapp ada fungsi broadcast manakala sms tiada kecuali berbayar.
4- Aplikasi Whatsapp digunakan hampir majoriti rakyat Malaysia berbanding sms.
5- Aplikasi Whatsapp lebih mesra pengguna berbanding sms.
Serta beberapa lagi sebab lain.
Jesteru, mengikut pengalaman saya dan team, prospek sekarang sudah agak malas untuk simpan nombor telefon penjual untuk dihubungi.
Sebaliknya mereka selesa untuk klik satu butang yang akan terus ke whatsapp seller tanpa perlu salin & simpan nombor tersebut.
Saya kongsikan satu cara paling mudah untuk anda buat link api Whatsapp tersebut secara pantas & percuma.
Yang menariknya lagi, ianya tidak memerlukan sebarang coding atau kemahiran teknikal.
Langkah 1: Pergi ke KlikSini.my & Daftar Akaun Percuma
Pergi ke halaman KlikSini.my dan daftar akaun percuma (klik Get Started).
Dengan akaun percuma ini, anda boleh create link untuk direct ke Whatsapp dan juga lihat berapa jumlah klik untuk link anda setiap hari.
Kalau nak mudah, pilih untuk sign-up menggunakan akaun Facebook anda.
Langkah 2: Create Link Whatsapp Anda
Bila anda dah sign-up, anda akan dibawa ke dashboard KlikSini.my seperti di bawah.
Di bahagian dashboard ini, anda boleh lihat prestasi (jumlah klik) untuk setiap link anda.
Untuk generate link Whatsapp, ikut langkah seperti dalam gambar di bawah.
- Pilih tab Whatsapp di sebelah kanan sekali
- Masukkan nombor telefon anda dalam format聽international (contoh: 601119481730 – kena ada nombor negara di depan)
- Masukkan ayat atau perkataan yang anda nak prospek hantar
- Anda boleh masukkan Custom Alias untuk聽customize link anda supaya cantik (Custom Alias adalah bahagian belakang link anda, contohnya https://kliksini.my/CustomAlias)
- Dan akhir sekali, tekan butang “Generate”
Langkah 3: Copy Link Whatsapp Anda Dan Guna Di Mana-Mana
Bila link Whatsapp dah berjaya generate, anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah:
Anda boleh copy link tersebut dan gunakan di mana-mana.
Tips Tambahan Whatsapp Link Generator
Bila menggunakan sistem KlikSini.my, anda boleh juga masukkan Tracking Pixel dalam link Whatsapp anda.
Tracking Pixel ini kegunaannya adalah kalau anda nak buat iklan Retargeting atau Remarketing menggunakan Facebook Ads dan Google Ads.
Untuk cara masukkan pixel, boleh lihat video di bawah.
Boleh Tolong Kongsikan Artikel Ini?
Saya pasti ramai juga usahawan lain seperti anda yang berminat nak tau cara untuk hasilkan link Whatsapp dengan mudah tanpa perlu guna coding yang pelik-pelik.
Jadik besar harapan saya kalau anda boleh klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini kepada lebih ramai orang.