Sales Funnel Dan Kepentingannya Dalam Bisnes Online

Sales Funnel atau dalam bahasa Melayunya dinamakan Corong Jualan. Ia merupakan satu proses/sistem yang melorongkan pergerakan  seseorang daripada Stranger kepada Buyer.

Apabila seseorang itu masuk kedalam sistem Sales Funnel secara automatiknya mereka akan dipandu ketempat-tempat (pages tertentu dalam website) sehinggalah mereka membeli produk/servis yang ditawarkan.

Contoh :

Ali taip di Google berkaitan dengan “Cara Menjalankan Perniagaan Internet”. Kemudian ia terjumpa post (5 Sebab Mengapa perlu mulakan perniagaan internet) di dalam website fairuzrazak.my.

Pada akhir post tersebut terdapat tawaran untuk mendapatkan ebook “Cara Mudah Start Business Online” dengan harga RM 7.00. Ali tertarik dengan tawaran tersebut dan membeli ebook tersebut.

Secara  tak langsung Ali telah melalui Proses Sales Funnel :

Google —> Blog Post (dalam website) –> Ebook (landing page jual ebook)

Mengapa Sales Funnel Penting?

Sales Funnel sangat penting dalam bisnes online kerana di alam maya anda tidak berpeluang untuk bercakap dan berbual dengan prospek anda secara bersemuka

Berbeza dengan bisnes biasa, lebih mudah untuk mempengaruhi prospek secara bertentangan mata. Jadi  dalam online, Sales Funnel itu sendiri akan bertindak sebagai Sales Person anda.

Perkara paling penting dalam Sales Funnel adalah bagaimana untuk menarik traffik (audience) ke dalam sistem yang telah anda hasilkan.

Apabila traffik mula memasuki funnel (corong) anda, secara automatiknya mereka akan di “proses” sehinggalah mereka membuat pembelian.

Cuba kita lihat sales Funnel di bawah ini:

Sebanyak 1000 prospek telah memasuki sistem Sales Funnel. Daripada 1000 yang masuk 100 orang dilihat berminat dalam tawaran yang diberikan. Tetapi hanya 10 orang sahaja yang membeli prosuk/servis tersebut.

Sales Funnel paling atas kita namakan sebagai Top Funnel , yang pertengahan dinamakan Middle Funnel dan yang paling bawah di namakan Bottom Funnel.

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menarik traffik antaranya adalah dengan menggunakan plaform pengiklanan berbayar seperti Google Ads dan Facebook Ads. 

Jika tidak mampu, anda boleh sahaja menggunakan medium percuma seperti Group Whatsapp, telegram, FB group ,Instagram dan sebagainya.

Indikator penting di dalam Sales Funnel

Satu indikasi yang penting dalam Sales Funnel ialah Conversion Rate (CR) . Cara mengiranya adalah mudah sahaja. Rumusnya adalah seperti dibawah ini :

CR (%) = (PROSPEK / LEADS) X 100 ———-(1)

Dalam contoh sales funnel di atas ,Leads = 1000 dan prospek = 1000.

Jadi bedasarkan rumus di (1) Conversion Rate ialah 10% (conversion prospek daripada  leads). Sama juga pengiraannya jika kita ingin melihat conversion rate daripada prospek menjadi buyer.

Daripada rumus diatas kita dapat tahu bahawa semakin tinggi Conversion Rate , semakin tinggi sales yang bakal kita dapat.

Di dalam Konsultasi 1 to 1 bersama client, antara elemen yang kami akan lihat adalah sales funnel yang telah dibuat sebelum ini. Kami akan cuba untuk mengenalpati apa penambahbaikan yang perlu di buat di dalam sales funnel sedia ada bagi memastikan iklan yang dibuat mampu mencapai objektif yang diinginkan.

Semoga Bermanfaat & Jangan Lupa Share

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *