Adakah anda pernah terlihat notis di bawah semasa buka Ads Manager?
Jika Ya, jangan risau atau panik.
- Anda masih boleh menggunakan Custom Audience tersebut dalam iklan yang masih berjalan (cuma anda tak boleh buat iklan baru guna Custom Audience tersebut)
- Proses nak pindahkan Ad Account ke Business Manager sangat mudah. Anda boleh tonton video tutorial ringkas saya di bawah.
Info Tambahan Tentang Business Manager
- Kalau akaun anda menggunakan cara pembayaran jenis manual ataupun prepaid, anda tak boleh pindahkan akaun tersebut ke Business Manager. Tapi anda boleh buat Ad Account baru terus. Caranya ada dalam video di atas.
- Kalau anda tak guna Custom Audience Customer File sekalipun, saya tetap syorkan anda supaya guna Business Manager sebab ada kemungkinan Facebook akan push lebih ramai pengiklan untuk menggunakan platform tersebut.
- Bila baru daftar Business Manager, anda hanya boleh create satu Ad Account. Tapi jika anda perlukan lebih daripada satu, anda boleh hubungi Facebook Support dan mohon untuk tambah kuota (dengan syarat akaun sedia ada memang digunakan secara aktif)
Adakah Video Di Atas Bermanfaat?
Jika Ya, mohon ringankan tangan untuk klik butang Share di bawah supaya lebih ramai usahawan dapat manfaat!
One Comment
Wow…. Ilmu yg ikhlas dari team firdaus azizi. Saya sgt teruja dgn team firdaus azizi ni, setiap kali share ilmu nampak kualiti yg nak di share kan tu daripada coach coach yg lain yg lebih dok promote suruh join kelas berbelas ribu tapi habuk pun tarak.
Saya recommend sgt utk newbie utk follow rapat rapat team firdaus azizi ni. Jgn la buang duit dekat coach yg asyik dok keja promote je. Nak share ilmu tapi 2% je yg selebih 98% suruh join kelas dia kat idcc. Macam aram.