Ya! Ramai yang mungkin tahu dan pernah mengamalkannya dalam perniagaan mereka. Tidak kurang ramai juga yang menggunakannya tanpa tahu ianya merupakan satu “tip” penting untuk meningkatkan jualan.
“Eh! Dia beli produk tu, mungkin produk tu bagus kot. Aku pun nak beli lah !”
Begitulah gambaran yang dimaksudkan dengan terma “social proof”. Secara ringkasnya, “social proof” ini adalah satu bukti yang telah ditunjukkan oleh orang lain terhadap sesuatu perkara.
Sesetengah manusia menggunakan term “monkey see, monkey do“. Apabila mereka nampak orang lain buat , maka dia turut sama ingin membuatnya.
Jesteru saya ingin kongsikan secara ringkas bagaimana anda sebagai pembaca mahupun peniaga boleh menggunakan “social proof” ini untuk meningkatkan kepercayaan dan jualan bisnes anda.
1# Testimoni & Review
“Apabila penjual yang bercakap, itu adalah proses memasarkan. Apabila pelanggan yang bercakap maka itu ialah “social proof”.
Testimoni dan review dari customer yang pernah merasai sendiri servis atau produk kita merupakan satu cara yang amat berkesan untuk membantu prospek lain membeli dengan kita.
Dalam kebanyakan keadaan, pihak ketiga inilah yang banyak membantu keputusan seseorang untuk membeli.
Team Fames telah mengamalkan kaedah social proof ini berulang kali dalam penulisan ayat iklan klien kami dan ternyata kebanyakan kempen iklan berjaya dengan izin Nya.
2# Pengiktirafan daripada Orang Terkenal Dalam Bidang Yang Sama
Di sebalik testimoni dan review, adanya satu kekuatan testimoni yang ramai orang tidak gunakan dalam pengiklanan produk mereka.
Antaranya adalah mendapatkan review dari orang yang terkenal dalam kalangan target sasaran kita dan mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama dengan kita.
Antara cara bagaimana untuk menghubungi dan meminta review adalah dengan memberikan produk kita sebagai hadiah dan mohon maklum balas selepas 1 minggu produk itu sampai ke tangan mereka.
Sebagai contoh :
Puan Aminah menjual buku-buku berunsur islamik.
Dan ada banyak testimoni yang berpuas hati dengan buku beliau.
Kebetulan, buku islamik beliau dalam kalangan wanita dewasa yang suka membaca buku agama dan juga meminati Prof. Muhaya(berdasarkan kajian beliau).
Jadi, apa yang beliau boleh buat adalah menghantar satu hadiah buku islamik bestseller kepada beliau dan meminta beliau untuk berikan maklum balas dalam 1-2 minggu selepas buku itu sampai.
Mudah bukan?
Sekiranya orang terkenal tersebut memberi maklum balas positif, minta izin beliau untuk testimoni itu dipaparkan di laman web atau Facebook Page sebagai social proof beserta gambar supaya ianya boleh menarik ramai orang lain yang mungkin meminati orang itu untuk membeli buku tersebut.
3# Paparkan Jumlah Emel Subscriber
Sekiranya anda menggunakan pemasaran emel sebagai salah satu corong jualan anda, anda boleh menggunakan cara ini untuk menambah kepercayaan untuk orang lain melanggan emel anda.
Kebanyakan keadaan, ramai yang hanya memberikan konten, percuma ebook atau percuma video sebagai tarikan untuk prospek melanggan emel mereka.
Menariknya, menurut Orbit Blog, dengan hanya memaparkan berapa jumlah orang yang sudah melanggan emel sedia ada
(Contoh : 4,600 orang telah melanggan emel kami), telah meningkatkan kadar prospek daftar emel berbanding yang melihat kepada 1400%.
4# Butang “Social Share”
Butang “Social Share” adalah seperti yang anda lihat butang Facebook, Twitter & Google yang keluar di permulaan artikel ini.
Namun begitu butang ini bahaya jika artikel itu tidak menarik dan menunjukkan jumlah share yang tinggi.
Kelebihannya apabila pembaca baru masuk ke laman website yang mempunyai jumlah social share yang tinggi, mereka akan terikut untuk membaca dan berkongsi artikel itu dengan orang lain tanpa ragu.
Salah satu artikel di blog Fames ini yang mendapat jumlah share yang tinggi adalah pada artikel ini.
5# Widget Media Sosial: Kotak Facebook Page & Kotak Twitter
Facebook dan Twitter mempunyai satu widget(alat) yang boleh digunakan untuk diletakkan di dalam website.
Dengan adanya kedua widget ini, ianya memberi social proof kepada pengunjung website disamping membina kepercayaan mereka dengan pantas berdasarkan jumlah like page, jumlah retweet, dan post-post yang bermanfaat daripada kedua widget tersebut.
Sekiranya Facebook Page dan Twitter memaparkan post yang memberansangkan dan mendapat respon menarik daripada follower, maka ianya secara lansung memberi kesan kepada pengunjung untuk turut “follow” dan berminat untuk tahu lebih lanjut tentang sebarang info terbaru dari mereka.
6# “Seperti dilihat di…“- Logo Media
Apabila produk atau servis kita mendapat liputan media, kita seharusnya merekodkan program tersebut beserta keratan bukti.
Sebagai contoh apabila produk keluar di surat khabar, maka paparkan keratan akhbar seterusnya dipaparkan secara meluar di mana-mana tempat yang kita rasakan sesuai untuk membantu meningkatkan jualan.
Sebagai contoh: Apabila anda menggunakan website, paparkan logo media tersebut beserta keratan akhbar yag menunjukkan produk anda sudah keluar di media akhbar. Media akhbar merupakan satu media untuk pengiklanan yang efektif kerana dipercayai hampir semua golongan manusia.
Paparkan seberapa banyak tempat yang boleh dilihat oleh bakal pembeli supaya kepercayaan mereka meningkat dan akhirnya membeli.
7# Kotak Kepercayaan & Pengiktirafan Dari Agensi Berautoriti
Sekiranya produk anda mendapat pengiktirafan daripada beberapa agensi kerana kualiti produk anda, tunjukkan ia di mana-mana medium pemasaran yang anda pilih untuk mengurangkan keraguan prospek.
Sebagai contoh: Anda menjual produk Herba Resdung , dan anda mendapat kelulusan KKM ,GMP dan MAL.
Jangan simpan logo kelulusan tersebut di dalam fail pejabat anda.
Gunakan ia dan paparkan ia di setiap tempat seperti di pejabat, iklan di Facebook, di dalam website bahkan di dalam flyers yang anda sebarkan pada prospek anda.
Kurangakan keraguan dan tingkatkan kepercayaan.
Kesimpulan
7 cara menggunakan “social proof” di atas merupakan elemen penting yang boleh membantu meningkatkan jualan sekiranya ianya dibuat dengan betul dan tepat pada sasaran pelanggan.
Kami memberi tips ini untuk membantu anda semua mencuba dan lihat hasil selepas perubahan di atas. Bukan semata-mata baca dan tinggalkan.
Jika anda menggunakan FB Ads sebagai medium pengiklanan dan tidak tahu cara menggunakan social proof untuk membuat ayat iklan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan servis kami di laman ini–> KLIK SINI.
Barang ini sungguh rare,
Sudah baca boleh tolong SHARE?:)
P.s – Artikel ini telah diubah bahasa dan diolah menggunakan bahasa sendiri daripada tulisan Andy Crestodina iaitu penulis di laman ini.