Bila dah buat iklan di Facebook, mesti kita tak sabar nak tunggu sale masuk menderu-deru…
Malangnya…
Kadang-kadang iklan kita akan “Pending Review” terlalu lama.
Mesti stress kan nak tunggu lama-lama? Berasap jer rasa~
Sekarang lagi lah…
Boleh kata hampir semua iklan akan mengambil masa beberapa jam untuk approve.
Kalau edit iklan yang dah berjalan pun, berjam-jam nak tunggu approve semula.
Jadi…
Apa patut anda buat kalau iklan dah Pending Review terlalu lama?
Saya kongsikan cara yang paling mudah dan Alhamdulillah berkesan untuk saya.
Apa Nak Buat Kalau Iklan Dah Pending Review Terlalu Lama
Untuk menggunakan cara di bawah, pertama sekali anda perlu pastikan iklan tersebut dan Pending Review lebih daripada 24 jam.
Kalau belum sampai 24 jam, anda terpaksa bersabar dulu sebab Facebook memang tak akan layan.
1. Isi Borang
Klik link ini untuk ke borang “Ads Pending Review” yang disediakan oleh pihak Facebook
Anda akan dibawa ke borang yang seperti di bawah.
2. Masukkan Details Yang Diperlukan
Daripada 3 ruangan yang disediakan, anda hanya wajib isi ruangan yang pertama iaitu ruangan Ad ID.
Ini cara untuk dapatkan Ad ID:
1. Pergi ke Ads Manager dan klik tab Ads.
2. Pilih iklan yang tengah Pending tersebut dan klik butang “Edit” seperti dalam gambar di bawah.
3. Kemudian klik butang Menu yang ada tiga titik di sebelah atas kanan dan klik “Copy to clipboard”.
4. Paste nombor ID tersebut pada borang “Ads Pending Review” yang di atas tadi tu.
Senang kan?
Oh, saya juga biasanya akan isi sekali ruang yang ketiga dengan ayat ringkas seperti di bawah.
Hi There,
My Ads has been pending review for more 24 hours.
Appreciate if you can kindly expedite the review process.
Thanks and best regards!
Lepas dah siap tulis, pastikan anda klik butang “Send” untuk hantar ke pihak Facebook.
3. Settle!
Bila borang dah selamat dihantar, anda akan dibawa ke Support Inbox dengan paparan seperti di bawah.
Mengikut pengalaman saya, iklan biasanya akan diluluskan dalam tempoh kurang 1 jam selepas borang dihantar.
Kalau iklan tak lulus, mereka akan maklumkan juga terus melalui emel dan dalam Support Inbox tersebut.
Apa Cara Lain Untuk Appeal Supaya Iklan Cepat Lulus?
Selain daripada menggunakan borang di atas, anda boleh juga menggunakan fungsi Live Chat Support untuk meminta pihak Facebook review iklan yang pending tersebut.
Cuma berdasarkan pengalaman peribadi, borang tersebut lebih mudah dan efisien.
Semoga Berjaya!
Akhir kata, saya doakan anda berjaya appeal untuk dapatkan iklan anda diluluskan dengan pantas oleh pihak Facebook.
Kalau ada sebarang pertanyaan, jemput tanya dalam Facebook Group khas yang saya wujudkan secara percuma untuk anda di sini.
Oh, lagi satu…
Jangan lupa untuk klik butang “Share” di bawah supaya lebih ramai orang dapat manfaat yer!