Admin Officer

OVERVIEW
Kami sedang mencari individu yang proaktif dan teliti untuk menyertai pasukan kami sebagai Pegawai Tadbir (Admin Officer). Jika anda seorang yang mahir menguruskan pelbagai tugas (multitasker) bagi pengurusan pejabat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, dan mampu menyelesaikan masalah dengan efisien, kami ingin mengenali anda!

RINGKASAN JAWATAN

  • Lokasi: Bandar Puteri, Bangi, Selangor.
  • Jabatan: Pentadbiran / Operasi
  • Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
  • Gaji: RM1,800 -RM2,200 (Berdasarkan Pengalaman)
  • Tarikh Mula Bertugas: 30 Mac Mac 2026 (Selepas Raya)

TANGGUNGJAWAB UTAMA

1. Pengurusan & Aktiviti Pekerja

  • Merancang aktiviti bulanan pekerja dan menyelaraskan logistik yang berkaitan.
  • Menguruskan maklumat pekerja dan komunikasi dalaman (memo am).
  • Menguruskan pendaftaran akaun emel dan akses bagi pekerja baru.
  • Memproses tuntutan perubatan (Medical Claims) dan tuntutan bil telefon

2. Perlesenan Korporat & Pematuhan

  • Membantu dalam proses permohonan lesen premis dan lesen vendor.
  • Berurusan dengan pihak ketiga atau pembekal perkhidmatan untuk pembaharuan dokumen.
  • Menyelenggara rekod lesen dan kelulusan secara teratur.

3. Sokongan Pasukan & Pentadbiran

  • Menyediakan dan menguruskan Mesyuarat Pasukan Bulanan.
  • Menguruskan Google Calendar syarikat untuk semua aktiviti dan acara pekerja.
  • Menjadi pegawai perhubungan bagi tetamu, calon temuduga, dan pegawai yang hadir.

4. Pengurusan Pejabat & Fasiliti

  • Memantau stok bekalan pantri dan peralatan pejabat.
  • Memastikan standard kebersihan pejabat sentiasa terjaga.
  • Menguruskan tugasan berkaitan hadiah dan acara (penghargaan, sambutan, acara staf).
  • Mengemas kini senarai aset syarikat dan melakukan pemeriksaan aset tahunan.

KELAYAKAN & KEPERLUAN

  • Pendidikan: Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan, atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman: Minimum 1-2 tahun dalam bidang sokongan pentadbiran atau kerani pejabat.
  • Kemahiran Teknikal: Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) dan Google Workspace.
  • Ciri Peribadi: Mempunyai tahap penelitian yang tinggi, amanah dalam mengendalikan maklumat sulit, dan mampu menepati masa

MANFAAT YANG DITAWARKAN

  • Gaji kompetitif dan pakej faedah menarik.
  • Peluang pertumbuhan kerjaya dan pembangunan profesional.
  • Persekitaran kerja yang kolaboratif dan menyokong.
  • Faedah kesihatan, bonus, dan insentif.

Tenaga dan semangat anda menggerakkan Team Fames ke hadapan.

Di Team Fames, kami mengamalkan pemikiran progresif dan sentiasa bersedia meneroka pendekatan baharu yang lebih berkesan dan relevan. Kami amat menghargai pengalaman serta kepakaran warga kerja kami, dan menyokong perkembangan individu dan membuka ruang untuk anda melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.

Budaya kerja yang positif dan persekitaran yang menyokong merupakan keutamaan kami. Team Fames komited dalam mewujudkan suasana kerja yang inklusif, menyeronokkan dan membina, di mana setiap individu dihargai dan berpeluang untuk berkembang.
Sertai Team Fames dan berkembang bersama kami!

Sila hantar permohonan anda dengan tekan butang ‘Apply Sekarang' di bawah ATAU

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-574 5377