Business Executive Associates

Ubah kemahiran jualan anda kepada pendapatan tinggi dengan model kerja fleksibel dan 100% remote!

Overview
Kami sedang mencari individu yang dinamik untuk menyertai Unit Pembangunan Perniagaan kami bagi mengembangkan pasaran sistem Wabot. Sebagai Business Executive Associates (BEA), anda akan menjadi penggerak utama dalam menghubungkan solusi automasi WhatsApp kami kepada perniagaan yang memerlukannya.

  • Status Pekerjaan: Pelantikan secara Freelance.
  • Lokasi: Sepenuhnya Remote (Bekerja dari mana-mana sahaja)
  • Latihan: Onboarding secara fizikal selama 2 minggu disediakan di Bandar Seri Putra, Bangi.

Tanggungjawab

Fokus anda adalah pada pertumbuhan jualan melalui aliran kerja yang mudah:

Adakah Anda Yang Kami Cari?

Kami mencari individu yang memenuhi kriteria dan kelayakan berikut:

  • Pengalaman & Latar Belakang:
    • Mempunyai pengalaman dalam bidang jualan, pembangunan perniagaan, atau peranan yang berhadapan dengan pelanggan.
    • Individu yang kini terlibat dalam bidang insurans, hartanah, pemasaran, atau perkhidmatan bebas (freelance) amat dialu-alukan
    • Minimum Diploma.
    • Kriteria Bonus: Mempunyai jaringan hubungan sedia ada dengan agensi, pemilik perniagaan, atau komuniti usahawan.
  • Kemahiran & Sahsiah:
    • Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (lisan & bertulis) serta mampu memberi layanan yang mesra dan profesional.
    • Mahir berkomunikasi, memujuk, dan yakin semasa melakukan pitching.
    • Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan konsisten dalam mencari prospek.
    • Mempunyai kemahuan tinggi untuk melakukan tindakan susulan (follow-up) dan sentiasa fokus pada hasil.
    • Tidak mudah putus asa jika ditolak dan pandai menguruskan senarai prospek jualan.
  • Kecenderungan Teknikal:
    • Mempunyai tahap celik teknikal (technical literacy) yang baik.
    • Mampu memahami dan menyesuaikan ciri-ciri sistem dengan cepat untuk dipersembahkan kepada klien.
  • Motivasi & Cara Kerja:
    • Mampu bekerja secara berdikari, proaktif dan mempunyai inisiatif dalam menyelesaikan masalah.
    • Mencari pendapatan tambahan dan bermotivasi dengan komisen jualan yang tinggi.
    • Kebolehan menyesuaikan diri dengan tugasan pelbagai dan fleksibel dalam persekitaran kerja yang dinamik.
    • Selesa dan mampu bekerja secara berdikari (independent).

Ambil Tindakan Sekarang!

Di Team Fames, kami mengamalkan pemikiran progresif dan sentiasa bersedia meneroka pendekatan baharu yang lebih berkesan dan relevan. Kami amat menghargai pengalaman serta kepakaran warga kerja kami, dan menyokong perkembangan individu dan membuka ruang untuk anda melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.

Budaya kerja yang positif dan persekitaran yang menyokong merupakan keutamaan kami. Team Fames komited dalam mewujudkan suasana kerja yang inklusif, menyeronokkan dan membina, di mana setiap individu dihargai dan berpeluang untuk berkembang.
Sertai Team Fames dan berkembang bersama kami!

  • Tarikh Tutup Permohonan: 10 Mei 2026
  • Tarikh Mula Bertugas: Mei @ Jun 2026.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-574 5377