Blog Firdaus Azizi

Cara Analisa Data Jualan Dengan Cepat Guna Google Sheet & Google Data Studio

Pejam celik pejam celik, nampaknya kita dah menghampiri penghujung 2022, cepat betul masa berlalu.

Fuhh..banyak betul dugaan marketer/bisnes owner tahun ni.

Mana yang run iklan mesti lagi terasa dengan cabaran performance iklan yang tak menentu.

Cuba check balik sepanjang tahun 2022 ni…

Ada tak kempen yang berjaya?

Kempen yang tak berjaya?

Kempen mana yang berbaloi untuk kita teruskan?

Uishhh banyak betul nak check data ni, memang ambil masa lama kalau nak analisa..

Kalau nak keluar data manual satu-satu memang makan masa.

Sebab itulah kami nak kongsikan macam mana nak analisa data jualan dengan cepat, dengan “visualkan” data report kita menggunakan Google Data Studio.

Apa yang kami maksudkan “Visual-kan Data Report”?

Kebiasaannya kalau kita rekod data, kita akan gunakan software lejar seperti Google Sheets & Microsoft Excel , betul?

Dulu, kami pun sama jer macam anda.

Bila setiap kali nak present report mingguan atau bulanan dekat klien, memang kami akan manually buat table atau graph dan analisa data yang diperolehi.

Ini cara kami send report kepada klien dulu.

Cuma bila data dah banyak & berjela-jela, mencabar sebenarnya nak keluarkan satu report.

Nak-nak pulak kalau klien mintak compare report minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas.

Terkial-kial scroll & keluarkan data-data secara manual. 

Alhamdulillah, pada tahun 2020 selepas kami bertukar kepada Google Data Studio (sekarang Looker Studio), kerja analisa kami jadi lebih mudah & cepat.

Dan ini contoh report pertama yang kami visual-kan.

Menarik & lebih mudah nak tengok data kan?

Senang nak baca.

Senang nak analisa.

Senang nak buat perancangan & keputusan.

Kalau klien kami nak mintak data tahun lepas pun tak ada masalah selagi mana data tu dah direkod.

Bagaimana Nak Mula buat report Guna Google Data Studio?

Sebelum kami jelaskan lebih lanjut bagaimana nak guna Google Data Studio ni, anda tahu tak apa fungsi Google Data Studio ni sebenarnya?

Google Data Studio ni adalah satu platform untuk visual-kan data kita.

Dengan Google Data Studio, kita boleh gabung beberapa set data dari dokumen-dokumen sheets kita kepada satu paparan untuk kita analisa data.

Dan apa yang paling best, Looker Studio ni PERCUMA jer.

Mula google Data Studio:

Log-in akaun

Buka website Data Studio iaitu https://www.google.com/analytics/data-studio & log masuk menggunakan akaun Google kita.

Explore Dashboard Data Studio

Selepas log masuk ke Data Studio, anda akan ke paparan seperti bawah.

Jangan risau..Sebab Google sendiri dah sediakan beberapa sample report untuk anda guna.

Nak mudah belajar, boleh cuba explore guna template yang ada dulu.

Bila dah faham macam mana nak generate report dalam Data Studio ni, bolehlah “create from scratch” custom report anda.

Dashboard data studio
Dashboard Data Studio
Report & Sumber Data

Seperti gambar di atas, anda boleh lihat di dashboard data studio ini terdapat bahagian “Reports” & “Data Sources”.

Reports: Untuk anda mula present data secara visual daripada data sources yang anda telah “connect-kan”

Data sources: Kumpulan data yang ingin anda masukkan dalam report, yang mana disambung terus dari data luaran seperti Google Sheets & Google Analytics.

Tapi..Kalau anda masih gunakan Microsoft Excel, anda perlu export file berkaitan dan upload ke dalam Google Sheets terlebih dahulu.

Connect Source – Data Studio

Jadi, sebelum anda nak mula visual-kan data, anda perlu create Data Sources & pilih data mana yang nak dimasukkan di dalam report.

Cara mudah untuk anda jana report nanti adalah dengan connect & gabung terus data-data daripada senarai yang Google Connector dah sediakan.

Ada 500 pilihan data sources yang anda hanya tinggal “tarik” masuk dalam report anda nanti. Contoh kebiasaan data sources yang kami guna:

  • Google Sheets
  • Google Ads
  • Facebook Ads

Next, jom kita cuba terus connect-kan file dari Google Sheets ke Google Data Studio.

Bonus! 5 Langkah Mudah Masukkan Data Google Sheets ke Google Data Studio

#Langkah 1: Create Data source

Untuk tambah data sources, kita boleh terus gunakan data connector yang saya tunjukkan di atas tadi.

Buat satu report baru dengan klik butang “Create” , kemudian tambah data source yang berkaitan.

#Langkah 2: Connect Email Yang Mempunyai Akses Dengan Data

Untuk anda yang pertama kali menggunakan Google Data Studio, anda perlu isi butiran seperti di bawah:

#Langkah 3: Pilih Data Sources

Selepas anda selesai setup, anda akan dibawa ke bahagian Google Connector.

Kemudian, pilih Google Sheets.

#Langkah 4: Authorize & Pilih sheets

Klik butang “Authorize” terlebih dahulu untuk benarkan Google Connector tarik data dari sheets, kemudian barulah pilih file Google Sheets mana yang berkaitan.

Next, boleh terus tekan butang “Connect” seperti gambar di bawah.

#Langkah 5: Create Report

Selepas data anda telah disambung, anda boleh terus klik butang “Create Report”.

Okay, jika anda berjaya mendapat seperti sasaran di atas, ini bermakna anda dah berjaya masukkan data dari Google Sheets tadi ke dalam Data Studio.

Apa yang anda tinggal buat adalah susun & blend data mana yang penting untuk anda present dalam report anda nanti.

Mudah jer kan?

Platform pun percuma.

Rugi sangat kalau kita tak guna Data Studio ni.

InsyaAllah jimat masa, jimat tenaga, tak pening mata nak tengok data berjela-jela.

Sekian saja untuk perkongsian hari ini, semoga bermanfaat.

“Kalau saya nak belajar buat report Google Data Studio (GDS) ni dengan Team Fames boleh tak?”

Ehhh boleh, takkan tak  boleh..

Kebetulan memang kami baru je open kelas live ajar GDS ni.

Nak join untuk diri sendiri boleh.

Nak hantar tim boleh.

Nak ajak geng-geng marketer pun sangat dialu-alukan.

Nak tahu detail kelas GDS dengan kami?

Klik butang di bawah:

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan