Pemakaian Boxer Lebih Elok Untuk Kesuburan

Pakaian yang longgar lebih elok untuk kesuburan kerana ia memberi pengudaraan kepada alat sulit

Antara cara untuk meningkatkan kesuburan adalah dengan memakai pakaian yang longgar, terutamanya di bahagian kemaluan. Sebab itu pemakaian boxer dikatakan lebih elok berbanding seluar dalam.

Orang zaman dulu, ramai yang sekadar pakai kain pelikat. Adakah sebab itu mereka subur sampai ada yang mempunyai berbelas orang anak?

Pemakaian seluar jeans yang biasanya ketat juga menyeksakan kemaluan anda. Cuba pakai seluar jenis longgar yang lebih selesa.