Overview
Kami sedang mencari seorang Customer Support yang proaktif, mesra, dan cekap berkomunikasi untuk memberikan sokongan kepada pelanggan. Tugas utama merangkumi memberikan bantuan pelanggan secara responsif, menangani isu berkaitan teknikal dan pembayaran, serta membimbing pelanggan dalam penggunaan sistem-sistem yang dikendalikan oleh Team Fames Sdn Bhd.
Tanggungjawab
- Memberi sokongan kepada pelanggan melalui emel, sistem dalaman, live chat dan media sosial dengan respon yang tepat dan profesional.
- Mengurus serta menyelesaikan isu berkaitan teknikal, pembayaran, akses akaun, serta perkhidmatan untuk semua produk Team Fames termasuk Wabot & Wabot Pro.
- Menjalankan Customer Support khusus untuk sistem Wabot, termasuk memantau tiket pelanggan, membantu tetapan akaun, troubleshoot integrasi, dan memberikan panduan penggunaan sistem secara menyeluruh.
- Menyediakan bantuan, latihan dan bimbingan kepada pelanggan melalui video tutorial, sesi onboarding, dan dokumentasi bagi meningkatkan pengalaman pengguna.
- Berinteraksi dan bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal, produk dan operasi bagi menambah baik servis, proses dalaman dan kepuasan pelanggan secara berterusan.
- Mengumpul maklum balas pelanggan untuk tujuan penambahbaikan ciri produk serta memastikan pengalaman pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Kelayakan
- Minimum Diploma atau Ijazah dalam bidang Komunikasi, Pengurusan Perniagaan, Pemasaran atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan atau sokongan pelanggan adalah satu kelebihan.
- Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (lisan & bertulis) serta mampu memberi layanan yang mesra dan profesional.
- Mampu mengendalikan pertanyaan, aduan atau isu pelanggan dengan sabar dan berhemah.
- Mampu bekerja secara berdikari, proaktif dan mempunyai inisiatif dalam menyelesaikan masalah.
- Berminat dan mempunyai sikap positif dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
- Kebolehan menyesuaikan diri dengan tugasan pelbagai dan fleksibel dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Tenaga dan semangat anda menggerakkan Team Fames ke hadapan.
Di Team Fames, kami mengamalkan pemikiran progresif dan sentiasa bersedia meneroka pendekatan baharu yang lebih berkesan dan relevan. Kami amat menghargai pengalaman serta kepakaran warga kerja kami, dan menyokong perkembangan individu dan membuka ruang untuk anda melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.
Budaya kerja yang positif dan persekitaran yang menyokong merupakan keutamaan kami. Team Fames komited dalam mewujudkan suasana kerja yang inklusif, menyeronokkan dan membina, di mana setiap individu dihargai dan berpeluang untuk berkembang.
Sertai Team Fames dan berkembang bersama kami!
Lokasi : Bandar Puteri Bangi
Mod kerja : Full Time
Nama recruiter : Nur Fashileen
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-574 5377

