“Tuan Danial, produk XXX ni boleh pergi tak dalam market?” Soal tuan X kepada saya dalam sebuah seminar tak lama dulu.
Bukan Tuan X je pernah tanya soalan begini, tapi ramai dah tanya soalan yang lebih kurang sama.
Sebenarnya, soalan begini saya tidak boleh jawab… sebab anda sendiri kena kaji tentang produk anda. Sebelum anda pasarkan apa-apa produk, langkah pertama yang anda wajib buat adalah kajian produk.
“Phewwwww… selamat saya buat servis, tak ada kajian produk perlu buat. Ya la, servis mana ada produk. Haha…” Kata tuan Y dengan nada berseloroh.
Oh, sebenarnya produk dan servis sama saja, dua-dua perlu ada kajian dibuat.
Dua perkara yang wajib anda buat sebelum buat aktiviti pemasaran adalah kajian produk dan kajian pelanggan. Artikel kali ini, saya nak cerita tentang kajian produk dahulu.
Ini 3聽perkara yang anda wajib kaji tentang produk atau servis anda.
1# Ciri-ciri, Kelebihan dan Manfaat (CKM)
Ciri-ciri adalah apa yang ada pada produk itu. Contoh seperti, warna kuning, 300ml, 1KG, Mengandungi Zat Besi, Ekstrak Habatus Sauda dan sebagainya.
Anda juga perlu tahu apakah kelebihan produk anda. Contoh anda kata, produk anda ada ekstrak kurma Ajwa… apakah kelebihan ekstrak kurma itu?
Tapi, paling utama adalah anda perlu ketahui apakah manfaat produk anda. Sebab, pelanggan mahu beli manfaat, itu ‘main point' mereka beli apa-apa produk.
Manfaat adalah apakah perubahan yang boleh berlaku pada diri pelanggan jika mereka gunakan produk anda. Contoh, rambut kembali bersinar dan wangi.
Untuk mudah faham, saya bagi contoh produk serum rambut
Ciri-ciri: Mengandungi ekstrak Biji Mangga
Kelebihan: Kandungan magnesium 80% lebih tinggi
Manfaat: Membantu melebatkan rambut
Okay, ini hanya sekadar contoh. Anda kena kaji sendiri apakah ciri. kelebihan dan manfaat produk anda.聽
2# Apakah USP Produk Anda?
“USP tu menatang padia?”
USP tu bukan ‘menatang' tuan-tuan dan cik puan…
USP adalah merujuk kepada Unique Selling Proposition. Okay, mungkin terma ni canggih sangat.
Saya mudahkan lagi, USP adalah apakah keunikan yang ada pada produk/servis anda dan keunikan ini pula tiada pada pesaing anda?
Sebagai contoh, anda buat bisnes printing flyer. Mungkin USP anda adalah, copywriting flyer ditulis oleh copywriter yang professional?
Atau, mungkin juga USP anda adalah pakej flyer siap dengan split testing?
Ada tak pesaing lain yang buat printing flyer sekali dengan split test flyer? Kalau tak ada, anda je yang buat, maka itulah USP anda.聽
Kalau tak ada USP macam mana? Anda kena brainstorm dan keluarkan USP anda sendiri.
3# Posisi Produk
Apakah posisi produk anda dalam pasaran?
Adakah ianya produk kategori mampu milik atau premium?
Produk baru atau produk yang sudah sudah ramai tahu?
Produk kehendak atau keperluan?
Sebagai contoh, suatu masa dulu, power bank adalah produk baru.
Maka ketika itu, jika anda keluarkan power bank sendiri, ianya dikira sebagai produk baru.
Tapi…
Kalau sekarang ni anda keluarkan power bank, ianya bukan lagi produk baru, tapi sudah dalam posisi produk yang dikenali.
Power bank yang anda keluarkan ni bersalut emas 15k dan dihiasi batu swarowski.
Adakah ianya produk kategori premium atau mampu milik?
Kesimpulan
Secara asasnya, ini 3 perkara yang anda perlu kaji mengenai produk anda.
Sebelum nak buat pemasaran, wajib kaji dulu.
Kemudian baru tentukan samada produk ini boleh dijual atau tidak…
Kalau boleh dijual pula, siapakah segmen pelanggan anda?
Ketika itu, anda perlu buat kajian pelanggan pula.
Itu satu topik yang lain. Nak tau ke apa itu kajian pelanggan?
Baca artikel minggu depan.