Seorang protege saya, ada PM dan bertanya,
“Irfan, kenapa jualan ebook aku tak rancak? Cuba kau audit ayat-ayat jualan aku.”
Bila saya membaca mesej beliau, saya macam,
“TETTTT!!!! Aku dah boleh agak kenapa.”
Pelik tapi benar.
Saya tak tengok pun lagi ayat-ayat yang beliau gunakan, tapi saya boleh meneka apakah punca-puncanya.
Kalau anda dah kuasai satu skil ini (yang akan saya kongsikan lepas ni), insyaAllah, saya berani jamin, anda pasti akan begitu CEPAT PIKAP, dan pantas selesaikan masalah,
“Kenapa Ayat Jualan Aku Hambar?”
Kesilapan WAJIB Seorang Peniaga Ketika MENJUAL
Sama ada kita bercakap, ataupun menulis, bagi menyampaikan satu kata-kata ‘berbau' jualan, kita perlu sedar akan satu KESILAPAN WAJIB yang akan kita lakukan.
Kenapa WAJIB?
Kerana, setiap peniaga/penjual, pasti akan melakukan kesilapan ini sekurang-kurangnya SEKALI dalam hidup mereka.
Siap saya boleh terangkan dari faktor sains. Teruskan baca.
Apakah Kesilapan Itu?
Jawapannya, kita gagal membezakan ayat FEATURE VS BENEFIT.
(Asalnya, saya nak tulis faktor “Syok Sendiri”, tapi saya re-phrase supaya anda tidak terasa.)
Ya, jika kita gagal membezakan antara ayat FEATURE dan BENEFIT, kita akan cenderung ‘bercakap' seorang diri.
Kita dilihat seolah-olah begitu SYOK SENDIRI.
Kerana, kita begitu sibuk BERCAKAP kelebihan produk yang kita jual, tetapi kita tidak MENDENGAR akan masalah audien (orang yang sedang kita nak jualkan ni).
FEATURE = Anda berCAKAP sorang-sorang
BENEFIT = Anda menDENGAR masalah prospek
Apa Itu Ayat FEATURE
Ayat FEATURE, bermaksud ayat yang mengandungi “ciri-ciri”, ataupun ‘Spec' produk/servis (yang kita nak jual).
Antara ayat-ayat yang mempunyai unsur FEATURE adalah seperti ini,
- “Ebook ini dapat membantu anda, sebab ia ditulis 100% berdasarkan pengalaman sebenar.” (nota saya: ini ebook kuruskan badan)
- “Produk Krim XYZ ini dapat memutihkan kulit anda, kerana ia diperbuat daripada campuran ramuan buah Pala.”
- “Kapsul ABC ini bertindak membakar lemak-lemak anda sewaktu mengangkat dumbell.”
Macam Mana Pula Ayat BENEFIT
Sekarang, saya nak kongsikan pula maksud ayat BENEFIT.
Ayat BENEFIT, bermaksud ayat yang mengandungi “faedah-faedah”, ataupun ‘kebaikan' produk/servis (yang kita nak jual).
- “TURUNKAN berat badan anda melalui tips yang saya kongsikan dalam ebook ini.”
- “PUTIHKAN kulit anda dengan gunakan produk Krim XYZ ini.”
- “BAKAR lemak-lemak di kulit anda LEBIH CEPAT dengan amalkan kapsul ABC.”
Nampak tak beza ayat FEATURE dan BENEFIT? Kira terbalikkan je.
Jadi, kalau tiba-tiba kita ‘blur' kenapa ayat iklan kita tak dapat respon yang ‘masyuk', mungkin kita TERLUPA untuk tukar ayat-ayat kita kepada bentuk BENEFIT.
Tapi, anda JANGAN tanya pada diri sendiri,
“Adakah aku sedang guna ayat BENEFIT atau FEATURE?”
JANGAN. Soalan ini konfius. Anda sedang bertanya pada diri anda yang berwatak PENIAGA/PENJUAL.
Cuba ikut tips saya ni.
Biasanya, petua saya, sebelum saya publish/lancarkan iklan, saya akan tanya pada diri saya macam ni,
“Aku nak beli ni, tapi apa aku dapat?”
Ini maknanya anda sedang bertanya pada diri anda yang sedang berwatak PEMBELI.
Jadi, anda haruslah menjawab KEBAIKAN terlebih dahulu, barulah ciri-ciri itu di akhir.
AWAS! Perhatikan macam mana anda menyusun BENEFIT dan FEATURE.
Jangan susun secara melintang. Ini adalah cara yang tak bagus:
- BENEFIT 1 + FEATURE 1
- BENEFIT 2 + FEATURE 2
- BENEFIT 3 + FEATURE 3
Cara yang bagus, adalah susun ikut menegak (vertical)
- BENEFIT 1
- BENEFIT 2
- BENEFIT 3
(selang sebaris)
- FEATURE 1
- FEATURE 2
- FEATURE 3
Kenapa kita tak digalakkan menyusun melintang? *sahabat saya bertanya.
Ini kerana, jika ia disusun melintang, audien LAMBAT menemui BENEFIT 2, 3 dan seterusnya.
Macam ‘hiccup'. Baru dapat BENEFIT 1 dah ‘tersedu'.
Dengan susunan menegak, kita dapat meng'hentak' BENEFIT secara berturut-turut dan bertalu-talu.
Kemudian, lepas audien jumpa FEATURE 1,2,3.. baru dia faham kenapa dia akan dapat BENEFIT 1,2,3…
Ada Belajar Sesuatu?
Saya pasti anda ada belajar sesuatu dari perkongsian Tuan Al Irfan Jani di atas.
Beliau merupakan seorang pakar penulisan ayat iklan berkonsepkan ‘story selling'.
Anda juga boleh baca artikel saya sebelum ini tentang 3 lagi ‘sifu' copywriting @ penulis ayat iklan yang saya suka follow.
Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda.
P.s. – Jangan lupa klik butang Share di bawah untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain!
6 Comments
terima kasih untuk perkongsian ini.
kena check balik ni.