Laman khas penerangan polisi pulangan wang segala yang berkaitan tentang program, langganan sistem, coaching & panduan digital di bawah Team Fames Sdn. Bhd.
Program (seminar / workshop / kelas)
1. Pembatalan @ Tarik Diri
- Sebelum 7 hari sebelum program – 100% refund
- 6 ke 4 hari sebelum program – 50% refund
- 3 ke 2 hari sebelum program – 20% refund
- 1 hari @ 24 jam sebelum – tiada refund
Sekiranya bayaran dibuat menggunakan Credit Card, setiap refund akan ditolak 10% daripada yuran program.
2. No Show @ Tidak Hadir
Tiada refund akan diberikan.
3. Tukar Tarikh @ Tunda
Sebarang pertukaran tarikh atau penundaan dibenarkan dengan syarat:
- Dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum program
- Boleh ditunda ke program seterusnya yang sama nilai dalam masa 6 bulan
Jika dimaklumkan kurang 7 hari sebelum program, pihak Team Fames berhak membatalkan pendaftaran dan memberikan refund seperti kes pembatalan (rujuk #1 di atas).
4. Hadir Tapi Tak Puas Hati @ Rasa Tak Berbaloi
- 100% refund akan diberikan dengan syarat tuntutan dibuat secara bertulis dengan menyatakan sebab inginkan refund.
- Tuntutan perlu dibuat dalam masa 7 hari selepas program.
- Tuntutan boleh dibuat melalui emel ke [email protected].
Coaching, Consultation & Mentoring
- 100% refund sekiranya tuntutan dan pembatalan dibuat 7 hari sebelum tarikh sesi yang ditetapkan.
- Sekiranya sesi sudah berjalan, tiada refund akan diberikan.
- Untuk sebarang sesi yang diberikan percuma atau sebagai bonus untuk program anjuran Team Fames, ianya perlu dituntut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh sesi berlangsung.
Video @ Online Course
- 100% pulangan wang akan diberikan dengan syarat tuntutan dibuat secara bertulis dengan menyatakan sebab inginkan pulangan wang.
- Tuntutan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas pembelian disahkan.
- Tuntutan boleh dibuat melalui emel ke [email protected].
Sistem
- 7 hari jaminan pulangan wang untuk langganan berbayar pertama kali
- 3 hari jaminan pulangan wang untuk langganan berbayar kali kedua & seterusnya
- Kos kredit Ai ditolak dari jumlah pulangan wang
- Ia terpakai untuk sistem seperti: Wabot, Wabot Pro, Waform, Mleads Pro & Kliksini