Siapa Saya

siapa-firdaus-azizi-pakar-facebook-ads

Firdaus Azizi mula terlibat dalam dunia bisnes online pada tahun 2010 dan aktif berkongsi kepakaran beliau di Facebook dan Blog sejak tahun 2012.

Disebabkan beliau suka berkongsi ilmu dan melihat lebih ramai usahawan berjaya, beliau telah menubuhkan Firdaus Azizi Training & Consultancy (002339002-H) pada tahun 2014 dan mula mengadakan seminar secara agresif di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, setakat hari ini seminar beliau sudah dihadiri lebih 3,700 orang usahawan dan video panduan beliau pula sudah dimuat turun lebih dari 4,450 orang.

Selain menganjurkan seminar sendiri, beliau juga selalu dijemput sebagai trainer oleh beberapa syarikat & badan kerajaan.

Antaranya:

  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  • Persatuan Pengeluar Ubat Tradisional Melayu Malaysia (PURBATAMA)
  • Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
  • MYNIC Berhad
  • Pihak Berkuasa Zakat Malaysia
  • Online Business Academy (OBAC)
  • Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Universiti Malaya
  • Shaklee (distributor)
  • Coway (agent)
  • Mary Jardin
  • BioUltra

Pada bulan Januari 2020, beliau telah menubuhkan Team Fames Sdn Bhd (1359369-A) untuk membantu lebih ramai usahawan dengan memberikan servis pengiklanan & pemasaran online.

Setakat bulan Julai 2020, beliau dan tim telah membantu uruskan kempen sosial media untuk 52 syarikat.

Selain itu, beliau juga merupakan telah mendapat pengiktirafan sebagai “Facebook Certified Buyer Professional” pada 10 November 2017 setelah melalui beberapa ujian kelayakan yang disediakan oleh pihak Facebook.

Facebook Certified Buyer Professional Malaysia - Firdaus Azizi

Beliau boleh dihubungi melalui emel di [email protected] atau Whatsapp ke talian 011 1948 1730.

2 comments

    1. Terima kasih Tuan Hadi sebab berminat nak belajar dengan saya 🙂

      Untuk info tentang kelas terdekat, tuan boleh ke https://firdausazizi.my//jadual-kelas yer.

      Ataupun boleh juga Whatsapp ke 011 1948 1730.

      Terima kasih

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shopping cart

0

No products in the cart.