Social Media Manager

Overview
Kami sedang mencari Social Media Manager yang kreatif dan bersemangat untuk menguatkan jenama Wabot di platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Tugas utama termasuk merancang kandungan, meningkatkan keterlihatan jenama, dan berinteraksi dengan komuniti. Peranan ini membantu memastikan Wabot dikenali, konsisten dan relevan di pasaran.

Tanggungjawab

  1. Menyediakan konten & pengurusan media sosial
  2. Berbincang dengan tim pemasaran & tim sistem bagi memahami hala tuju pemasaran bagi memudahkan untuk merancang konten apa yang mahu disediakan.
  3. Merakam, menyunting, dan mengurus video media sosial (contoh: TikTok, IG Reels).
  4. Mencipta kandungan visual yang menarik seperti poster ringkas untuk menyokong aktiviti pemasaran dan mengukuhkan kehadiran jenama.
  5. Menyusun jadual dan upload konten media sosial.
  6. Bertindak sebagai hos untuk sesi siaran langsung di media sosial (contoh: TikTok Live) sekiranya perlu.

Kelayakan

  • Minimum Diploma atau Ijazah dalam bidang Pemasaran, Komunikasi, Media, Pengurusan Perniagaan atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman kerja dalam pengurusan media sosial atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran menghasilkan idea kreatif untuk konten (teks, visual, video) dan copywriting yang berkesan.
  • Dapat berkomunikasi yang baik (lisan & bertulis).
  • Mampu bekerja secara berdikari, proaktif, kreatif dan mengambil inisiatif.
  • Kebolehan untuk menyesuaikan diri, fleksibel dalam tugasan dan mampu mencari solusi secara kreatif.

Tenaga dan semangat anda menggerakkan Team Fames ke hadapan.

Di Team Fames, kami mengamalkan pemikiran progresif dan sentiasa bersedia meneroka pendekatan baharu yang lebih berkesan dan relevan. Kami amat menghargai pengalaman serta kepakaran warga kerja kami, dan menyokong perkembangan individu dan membuka ruang untuk anda melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.

Budaya kerja yang positif dan persekitaran yang menyokong merupakan keutamaan kami. Team Fames komited dalam mewujudkan suasana kerja yang inklusif, menyeronokkan dan membina, di mana setiap individu dihargai dan berpeluang untuk berkembang.
Sertai Team Fames dan berkembang bersama kami!

Lokasi : Bandar Puteri Bangi
Mod kerja : Full Time
Nama recruiter : Nur Fashileen

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-574 5377