Anda ingin tingkatkan jualan tapi ada bajet yang sangat terhad?
Facebook Ads mungkin pilihan yang terbaik untuk anda!
Apapun…
Sebelum buat sebarang keputusan untuk keluarkan duit beriklan di Facebook, benda paling utama adalah faham platform marketing itu sendiri terlebih dahulu.
Apabila kita faham, baru kita tahu bagaimana untuk menguruskan risiko dengan baik.
Facebook Ads hanya satu daripada platform marketing terbaik di Malaysia.
Adakah Anda Patut Beriklan di Facebook?
Atau adakah anda tak patut beriklan di Facebook?
Berikut adalah perkongsian daripada Larry Alton tentang nilai dan fungsi Facebook Ads untuk orang bisnes.
Beliau ini penulis di blog Inc., salah sebuah blog usahawan terbesar di Amerika Syarikat.
1# Facebook Ads Bagi Kita Maklumat Penting Supaya Kita Boleh Buat Iklan yang Lebih Baik
Platform marketing yang bagus mempunyai pelbagai maklumat mendalam terhadap pengguna platform itu.
Maksudnya, Facebook tahu banyak maklumat tentang setiap pengguna.
Lagi banyak data seperti ini, lagi mudah untuk kita buat keputusan.
Sebagai contoh, Facebook boleh beritahu kita:
- Berapa jumlah pengguna berumur 30 – 45 tahun yang sedang menggunakan Facebook di kawasan Selangor ketika ini.
- Kita boleh pilih iklan dipaparkan kepada orang yang minat dalam topik-topik tertentu sahaja.
- Kita boleh pilih mahu iklan disampaikan kepada orang yang menggunakan smartphone, desktop atau kedua-duanya sekali.
Screenshot di bawah menunjukkan setting audience yang boleh digunakan untuk Facebook Ads.
Apabila kita sudah ada pengalaman menggunakan Facebook Ads, kita akan nampak ruang dan peluang yang lebih besar.
2# Iklan Yang Pelbagai & Fleksibel
Platform marketing yang bagus juga menawarkan pengiklanan yang fleksibel.
Dengan menggunakan Facebook Ads, anda boleh pilih jenis iklan yang sesuai dengan objektif kempen pemasaran anda.
Di sini anda juga boleh pilih jenis iklan mengikut kepakaran anda.
Sebagai contoh; jika anda mahir buat iklan video, maka anda boleh buat iklan video guna FB Ads.
Setakat ini, Facebook menawarkan lebih daripada 11 jenis iklan yang boleh kita buat (rujuk screenshot di bawah).
3# Senang Nak Mula, Walaupun Baru Berjinak Dengan FB Ads
Kebanyakan orang yang tak berani keluarkan duit untuk buat iklan di Facebook Ads kerana mereka tak faham.
Namun begitu, Facebook memudahkan semua usahawan untuk bermula.
Kalau kita login akaun Facebook Ads, pihak Facebook akan sediakan langkah demi langkah untuk kita mula beriklan dengan budget serendah RM3 sehari.
4# Kos Sesuai Untuk Bisnes Yang Ada Bajet Bawah RM1,500 Sebulan
Merujuk pada poin sebelum ini, kos adalah satu perkara yang sangat sensitif pada pemilik bisnes.
Dengan Facebook Ads, anda bukan saja boleh dapatkan kos yang optimum (tak terlalu murah, dan tak terlalu mahal).
Malah, anda boleh kawal kos kita pada bila-bila masa.
Sebagai contoh; jika anda buat iklan Facebook Ads pertama dan dapati ia tidak berikan pulangan, anda boleh berhentikan iklan itu serta merta tanpa perlu tampung kos kerugian yang berpanjangan.
5# Anda Dapat Segala Maklumat Iklan Yang Anda Perlukan
Data sangat penting.
Ia dapat membantu kita membaca ‘kesihatan iklan' yang kita sudah bayar di Facebook.
Adakah ia memberi pulangan?
Siapa yang sebenarnya respon pada iklan kita?
Apakah yang perlu dibaiki?
Semuanya Facebook Ads akan beritahu dalam platform mereka (contohnya seperti dalam screenshot di bawah).
Jadi… Adakah Facebook Sesuai Untuk Bisnes Anda?
Jawapannya:
Bergantung pada bagaimana anda menggunakannya!
Langkah terbaik adalah pastikan anda sudah ada ilmu & kefahaman penting Facebook Ads.
Kenapa?
Supaya anda dapatkan kurangkan risiko melakukan kesilapan apabila beriklan nanti.
Ada Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?
Klik butang Like & Share supaya rakan-rakan anda yang lain juga boleh beroleh manfaat!
Nak Belajar Cara Buat Bisnes di Facebook?
Anda boleh dapatkan Pakej Video FB Ads 101 di bawah.
Ini adalah pakej video panduan yang anda boleh muat turun dan tonton berkali-kali di rumah anda.
Paling best, ada Support Group untuk mudahkan anda bertanya soalan kalau tiba-tiba blur dan sangkut tak tau nak buat macam mana.
Berminat?
Klik butang di bawah untuk membuat tempahan.
2 Comments
Iklan adalah satu kaedah untuk menyampaikan mesej jualan kita kepada pelanggan dan bakal pelanggan 😀 FBAds adalah salah satu kaedah dan pendekatannya. Jika format iklan ditulis dengan baik, In Shaa Allah boleh mendatangkan jualan
Saya tak pernah guna fbads… setakat ni pakai manual je… Insyaallah jika ada rezeki kedepan akan ku guna FBads