Takut Nombor WhatsApp Kena Banned Semasa Broadcast? Ini Backup Plan Penting Untuk Anda!

Menguruskan bisnes online boleh jadi mencabar apabila nombor WhatsApp anda tiba-tiba kena banned.

Nak pulak kita tengah ada promosi atau launching produk baru yang perlukan kita untuk broadcast kepada database sedia ada.

Whatsapp Application Screenshot

Boleh murung satu hari dibuatnya.

Jadi, penting untuk kita faham apakah faktor yang boleh menyebabkan kena banned dan apa yang anda boleh lakukan sebagai backup plan.

3 Faktor Utama Nombor WhatsApp Kena Banned

Ada banyak sebab Whatsapp kena banned, ini antara faktor utamanya:

#Faktor 1: Guna Nombor Baru

Ramai owner bisnes ingat kalau nombor kena banned, boleh beli nombor baru.

Hakikatnya, tidak boleh sama sekali.

Tak kisahlah anda nak guna tools blaster ke, sistem unofficial atau manual broadcast yang ada dalam apps WhatsApp pun…

Nombor baru memang tidak dibenarkan untuk broadcast.

Anda perlu gunakan nombor sedia ada yang dah biasa berurusan dengan pelanggan.

Bila gunakan nombor baru, kemungkinan besar WhatsApp detect nombor kita sebagai “Spam” lebih tinggi.

#Faktor 2: Penerima Report Kepada WhatsApp

Selain daripada nombor baru,  user report adalah satu faktor yang paling mudah untuk membuatkan nombor WhatsApp kita di-banned.

Dan untuk WhatsApp banned nombor kita tak perlu 10-20 orang report pun.

Dua ke tiga user report pun dah boleh buatkan WhatsApp untuk banned nombor kita.

Oleh itu, skrip hebahan & database yang anda pilih perlulah ditapis & disusun dengan baik supaya risiko report ini dapat dielakkan.

#Faktor 3: Spam Mesej Banyak & Laju

Ada orang dah tapis dah database customer, tapi masih kena banned. 

Spam mesej banyak-banyak dengan skala yang besar & laju boleh membuatkan activity ini adalah satu yang tidak “normal” di dalam WhatsApp.

Sebab bila kita buat macam ni, ia seolah kita gunakan robot untuk blast mesej kita & sekaligus WhatsApp detect nombor kita sebagai spam..

Tapi kalau anda dah berjaga-jaga dengan 3 faktor di atas, tapi tetap diuji isu banned…

Anda boleh ikut 2 cadangan di bawah sebagai backup plan.

2 Backup Plan Kalau Nombor WhatsApp Di-Banned

#Plan 1: Jangan Bergantung Pada Satu Nombor

Jika sekarang anda gunakan 1-2 nombor saja yang berkomunikasi dengan pelanggan/prospek…

Kami cadangkan anda beli nombor baru & warm up nombor tersebut siap-siap.

Apa itu Warm Up nombor?

Ia merujuk kepada proses di mana seseorang perlahan-lahan mula menggunakan nombor WhatsApp baru untuk mengelakkan akaun tersebut daripada disekat atau ditandakan sebagai spam oleh WhatsApp.

Proses “warm up” ini termasuk menghantar mesej secara beransur-ansur kepada kumpulan kecil penerima, berinteraksi dengan mereka, dan tidak menghantar mesej spam atau terlalu banyak mesej dalam masa singkat.

Minimum 100 mesej diperlukan untuk aktiviti ‘warm up' nombor.

Proses ini membantu meningkatkan kepercayaan WhatsApp terhadap nombor tersebut, memastikan bahawa ia digunakan dengan cara yang sah dan bertanggungjawab.

Bahasa mudahnya, apabila anda beli nombor baru, gunakan nombor baru tersebut untuk menerima & reply pertanyaan dari customer di WhatsApp dahulu sebelum buat untuk hebahan.

Selain cara ni, anda boleh juga broadcast WhatsApp gunakan WhatsApp Business Official API.

#Plan 2: WhatsApp Business Official API 

Jika anda rasa nak beli & warm up nombor baru satu proses yang renyah…

Anda boleh broadcast WhatsApp menggunakan WhatsApp Business Official API.

Apa itu Whatsapp Business Official API?

WhatsApp Business API membolehkan syarikat hantar mesej kepada ramai pelanggan tanpa risau nombor kena banned, asalkan ikut peraturan WhatsApp.

Ini termasuk dapat kebenaran pelanggan dan guna mesej yang diluluskan. API ini bantu syarikat hantar mesej dengan selamat dan terkawal.

Broadcast guna WhatsApp Business Official API, guna nombor baru pun boleh. Tak perlu proses ‘warm up'.

Dan yang paling best, risiko kena banned amatlah rendah.

Apa beza broadcast guna Whatsapp Business Official API vs Unofficial?

Di antara perbezaan bila anda broadcast gunakan official & unofficial API adalah:

a) Caj

Bila guna unofficial, kita hantarlah mesej banyak mana pun….

Tak perlu bayar kos untuk setiap mesej. 

Kos yang kita perlu keluarkan hanya dekat sistem WhatsApp automation macam Wabot jer.

Tapi kalau guna WhatsApp Business Official API, setiap mesej yang dihantar, ada kos yang akan dicaj.

Caj yang dikenakan pun berbeza ikut jenis mesej yang dihantar.

Semuanya akan dibayar terus kepada Meta (kerana WhatsApp dimiliki oleh Meta). Anda boleh sertai kelas percuma yang kami anjurkan untuk faham cara META caj.

b) Kelajuan 

Berbaloi dengan bayaran yang dikenakan, broadcast menggunakan WhatsApp Official API, sangatlah laju. 

1 saat boleh hantar 20 mesej. (1 minit boleh hantar 1,000 mesej)

Memang laju & sesuai kalau anda yang nak buat launching atau promosi yang dalam tempoh yang terhad.

Kalau unofficial pula, kita perlu letak sela masa bagi setiap mesej yang dihantar supaya tidak kelihatan seperti spam.

Jadi, kalau anda nak broadcast lebih laju, stabil, selamat dari isu kena banned, boleh gunakan WhatsApp Business Official API untuk broadcast.

Ringkasan

Whatsapp Business UnofficialWhatsapp Business Official API
Risiko Nombor Kena BannedTinggiRendah
Perlu ‘Warm Up' Nombor BaruPerlu minima 100 interaksiTak perlu
Boleh guna nombor baru
Kelajuan Broadcast2-4 mesej 1 minit1,000 mesej 1 minit
Analitik Broadcast (Open, reply, dll)
Format Mesej (Butang, list, dll)

Jemput join kelas percuma untuk faham lebih lanjut. 👇🏻

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak belajar cara paling ‘Selamat’ Broadcast beribu nombor dalam 1 minit?”

Kini, semuanya akan didedahkan dalam kelas LIVE percuma Intro to Whatsapp Business Official API