Timeline cover dan profile picture merupakan pengenalan pertama tentang bisnes kita kepada orang luar yang datang ke Facebook Page kita.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk pastikan Timeline Cover & Profile Picture menggambarkan produk atau servis kita supaya orang suka nak klik Like dan ikuti perkembangan Facebook Page.
Apa itu Timeline Cover & Profile Picture?
Contoh Timeline Cover ialah gambar besar pada Fanpage kita, bila orang klik Fanpage kita, terus nampak gambar tersebut.
Profile Picture adalah gambar kecil Fanpage kita.
Kalau Fanpage kita update sesuatu, orang hanya akan nampak gambar Profile Picture, bukan Timeline Cover.
Saiz Timeline Cover & Profile Picture
Sebelum nak design atau reka gambar untuk Timeline Cover & Profile Picture, sebaiknya kita tahu saiz nya terlebih dahulu supaya jimat masa.
- Gambar di pinjam dari http://www.oto-con.com
Untuk tahu unit px dalam inch atau mm, Google saja 851 px to inch ^_^
3 Pilihan (Option) Untuk Buat Timeline Cover & Profile Picture
3 cara mudah untuk buat Timeline Cover dan Profile Picture, saya ringkaskan di sini.
Bergantung kepada individu.
Pilihan #1 : Guna Imej Dari Google
Cara ini untuk anda yang nak jimat masa sangat-sangat. Mungkin anda nak test dahulu satu-satu niche Fanpage.
Cara paling senang adalah Google sahaja gambar yang berkaitan, dan upload di Fanpage.
Pastikan saiz adalah bertepatan dengan saiz yang dinyatakan di atas.
Pastikan gambar anda bukanlah poster yang dicipta oleh orang lain. Hormati hasil kerja mereka.
Contoh Fanpage yang hanya menggunakan gambar dari Google adalah seperti di bawah.

Pilihan #2: Aplikasi Canva
Aplikasi Canva adalah percuma.
Ia sesuai untuk anda yang mahu Timeline Cover yang menarik, tapi tak pasti nak cari gambar macam mana.
Kebanyakan gambar yang disediakan oleh aplikasi Canva adalah percuma, cuma ada beberapa gambar yang perlu dibeli, itu pun tak sampai RM 10.
Ia mudah kerana hanya perlu pilih gambar yang anda berkenan, dan ‘Drag & Drop'

Contoh pilihan gambar dari aplikasi Canva adalah seperti gambar di bawah.
Pilihan #3: Powerpoint
Pilihan ini adalah jika anda ada logo sendiri dan ada lebih masa untuk reka sendiri, jadi anda boleh luangkan sedikit masa untuk reka Timeline Cover anda menggunakan PowerPoint.
Anda perlu mempunyai PowerPoint 2013 untuk pilihan ini.

Saiz slide akan berubah bentuk selepas anda ubah nilai pada kotak ‘Width' dan ‘Height'

Setelah selesai mereka gambar Timeline Cover anda, ‘save as' file jpeg atau PNG , kemudian boleh upload ke Fanpage anda ^_^
Semoga entry ini bermanfaat untuk anda 😀
Boleh Tolong Saya?
Kalau anda rasa entry ini bermanfaat, boleh LIKE & SHARE di wall anda 😀 Moga lebih ramai usahawan dapat manfaat dari entry ini 😀
Sharing is caring!