3 Ilmu Paling Berharga Yang Saya Belajar di MSMW 2014

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Insya-Allah hari ini saya nak kongsikan apa yang saya belajar di World Blogger & Social Media Summit 2014 yang telah sayaΒ hadiri pada 25 dan 26 Februari yang lepas di Sunway Pyramid Convention Center.

Malaysia Social Media Week 2014 adalah event yang sangat menarik dan padat dengan pengisian

Walaupun event dah seminggu lebih berakhir, saya baru berkesempatan untuk kongsikan di blog ini beberapa point penting yang saya rasakan menarik dan sangat bermanfaat untuk anda.

PENTING: Semua sesi sewaktu summit tersebut sangat bermanfaat, cuma saya tak mampu nak kongsikan semua. Jadi apa yang saya kongsi nih saya kira antara yang paling penting.

World Blogger & Social Media Summit 2014

Pengisian sepanjang dua hari summit berlangsung sangatlah padat dan menarik. Bagi saya, memang rugi siapa yang tak join! Ini antara sesi yang terdapat sepanjang dua hari tersebut.

Hari Pertama Summit (25 Februari 2014)

  1. Money for Honey
  2. Glitter on Twitter
  3. Smarketing
  4. Vote's App
  5. SocialiZING

Hari Kedua Summit (26 Februari 2014)

  1. Cyber Security
  2. App-solutely Right!
  3. Viral Fever
  4. Flogging the Blog
  5. Show Wiz

3 Benda Paling Best Dari MSMW 2014

Dalam entri ini saya nak kongsikan 3 benda penting yang saya dapat daripada MSMW 2014. Iaitu…

1. Voucher Zalora bernilai RM30 (cabutan bertuah)

Bukan senang nak dapat voucher nih. First time menang cabutan bertuah rasanya…

Voucher Zalora Bernilai RM30 daripada cabutan bertuah semasa MSMW 2014

2. Powerbank 2000 mAH dari Meltwater (Tweet paling menarik)

Ini memang rezeki yang tak disangka-sangka. Saja saya aktifkan akaun Twitter saya yang dah 2 tahun terbiar. Tengok-tengok boleh menang.

Dapat Hadiah Powerbank dari Meltwater semasa MSMW 2014

Tweet saya simple jer…

Tweet Yang Menang Contest Smartphone Ninetology

 

Nih tengah tengok handphone sebab macam tak percaya lak menang Powerbank πŸ˜›

Menang Tweet Menarik Meltwater di MSMW 2014

3. Smartphone J1 dari Ninetology (Tweet paling menarik)

Ini lagi satu contest yang saya join sekadar mengisi masa terluang. Tak sangka menang smartphone.

Menang Ninetology J1 di MSMW 2014

Tweet saya yang terpilih…

Tweet Untuk Contest Ninetology di MSMW 2014

Sekian, inilah 3 take away paling berharga yang saya dapat… πŸ™‚

Hehe… Sorry, saya gurau jer!

Kalau dari segi ‘material', memang 3 benda nih yang saya dapat daripada MSMW 2014. Tapi kalau dari segi ilmu…

3 Ilmu Paling Berharga Yang Saya Belajar Di MSMW 2014

Ok, ini baru betul-betul apa yang saya belajar daripada MSMW 2014 yang saya rasa sangat terkesan.

1. Share Something Worth Sharing

Dalam sesi ‘Money for Honey', salah seorang speaker adalah Evan Carmichael dari Canada. Beliau merupakan seorang entreprenuer yang mula setup company sendiri seawalΒ usia 19 tahun (bukan company ‘biasa-biasa', tapi company perisian biotech!).

Quote from Evan Carmichael - Believe

Tagline Evan nih sangat menarik; BELIEVE! Satu perkataan jer.

Evan cakap, semua orang kena ada satu perkataan yang melambangkan pegangan atau prinsip orang tersebut. Lebih kurang macam tema jugaklah.

Setiap perkongsian di blog dan laman sosial, perlulah berkisar sekitar tema yang satu tersebut. Dalam kes Evan, temanya adalah ‘BELIEVE'.

Point tu memang menarik!

Masa tu baru terfikir, apa tema yang ingin saya bawakan untuk blog FirdausAzizi.my? Apa yang saya suka dan sebati dalam jiwa saya?

Fikir punya fikir… Akhirnya… Saya rasa tema yang terbaik untuk saya adalah ‘SHARING' sebab saya suka kongsikan apa-apa yang saya rasa bermanfaat. Dan setakat nihΒ semua yang kongsikan adalah PERCUMA. Takde kos tersembunyi.

Satu lagi yang Evan pesan, bila kita nak kongsikan apa-apa di blog atau laman social… Cuba fikir dulu;

  1. Kalau orang baca entri yang kita nak post nih, agak-agak orang tu ada rasa nak share dengan kawan-kawan dia tak?
  2. Ke apa yang kita share tu hanya penting untuk kita (sebab nak jual produk, servis, etc.)?

Kalau anda sebagai pembaca, anda suka baca entri yang macam mana? Mesti yang #1 kan?

Sebab tu Evan pesan, bila nak share apa-apa:

  1. Pastikan ia ‘something worth sharing' yang ada ‘nilai' untuk pembaca
  2. Pastikan ia berkisar sekitar tema kita (biar orang kenal kita dengan gaya kita tersendiri)

Kalau dalam Islam pun, berkongsi ilmu yang bermanfaat nih dikira macam saham pahala yang berganda-ganda. Kalau anda ada blog tapi tak guna untuk kumpul pahala, rugi tak rasa?

2. Know Your Audience In Each Social Media

Sekarang nih dah ada terlalu banyak pilihan laman sosial. Antara yang popular; Facebook, Twitter dan Instagram. Sebagai orang yang menggunakan laman sosial untukΒ tujuan bisnes, kita kena faham bahawa setiap laman sosial mempunyai audience yang berbeza.

Kalau anda ada 100 ribu fans di Facebook dan 100 ribu follower di Twitter, tak bermakna semua 100 ribu tersebut adalah fans yang sama. Dalam kebanyakan kes yangΒ dikongsikan oleh panelist, fans di Facebook dan Twitter adalah orang yang berbeza. Begitu juga untuk Instagram.

Disebabkan setiap laman sosial mempunyai audience yang berbeza, kita kena bezakan cara penyampaian dan promosi kita di setiap laman sosial. Kalau di Facebook caranyaΒ tak boleh sama dengan di Twitter ataupun Instagram.

Ini merupakan antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh online marketer; kongsi benda yang sama dengan cara yang sama di kesemua laman sosial.

3. Rahsia Trafik 1 Juta Sebulan Terbongkar

Dalam sesi Flogging the Blog, 5 blogger terkenal berkongsi tips bagaimana mereka menjadikan blog mereka luar biasa hebat. Ada yang mempunyai sehingga 1 juta pembaca sebulan!

Antara panel speaker untuk sesi tersebut:

  1. Shane Dallas (The Travel Camel)
  2. Malini (Miss Malini)
  3. Sue Lynn (Bangsar Babe)
  4. Kounila Koe (Blue Lady Blog)
  5. Antonio Diaz (Our Awesome Planet)

Ini 5 intipati penting yang saya boleh simpulkan daripada perkongsian 5 blogger hebat ini.

1. Find the Gap

Untuk menjadikan blog anda unik dari beratus-ratus blog di luar sana, cuba cari apakah ruang atau gap yang masih belum diisi oleh mana-mana blog. Dan cuba lihat, niche tersebut tinggi tak permintaan (atau ada tak peminat dia)?

Contohnya Miss Malini banyak fokus kepada muda-mudi yang suka fesyen yang moden dan suka travel ke sana sini. Jadi blog beliau banyak menyentuh tentang fesyen dan travelling.

Dengan mencari ‘gap' dan target audience nih, Miss Malini berjaya mencatatkan 750 ribu organic unique view per month. Hebat tak?

2. Passion

Untuk memastikan blog anda hidup, anda perlu ada passion dalam menulis setiap entri. Jadikan setiap entri di blog seperti jalan cerita yang hidup dan bernyawa supaya orang yang baca sentiasa teruja.

Untuk blog yang banyak menggunakan gambar untuk mencetuskan keinginan dan emosi pembaca, pastikan gambar yang digunakan cun. Laburlah duit sikit untuk beli kamera yang canggih. Yang dapat habuan tu korang jugak kan?

Kalau kita takde minat dalam apa yang ditulis, agak-agak la kan, orang yang baca blog kita rasa syok tak?

3. Context Is King

Walaupun content atau pengisian itu penting, tapi sebagai penulis blog, kita perlu menulis berdasarkan context (atau dengan kata lain, entri kita tu untuk siapa?) blog kita.

Contoh yang diberikan oleh Antonio Diaz; antara banyak-banyak taman tema, beliau merasakan Disney Land adalah taman tema yang paling best. Tapi bila beliau tanya anak-anak beliau, taman tema mana yang mereka rasakan paling best, mereka lebih sukakan Legoland.

Jadi apabila beliau hendak menulis tentang taman tema yang paling best untuk kanak-kanak, beliau perlu menulis dari context (pandang sisi) kanak-kanak sebab yang nak hiburkan diri di taman tema nih adalah kanak-kanak tu.

4. Belajar Ilmu SEO

Bila menulis blog, kita tak boleh mengharapkan orang tiba-tiba masuk blog kita entah dari mana. Sebab tu kita kena belajar ilmu SEO ataupun nama panjangnya Search Engine Optimization.

Dengan menjadikan entri kita mesra enjin carian, kita boleh menarik pelawat yang betul-betul mencari info yang kita kongsikan di blog. Kalau pandai main SEO untu keyword yang evergreen, memang masyuk lah!

Takkanlah kita nak harapkan trafik kita dari laman sosial dan blogger lain yang singgah blogwalking jer kan?

5. Kumpul Subsriber @ Email Marketing

Kumpul subscriber dan buat newsletter merupakan antara benda yang jarang sangat dibuat oleh blogger di Malaysia; termasuklah saya sendiri.Β Setuju tak dengan adanya senarai subsriber, adalah lebih mudah untuk kita mempromosikan entri terbaru di blog kita?

Senarai ini juga boleh digunakan sekiranya kita ingin menjual apa-apa produk yang relevan dengan pembaca kita. Kalau takde produk, inilah peluang untuk anda JV dengan advertiser untuk mengiklankan produk mereka pada subsriber anda.

Bayangkan kalau anda ada 100,000 subsriber dalam database anda, mesti ramai pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan blog anda. Kaa-ching!

Presentation Slide Sepanjang MSMW 2014

Anda boleh muat turun semua presentation slide yang dikongsikanΒ semasa MSMW 2014 di sini. Kalau tak berjaya, boleh maklumkan di ruangan komen.

Anugerah 10 Blogger Terbaik Malaysia di MSMW 2014

Pada malam 26 Februari juga telah diadakan majlis anugerah untuk 10 blogger terbaik di Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang!Β Insya-Allah tahun depan saya pula akan menerima award di MSMW 2015 πŸ™‚

Ini adalah senarai blogger-blogger hebat yang berjaya mendapat undian tertinggi.

Senarai Penerima Anugerah MSMW 2014

Denaihati Menang Best Micro Blog di MSMW 2014

  1. Best Auto Blog – http://motoring-Malaysia.blogpost.com
  2. Best Business Blog – http://Abangensem.com
  3. Best Educational Blog – http://Cikguhailmi.com
  4. Best Foodie Blog – http://sQuallcuisine.com
  5. Best Gadget Blog – http://WinnieKepala.com
  6. Best Lifestyle Blog – http://akupenghibur.com
  7. Best Music and Entertainment Blog – http://munsyeed.com
  8. Best Sports Blog – http://boladaily.com
  9. Best Photography Blog – http://wazariwazir.com
  10. Best Travel Blog – http://timetravelafif.blogspot.com

MSMW 2014 juga membawa sedikit kelainan dengan memberikan anugerah kepada pemain industri yang aktif menggunakan laman sosial.

  1. The Social Media Excellence Award in Best FMCG Sector – Nestle Products Sdn Bhd
  2. The Social Media Excellence Award in Best Property Sector – IMJ Land Berhad
  3. The Social Media Excellence Award in Best Corporate Engagement – RHB Group
  4. The Social Media Excellence Award in Best Retail Chain Sector – Sogo Kuala Lumpur
  5. The Social Media Excellence Award in Best Online Media – Malaysiakini
  6. The Social Media Excellence Award in Popular Shopping Mall – Pavilion KL
  7. The Social Media Excellence Award in Best Banking and Finance Sector – MyMaybank
  8. The Social Media Excellence Award in Best Customer Engagement – TuneTalk
  9. The Social Media Excellence Award in Best Automotive Sector – Honda Malaysia
  10. The Social Media Excellence Award in Most Innovative Telco – DiGi
  11. The Social Media Excellence Award in Best Logistics and Transportation Sector – AirAsia
  12. The Social Media Excellence Award in Best Community Engagement – Ministry of Health Malaysia
  13. The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement – Perbadanan Putrajaya
  14. The Social Media Excellence Award in Social Media Agency of the Year – GushCloud
  15. The Social Media Celebrity of the Year – Yg Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes
  16. The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement – Putrajaya Corp

PENTING: Tolong jangan mempolitikkan kemenangan Malaysiakini untuk Anugerah Best Online Media sebab mereka memang layak untuk menang. MSMW tidak ada kena mengena dengan politik dan merupakan platform yang bebas dan berkecuali.

Boleh rujuk penjelasan daripada Social Media Chambers.

Terima Kasih Denaihati & Social Media Chambers

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Denaihati & Social Media Chambers kerana memberikan saya peluang untuk menyertai World Blogger & Social Media Summit 2014.

Banyak sangat ilmu yang saya dapat dan insya-Allah saya akan cuba amalkan dan kongsikan. Harapnya tahun depan masih diberikan peluang dan kelapangan untuk menyertai MSMW 2015 πŸ™‚

Anda Dapat Belajar Sesuatu Tak?

Korang yang baca sampai habis nih, dapat belajar sesuatu tak daripada entri panjang nih? Cuba kongsi sikit kat ruangan komen apa yang korang belajar πŸ˜‰

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. πŸ‘‡πŸ»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 Comments

  1. salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog!
    Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.

    Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye πŸ˜€