“Produk No 1 di Planet Pluto!”
“Agung Segala Produk”
“Produk Pilihan Utama Rakyat Japakistan.”
…dan ratusan lagi claim-claim yang diragui kebenarannya telah dihamburkan pada ayat iklan.
Entah la…
Saya pun tak pasti…
Berapa puluh produk yang “claim” mereka adalah no 1, raja, penghulu dan apa je la gelaran yang bombastik.
Soalnya… adakah perlu claim-claim seperti ini untuk memastikan iklan anda betul-betul berkesan?
Sebenarnya, bagi saya tak perlu pun.
“We have become so accustomed to hearing everyone claim that his product is the best in the world, or the cheapest, that we take all such statements with a grain of salt.”-Robert Collier-
Ada cara yang lebih mudah untuk buat ayat iklan yang memukau, tapi ramai usahawan tak tau cara ni.
Jadi, dalam artikel kali ni saya nak dedahkan 3 rahsia terlarang ni.
(Psss… 3 rahsia ni selalu diamalkan oleh penulis ayat iklan yang bertaraf dunia)
#1 Fokuskan Pada Manfaat, Bukan Ciri-ciri
Kalau anda baca mana-mana buku copwriting yang ditulis oleh copywriter yang terkenal… Anda pasti akan jumpa tips ni,
…dan saya sendiri juga tekankan bab ini kepada semua peserta online training Copy Master 2.0.
Boleh dikatakan, ini adalah perkara utama yang ditekankan oleh majoriti penulis ayat iklan.
Saya pernah join online training bersama Pam Foster dari AWAI (American Writer and Artist Inc)… Pam Foster ni kata, tips ni sudah banyak kali diulang-ulang, tapi ironinya masih ramai buat kesilapan dengan hanya fokus pada ciri-ciri produk pada ayat iklan.
Sebelum saya teruskan, saya nak maklumkan apa beza ciri-ciri dan manfaat produk.
Ciri-ciri adalah apa yang kita nampak secara fizikal pada produk. Contoh ciri-ciri telekung,warna kuning, ada sulaman bunga, ada getah muka.
Manfaat pula adalah…
Apa yang pelanggan akan dapat dengan ciri-ciri yang ada pada produk anda.
Contoh ayat iklan yang hanya fokus pada ciri-ciri
Telekung Premium XYZ
- 7 Pilihan Warna Eksklusif
- Ada getah fleksibel pada muka
- Ada poket di bahagian dada
Apa masalah dengan ayat iklan ni?
Masalah yang besar adalah, bila pelanggan baca ayat iklan ni pelanggan tak rasa teruja pun.
Ciri-ciri hanyalah informasi semata-mata.
Ia tak membangkitkan rasa teruja pada pelanggan untuk cuba produk anda.
Ayat iklan bagi contoh diatas boleh ditambah baik jika ditulis begini:
Telekung Premium XYZ
-
- Ada getah fleksibel pada muka.
- Bila anda pakai, ngam-ngam je muat pada muka. Tak kira muka jenis petak ke, lebar ke, bulat ke… Telekung ni akan sesuaikan dengan saiz dan bentuk muka
- Jadi… bila nak solat tu rasa tenang je. Tak perlu risau longgar, dagu dapat ditutup dengan sempurna dan rambut pun tak mudah terkeluar dari telekung.
Nampak beza ayat iklan yang fokus pada ciri-ciri semata-mata dan ayat iklan yang tekankan manfaat berbanding ciri-ciri?
#2 Cairkan Hati Pelanggan dengan Emosi
Ramai usahawan yang baru bermula…
Mereka hanya fokus pada harga murah.
… dan dalam ayat iklan asyik cerita tentang murah, murah dan murah.
Soalnya…
Adakah semua orang kisah tentang harga murah?
Sebenarnya…
Dalam membuat keputusan pembelian, manusia dipengaruhi oleh emosi, bukan logik semata-mata.
Fakta ini telah pun dibuktikan secara ilmiah melalui sebuah kajian.
Antonio Damasio, seorang professor yang pakar dalam sains otak dari “University of Southern California”聽mengatakan…
Manusia susah nak buat keputusan (walaupun dalam hal-hal simple) jika pre-frontal cortex mereka rosak.
Pre-frontal cortex adalah bahagian hadapan otak manusia, dimana bahagian ini ada hubung kait dengan emosi manusia.
Ini jelas menunjukkan, emosi memainkan peranan yang besar dalam proses kita membuat keputusan.
Kenapa perempuan nak beli tudung yang cantik-cantik?
Sebab nak rasa yakin. Rasa yakin tu berkaitan emosi.
Kenapa ada orang beli BMW dan bukan Kancil?
Nak rasa bangga. Bangga tu emosi.
Kalau nak cerita bab emosi ni, panjang lagi la. Tak sempat saya nak cover semua dalam satu artikel.
#3 Gunakan Testimoni dan Tuliskan Cerita
Semua manusia sukakan cerita.
Mak cik bawang suka mengumpat sesama mereka…
Sebab mereka sukakan cerita tentang orang yang mereka kenal.
Perempuan suka tonton drama pukul 7 di TV3 sebab mereka sukakan cerita cita.
Allah mengajar kita juga melalui kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran.
Cerita dan manusia memang tak dapat dipisahkan.
Jadi…
Gunakan la cerita dalam ayat iklan anda.
Cuma…
Saya menegah anda dari mereka-reka cerita dalam ayat iklan.
Tapi, tulis la kisah benar berdasarkan testimoni-testimoni pelanggan anda.
Apabila anda nak tulis cerita, pastikan ada 3 elemen ini:
- Apa masalah dan kisah hidup pelanggan anda sebelum mereka gunakan produk/servis anda?
- Macam mana mereka jumpa produk dan apa yang pelanggan rasa masa gunakan produk/servis anda?
- Apakah perubahan ketara yang berlaku dalam hidup pelanggan lepas cuba produk/servis anda?
Bila nak pilih testimoni. pastikan testimoni itu ada merangkumi 3 elemen ini supaya anda mudah untuk karang cerita pada ayat iklan.
Secara asasnya, inilah flow untuk tulis cerita.
Kesimpulan
Rahsia untuk menghasilkan iklan yang berkesan terletak pada ayat iklan.
Jadi, mulai hari ni dan sampai bila-bila…
Pastikan anda amalkan 3 rahsia terlarang ini, supaya iklan anda betul-betul berpengaruh sehingga berjaya “Pukau” bakal pelanggan.
Apa yang saya kongsikan dalam artikel ni hanyalah cara asas untuk tulis ayat iklan yang berkesan.
Saya sarankan, kalau anda nak kuasai seni tukar ayat iklan menjadi senjata yang power untuk “Turbo Charge” kan jualan bulan ni, anda boleh dapatkan Panduan Mazhab Copywriting Junior yang dihasilkan oleh Tuan Faris Osman, Ketua Copywriter di Team FAMES.
Klik jer gambar di bawah untuk info lanjut.
Atau klik butang di bawah.
One Comment
kalau kat negara luar, takleh main suka-suka jer claim no 1.
kena tunjuk bukti atau sijil dari agensi berkaitan.