Dalam pengalaman kami uruskan klien, kami dapati ramai pemilik bisnes yang tak tahu macam mana nak uruskan database untuk dapatkan jualan yang konsisten.
Padahal database ni boleh kata “aset mahal” untuk sebuah bisnes tau.
Lagi besar dan terperinci maklumat database yang kita ada, lagi mahal nilai bisnes kita.
Sayangnya tak ramai pemilik bisnes yang betul-betul guna & urus database mereka.
Tapi tak apa, sebab itulah objektif kami pada hari ni.
Untuk nak mula dapatkan jualan dari database sedia ada ni, kami cadang untuk anda mula dengan WhatsApp Marketing.
Jadi pada hari ini, kami akan kongsikan 4 sebab mengapa bisnes anda memerlukan WhatsApp sebagai salah satu platform terbaik untuk dapatkan jualan dari database sedia ada.
1. Boleh Automate
Ramai sebenarnya bisnes owner yang memutuskan untuk beralih dari team sales ke website e-commerce untuk jimatkan kos overhead setiap bulan.
Tapi hakikatnya, masih ada prospek yang masih memilih untuk bertanya di WhatsApp terlebih dahulu sebelum membeli.
Tapi sekarang anda dah tak perlu risau kalau kekurangan team sales untuk balas WhatsApp prospek/ customer.
Sebab kat luar sana, ada banyak sistem WhatsApp Automation yang anda boleh langgan.
Nak setup order notification boleh.
Auto follow-up abandon cart boleh.
Nak hantar auto update nombor tracking pun tak ada masalah.
Bila semua tu dah setup sekali lalu, robot yang akan bantu anda hantar & balas mesej customer di WhatsApp.
Jadi tak perlu takut kalau anda ada sorang je staf untuk buat WhatsApp marketing.
Sebab kerja-kerja yang lain tu dah diuruskan oleh robot.
Kerja anda pun jadi lebih mudah.
Jimat masa, jimat tenaga.
2. Sampai kepada sasaran dengan tepat
Mungkin ada yang masih praktis buat iklan FB dengan upload contact dan target iklan kepada database sedia ada.
Tapi sekarang ni iklan mahal dan hasilnya tidak dapat diagak.
Jadi, sebab tu lebih baik kalau kita gunakan WhatsApp marketing.
Biasanya utk mulakan WhatsApp marketing kepada pelanggan sedia ada…
Kita boleh susun dan tapis pelanggan mana yang sesuai dengan mesej yang dihantar.
Contoh kita nak broadcast kepada customer yang dah spend banyak & selalu repeat purchase dengan kita…
Cara kita mesej mereka dan customer yang hanya pernah membeli sekali – mestilah tak sama kan?
Kalau dah level customer setia, kenalah layan macam mereka ni VIP.
Lagi satu, jangan terlupa bagitahu kalau ada launching/promo best…
Sebab possibility mereka nak membeli tu sangat tinggi.
Tapi kalau level customer beli sekali, tak pernah repeat purchase, nak layan macam mana?
Kami sarankan jangan mula dengan promo menjual.
Tapi cuba tanya macam mana dgn pembelian lepas, dapatkan feedback kemudian barulah boleh mula menjual slow-slow.
Selain tu, alang-alang dah mula WhatsApp marketing ni…
Jangan lupa untuk dapatkan lebih banyak info customer kita dengan buat survey ataupun contest.
Lagi banyak info kita dapat, lagi banyak kategori customer yang kita boleh cipta untuk kegunaan bisnes kemudian hari.
3. Open rate dan click-through rate yang lebih tinggi
Walaupun dah hantar mesej kepada sasaran yang tepat, tapi kalau tak dibuka pun tak okay juga kan?
Tapi kalau WhatsApp ni, memang tinggi peratusan untuk mesej anda dibuka.
Ye lah, dalam sehari…
Berapa kali anda buka & tengok WhatsApp?
Tak terkira kan? Kita sendiri jadikan WhatsApp sebagai satu platform komunikasi penting dalam urusan seharian kita.
Jadi, tak mustahillah kenapa WhatsApp ini boleh jadi antara aplikasi komunikasi yang paling banyak digunakan dengan pengguna lebih dari 2.2 billion orang.
Menurut Linkedin, open rate WhatsApp berada pada kadar tertinggi iaitu 98%, iaitu 4 kali ganda lebih tinggi dari emel dan sms.
Mak aihh, tingginya..
Kalau open rate tinggi macam tu, rendahlah kemungkinan untuk prospek tak perasan mesej yang anda hantar.
Jadi tak kira anda hantar mesej follow-up ke, anda promosikan produk baru ke…
Mesej anda ada peluang lebih tinggi untuk dibuka, dan tak mustahil menghasilkan peluang jualan yang lebih baik.
4. Mudah untuk integrasi
Sebenarnya rugi tau bila kita hanya gunakan WhatsApp ni sebagai ‘customer support' je dalam bisnes.
Padahal kita boleh integrate WhatsApp dengan website e-commerce kita.
Contohnya kalau anda pemilik bisnes spa yang nak tarik lead untuk isi form booking appoinment…
Setiap kali form diisi, anda dah tak perlu untuk hantar mesej secara manual cakap terima kasih.
Sebab bila dah integrate dengan website, secara automatik mesej terima kasih akan dihantar kepada mereka.
Mereka pun akan rasa yang anda lebih peka dan menghargai tindakan mereka isi form tersebut.
Dan yang paling best, semua ni tak perlu untuk kita pandai coding pun.
Contoh kalau anda guna sistem WhatsApp Automation macam Wabot, tinggal plug & play jer.
Memang mudah sangat.
Bestkan? Kerja jadi lebih mudah dan kita pun dapat layan customer dengan lebih baik.
Mereka pun mesti akan lebih berpuas hati berurusan dengan kita.
Jadi itulah antara sebab-sebab kenapa bisnes anda perlu mula WhatsApp Marketing.
Namun, kelebihan di atas akan lebih mudah untuk dicapai apabila kita dapat melakukan gerak kerja di WhatsApp dengan lebih pantas.
Baik dari segi reply WhatsApp, follow-up prospek, bahkan untuk hantar broadcast nak remind bagitahu ada promo pun kena dilakukan secara efisien.
Jadi untuk automasikan semua gerak kerja di WhatsApp, anda bolehlah cuba sistem WhatsApp automation seperti Wabot.
Bila semua gerak kerja dah automasi, anda boleh fokus kepada perkara yang lebih prioriti seperti pelan pemasaran dan strategi untuk kembangkan bisnes anda.
Semoga bermanfaat.