Rata-rata iklan yang kita nampak di media sosial penuh dengan video dan gambar yang hebat & berjaya menarik perhatian penonton.
Tapi, bila kita hasilkan bahan kreatif iklan sendiri, kadang-kadang tak berjaya pun dapat tarik perhatian target market kita.
Lepas check balik, rupanya kreatif iklan kita tak cukup powerful untuk di notice pun.
Nak lagi, sekarang semua benda makin laju, dan kat hujung jari saja. Tak nak tengok iklan? Scroll je, senang!
Sebab apa? Sebab attention span orang sekarang semakin pendek.
Persoalannya sekarang…
Macam mana nak buat kreatif iklan yang dapat tarik perhatian audience?
Macam mana nak buat kreatif iklan yang buat audience stop scroll & berminat nak tahu pasal produk/servis kita?
Dalam dunia digital marketing ni, kita kena ada strategi, termasuklah nak buat kreatif iklan.
Yang penting, kita kena hasilkan kreatif iklan yang powerful – iklan berinformasi, boleh trigger emosi, dan bagi solusi pada audiens.
Formula ‘kejayaan’ untuk strategi ni: Iklan power = Engagement naik = Conversion rate tinggi! |
Jadi, Berhentilah buat iklan yang asal boleh je!
Sekarang ni, kami nak kongsikan 4 strategi yang anda boleh guna nak hasilkan kreatif iklan untuk tingkatkan conversion rate
#1 Fahami Sasaran Audiens Sebenar
Nak hasilkan kreatif iklan yang convert, anda perlu kenal pasti siapa audiens yang akan menjadi sasaran utama untuk kreatif iklan anda.
Boleh mula dengan buat research dan analisis demografi audiens anda terlebih dahulu, dengan merujuk 6 perkara asas demografi ni:
Nah, kami berikan contoh gambaran untuk anda lebih fahamkan target audiens anda.
Target Audience: Pelajar kolej berumur 18 – 23 tahun, golongan coffee lover & mahukan workspace yang selesa di kedai Zuskopi (rutin harian) |
Masalah Utama Persona: Ahmad, pelajar kolej yang sering ke kedai Zuskopi untuk melakukan assignment. Dia juga penggemar tegar (coffee lover) yang hanya minum kopi yang berkualiti (brand Zuskopi) tapi tight budget nak beli setiap hari. |
Idea Solusi (Taktik Marketing): Tawarkan diskaun voucher 10% hanya untuk golongan berstatus pelajar yang daftar membership dengan Zuskopi. |
Rangka gambaran macam ini sedikit sebanyak akan bantu anda tahu menyesuaikan mesej, nada dan visual kreatif iklan supaya capai ke target audiens yang tepat.
Malahan, secara tidak langsung, Click-Through-Rate (CTR) dan conversion rate bisnes anda meningkat.
Okay, setelah anda jelas dengan target audiens anda, langkah seterusnya adalah memastikan bahan kreatif anda ada elemen ‘hook' yang berfungsi sebagai ‘magnet' dalam iklan.
#2 Perkukuhkan ‘Hook‘ Sebagai Daya Tarikan Utama
Pernah tak anda terfikir, macam mana nak pastikan iklan tu dapat grab & hold perhatian audiens untuk menaikkan engagement?
Ataupun, bagaimana nak pastikan audiens klik iklan tersebut tanpa scroll away?
Jawapannya adalah dengan memanfaatkan penggunaan hooks dalam bahan kreatif, yang juga berfungsi sebagai scroll-stopper.
Sebab hooks yang kuat dan lebih persuasive dapat menarik perhatian audiens dalam tempoh 1-3 saat pertama iklan saja.
Dimanakah tempat sesuai untuk letakkan hook?
Untuk grab attention, hook biasanya diletakkan di tempat yang mudah untuk mendapatkan perhatian audiens, seperti dalam…
- Headline dalam gambar
- Thumbnail iklan video
- Ataupun pada 1-3 saat pertama (awal) iklan video
Di sini kami nak selitkan juga beberapa kategori konten kreatif iklan yang boleh anda gunakan untuk mencipta hook yang sesuai dengan bisnes anda:
Kategori Konten | Contoh |
Cara-cara (How-to) | “3 Strategi Marketing Yang Bakal Melajukan Bisnes Anda!” |
Kelebihan (Benefits) | “Dapatkan kulit lebih cerah & bersinar dalam masa 7 hari dengan serum kecantikan kami” |
Pain points | “Masalah insomnia, sukar tidur malam? Temukan solusinya dengan buat 4 langkah ini” |
Panggilan (Callout) | “Para pencinta tudung Nealofar! Jom jelajah koleksi terbaru kami.” |
Pengalaman Peribadi | “Susahnya nak cari tempat yang jual baju size saya” |
Soalan (Questions) | “Apakah rahsia di sebalik kejayaan bisnes Usahawan X? Tonton video ni sampai habis.” |
Social proof | “15 orang dah cuba Produk Alip Syukri. Jom dengar apa feedback sebenar mereka!” |
Konklusinya, ‘hook' yang bagus, kena ada lima (5) kualiti berikut:
- Buat orang tertarik / rasa ingin tahu
- Menyentuh perasaan / merangsang emosi
- Menyediakan peluang
- Relevan & Relatable kepada audiens
- Tunjuk produk / jenama yang baik
Selain menjadikan ‘hook' sebagai daya tarikan utama, anda juga perlu dapatkan kepercayaan mereka dengan tingkatkan kredibiliti dalam kreatif iklan.
#3 Tambah Social Proof (Bukti Sosial)
Social proof inilah menjadi senjata utama para marketer untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Dengan memasukkan testimoni, ulasan pengguna, pencapaian, atau kerjasama dengan pihak lain, ia membina kesan yang positif dan menyakinkan bakal pelanggan bahawa produk / servis yang ditawarkan nilai yang sebenar dan boleh dipercayai.
a) Masukkan Testimoni & Review Pengguna
Kalau nak yakinkan produk/servis yang dijual masih relevan, kenalah ada bukti testimoni dari pelanggan-pelangan anda.
Jadi langkah seterusnya anda kena buat adalah terus cari testimoni baru dari pelanggan sedia ada.
Anda boleh memilih testimoni dalam bentuk screenshot WhatsApp, video, atau gambar hasil produk/servis.
Pastikan untuk memilih testimoni yang terbaik – yang paling meyakinkan dan menarik perhatian audiens, serta memberikan kesan positif terhadap produk atau perkhidmatan yang diiklankan.
Research mengatakan 91.7% iklan yang mempamerkan individu sebenar selalunya menunjukkan prestasi iklan yang lebih baik berbanding iklan tanpa keterlibatan individu. (Sumber: Guido, Pichierri, Pino, & Nataraajan, 2018) |
b) Tambah Achievement atau Kolaborasi
Untuk iklan yang statik atau single-image ad, kita boleh tambah satu section dikenali sebagai “Credibility Bar” untuk meletakkan label kredibiliti syarikat.
Misalnya seperti, “Featured in Forbes” atau “2023 Digital Marketer of the Year”.
Cara lain yang anda boleh lakukan adalah dengan menunjukkan kerjasama anda bersama syarikat-syarikat lain atau influencer / selebriti.
Secara tak langsung sebenarnya strategi ni akan membuatkan produk atau servis kita nampak lebih dipercayai.
#4 Cipta CTA yang Berkesan
Sehebat mana pun iklan kita, tapi kalau kita tak bagitahu macam mana audience nak beli, pun tak boeh jugak..
Inilah sebabnya mengapa penting untuk memasukkan Call-to-Action (CTA) dalam kreatif iklan kita.
CTA memberi arahan yang jelas kepada audiens tentang langkah yang perlu diambil setelah mereka terlibat dengan iklan tersebut.
Tanpa CTA yang jelas, anda mungkin hilang satu potential customer.
Lagi satu, elakkan letak terlalu banyak CTA dalam satu kreatif iklan. Maksimum dua CTA sudah mencukupi walaupun anda ada banyak medium jualan.
Sebagai contoh, anda boleh buat beberapa jenis CTA seperti
- CTA dalam ayat iklan
- CTA yang guna butang
- CTA dalam gambar
- CTA dalam bahagian footer
- CTA dalam backframe video.
Jadi, kesimpulannya…
Nak hasilkan kreatif iklan yang convert, kita perlu tahu elemen apa yang boleh tarik perhatian, trigger emosi & tindakan audience kita.
Kalau dah buat tak jadi, jangan stop. Teruskan tambah kreatif & test.
Selepas test, buat analisa untuk tahu jenis kreatif iklan atau angle mana yang lebih berkesan untuk menarik perhatian audiens dan meningkatkan conversion rate.