Rata-rata peniaga harini menggunakan Facebook Ads sebagai salah satu channel pemasaran produk mereka.
Jualan juga ada yang mencecah sehingga ke 7 angka dalam setahun hanya menggunakan Facebook Ads sebagai medium pengiklanan mereka.
Malangnya, baru-baru ini kita dikejutkan dengan #musimflag di mana Facebook telah flag akaun Facebook Ads secara besar-besaran kepada ramai penggunanya.
Akibat dari situ, ramai yang tidak tahu kenapa akaun mereka di flag dan tidak kurang ramai juga yang kecewa seolah hilang punca.
Jesteru, saya kongsikan tujuh (7) punca utama akaun Facebook Ads di flag:
1# Iklan Yang Menyerang Peribadi atau Kumpulan Secara Terang-terangan
Iklan seperti ini termasuklah yang berkaitan dengan bangsa, etnik, agama, kepercayaan, seks, “keadaan kesihatan( termasuk kesihatan fizikal & mental)” , keadaan kewangan, nama, rekod jenayah dan seumpamanya.
Contoh iklan niche kesihatan.
Dibenarkan: “Penemuan Baru Rawatan Kencing Manis ”
Tidak dibenarkan: “Anda ada kencing manis? “
Seolah-olah Facebook hanya membenarkan iklan berbentuk konten dan nampak seperti kita sedang berkongsi dan bukan terus menjual. Dalam erti kata lain. “Ayat menjual tanpa nampak seperti menjual”
2# Iklan Produk Intim
Iklan produk intim terbahagi kepada dua:
1) Iklan konten yang mempunyai kandungan lucah.
Iklan lucah yang menampakkan seseorang itu tanpa sebarang pakaian atau gambar bahagian badan tertentu yang keterlaluan sekalipun lakaran kartun atau seumpamanya.
2) Iklan konten yang berkaitan aktiviti seks.
Iklan lucah yang menggambarkan sebahagian aktiviti seks sekalipun dalam bentuk imaginasi seperti gambar orang sedang memakan pisang dan sebagainya.
3# Iklan Yang Melanggar Copyright/Trademark/Privacy Sesuatu Brand atau Individu
Iklan ini banyak terjadi apabila ada peniaga menjual barang-barang “copy ori” menggunakan nama syarikat besar tanpa keizinan pihak ketiga sekalipun hanya penggunaan logo.
Antara brand yang terkenal penggunaannya di Malaysia ialah penggunaan jenama Nike, Adidas dan Puma dalam niche pakaian.
4# Iklan kesalahan tatabahasa & kata-kata kesat berlebihan.
Iklan ini seringkali diamalkan secara meluas apabila pengguna Facebook Ads cuba untuk mengurangkan risiko akaunnya di flag dengan menukar simbol atau menggunakan sebarang kreativiti dalam ayat iklan bagi membantu iklannya dapat kelulusan.
Contoh kesalahan tatabahasa : Perkataan “s@kit $elakang” atau jarakkan ” b.e.r.a.t b.a.d.a.n”
Sedikit kesalahan tiada masalah. Ianya menjadi masalah apabila diamalkan secara keterlaluan.
5#: Iklan Produk Anabolic( Bina Badan)
Produk berkaitan pertumbuhan hormon, pembesaran otot, steroid, chitosan atau apa-apa yang seangkatan dengannya adalah dilarang.
Namun selain daripada yang disebutkan di atas, kemungkinan untuk Facebook meluluskan iklan masih ada, cuma bergantung atas budi bicara Facebook.
6# Iklan Yang “Overclaim” atau Fakta Menipu
Suatu ketika dahulu, ramai pengguna Facebook Ads menggunakan kaedah ini dalam “headline” iklan mereka. Tetapi tidak lagi sekarang.
Facebook melihat perkara ini perkara yang serius memandangkan ianya adalah satu cubaan melariskan perniagaan dengan cara menipu. Akhirnya pelanggan yang kecewa & stress kerana tidak mendapat hasil seperti yang dijanjikan.
Antara contoh ayat:
“Turun 23 kg dalam 5 hari”
“Makan sebiji terus putih”
“Minum Sekali, Sihat Terus!
Bukan langsung tidak boleh digunakan, tetapi ada caranya. Antaranya ubah ayat tersebut kepada:
” Ketahui Bagaimana Untuk Rampingkan Badan Dengan Betul”
” Jana Pendapatan Setiap 14 Hari”
” Tingkatkan Antibodi Kepada Kencing Manis”
Nampak realistik dan logik bukan?
7# Iklan Sebelum & Selepas
Iklan sebegini sememangnya amat berkesan untuk meningkatkan respon iklan tetapi ramai pengguna Facebook yang tersinggung apabila iklan sebegini lalu di “newsfeed” mereka.
Kebiasaannya mereka tersinggung kerana tidak mendapat hasil seperti mana di dalam gambar yang di paparkan. Kesannya ramai yang membuat laporan kepada Facebook dan Facebook mengambil keputusan untuk menjadikan ia sebagai satu polisi baru yang wajib diikuti.
Alternatifnya: Gunakan gambar yang menunjukkan hasil(tanpa gambar sebelum) dan masukkan cerita sebelum tersebut di dalam copywriting iklan anda.
Mudah bukan?
Penting! Jika anda menjual produk kesihatan, anda wajib iklankan pada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. ( Bahagian adset-targetting-age)
Ini merupakan kesalahan biasa peniaga di Malaysia lakukan dalam pengiklanan Facebook Ads.
Terdapat beberapa lagi polisi yang anda WAJIB tahu jika anda ingin beriklan di Facebook. Untuk lebih banyak info, anda boleh terus baca Facebook Advertising Policy.
Kesimpulan
Kami di dalam Team Fames amat menitikberatkan ayat iklan yang mengikut polisi Facebook apabila menguruskan iklan klien.
Sekiranya anda owner produk yang ingin kami bantu uruskan pengiklanan FB Ads & Copywriting dari A-Z boleh rujuk di sini.
Tiada jaminan 100% iklan anda akan sentiasa “approve” atau iklan anda pasti tidak akan kena flag, tapi kami akan sentiasa cuba untuk mengikut polisi Facebook secara keseluruhan dari semasa ke semasa.
Setakat ini, akaun klien kami belum pernah menghadapi masalah kena flag oleh Facebook.
Terima kasih kerana membaca!
Boleh tolong saya #Share artikel ini pada rakan-rakan anda. Mungkin artikel ini bakal menggembirakan mereka.