Alhamdulillah sejak kebelakangan ni potensi untuk kembangkan bisnes menggunakan “Mesenger Marketing” semakin baik.
Dalam masa yang sama, Facebook juga aktif upgrade fungsi ‘Facebook Messenger' dengan macam-macam fungsi baru yang menarik dan berguna untuk bisnes.
InsyaAllah pada hemat saya, FB Messenger bakal menjadi salah satu channel pemasaran yang penting untuk tahun 2019 dan seterusnya.
Antara usaha Facebook untuk mengetengahkan fungsi Messenger adalah pelancaran fungsi Messenger Bot awal tahun lepas yang sehingga kini sudah dinaiktaraf berkali-kali ganda.
Facebook juga sekarang sudah menyediakan objektif iklan khas untuk “Messenger” yang diberi nama “Messages”.
Bila anda buat iklan menggunakan objektif ini, iklan anda akan capai orang yang aktif menggunakan Messenger.
Kalau anda nak belajar bina Messenger Bot anda sendiri, boleh rujuk Panduan Messenger Leads Pro saya.
Dalam artikel ini saya nak kongsikan 3 cara anda boleh menggunakan Messenger untuk promosikan bisnes anda (sekaligus meningkatkan jualan).
Cara #1 – Sampaikan maklumat
Anda boleh sampaikan apa-apa maklumat tentang produk/servis kepada ‘Messenger Subscriber' menggunakan fungsi ‘Broadcast'.
Biasanya, kalau kita nak buat promosi, kita akan post di page kita je.
Betul?
Dan mungkin juga ada yang pm balik prospek yang pernah contact untuk promote.
(Psss… kalau betul ada yang buat macam ni, saya memang tabik dengan anda)
Tapi, dengan Manychat, anda hanya perlukan masa tak sampai 5 minit untuk broadcast kepada semua prospek.
Bahkan mengikut data dan kajian, kadar untuk orang buka dan baca messenger adalah lebih tinggi berbanding email.
Cara #2 – Re-Engage dengan Prospek ‘Sejuk Beku'
Perasan tak…
Bila kita buat iklan, biasanya ada prospek yang akan komen ‘PM'.
Tapi bila kita reply komen dan PM mereka, mereka tak bagi sebarang respon.
Sebenarnya, prospek ni bukan tak berminat dengan produk kita; cuma mungkin masa tu, mereka busy dan terlupa untuk reply mesej kita.
Bayangkan kalau mereka betul-betul berminat, tapi kita tak follow-up semula dengan mereka…
Tak ke rugi?
Jadi, untuk prospek macam ni, kita boleh buat satu kempen broadcast untuk bertanya khabar atau kongsi testimoni terbaru untuk produk kita.
Tujuan kempen ni adalah untuk tingkatkan kepercayaan prospek terhadap page/brand/produk kita.
Sebab ada kes klien kami, bila kami bertanya khabar, mendoakan kesihatan beliau di dalam Messenger, mereka membalasnya dan bertanya:
“Produk XYZ tu ada stok lagi ke ? Saya ingat nak order satu”
Apa kata anda cuba ‘Re-Engage' dengan mereka sekarang?
Penting!
Pastikan anda tak buat prospek tu rasa serabut dengan mesej yang dihantar.
Kang tetiba daripada prospek berminat, terus dia menyampah!
Cara #3 – Tapis Audience
Satu lagi yang menarik bila guna Messenger Bot adalah kita boleh segmenkan prospek yang mesej kita.
Kalau dalam Manychat, fungsi ini namanya ‘Tag'.
Misal kata…
Kalau anda jual tudung, biasanya, tudung ni ada banyak kategori seperti instant shawl la, tudung bawal la, half moon la.
Bila guna Messenger Bot, anda boleh ‘Tag' prospek yang berminat dengan tudung bawal dan anda boleh buat broadcast khas untuk follow up dengan prospek tersebut.
Nak tau apa yang lagi best?
Anda boleh juga setup fungsi automatic follow-up menggunakan ‘Sequence' untuk memudahkan kerja anda.
Nak belajar bina Messenger Bot anda sendiri? —> https://fames.my/mlp
Kesimpulan
Apa yang saya kongsikan ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri menggunakan ManyChat untuk client-client Team FAMES.
Kalau anda nak belajar lebih detail dan advance lagi tentang strategi ‘Messenger Marketing', saya sarankan untuk join workshop Facebook Marketing Revolution dari 25 hingga 27 Ogos 2018.
Klik butang di bawah untuk info lanjut.
Atau anda boleh juga dapatkan panduan cara setup messenger bot dari link ini.