Apa Perlu Anda Semak Bila Iklan Takde Respon?

“Apa perlu saya semak bila iklan takde respon?”

Inilah soalan yang kerap ditanya oleh peserta dalam kelas copywriting kami. Tak kurang juga yang mengadu;

“Saya dah buat copywriting, dah 3-5 hari buat iklan Facebook Ads. Kenapa takde orang respon? Yang peliknya, saya tengok pesaing buat, benda yang sama, ramai jer yang respon …”

Jika anda SEKARANG ada masalah di atas, berita baiknya, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan beberapa sebab & punca yang anda boleh semak sendiri.

Selepas anda habis baca artikel ini. Anda kena tanya diri sendiri; “Aku dah buat belum, nasihat yang artikel ini kongsikan?”

Tanpa buang masa. Jom kita lihat satu per satu, apa yang perlu disemak.

Semak 1# – Permintaan


Adakah produk yang anda jual ada permintaan?

  • Dah cuba test market, ramai tak yang berminat dengan produk anda?
  • Ramai tak pesaing yang jual produk, dalam niche yang sama seperti anda?
  • Pesaing masih buat iklan atau dah berhenti menjual?

Jika produk itu, anda seorang sahaja yang jual. Hati-hati! Sebab, berkemungkinan produk itu dah tiada permintaan.

Produk yang TINGGI permintaan biasanya TINGGI persaingan.

Jika anda menilai permintaan dengan ‘rasa-rasa ia boleh laku'. Belum tentu apa yang anda rasa, sesuai dengan apa yang pelanggan inginkan.

‘Rasa-rasa' sahaja tak cukup untuk membuktikan produk itu ada permintaan.

Benda ini biasa berlaku, bilamana seseorang itu obses (terlampau cinta) dengan kehebatan produk, tanpa buat kajian permintaan.

“Manusia beli bukan sebab produk. Tapi sebab, nak selesaikan masalah”

Ada produk mungkin boleh selesaikan 1001 jenis masalah.

Tetapi, tak semua MASALAH orang SANGGUP bayar. Ada masalah yang orang prefer untuk selesaikan sendiri. Ada masalah yang mereka perlukan orang lain untuk selesaikan.

Kita kena imbangkan BESAR MANA masalah yang produk kita selesaikan dengan KESANGGUPAN orang membayar harganya.

Contoh masalah: Kemas Rumah!

  • Boleh kemas sendiri (Percuma)
  • Boleh minta orang lain kemaskan (Kadar biasa RM30 – RM70 per jam)
  • Anda tawarkan RM200 per jam (Tiada permintaan)!

Biasanya sebelum buat iklan klien, kami juga akan semak.

Produk/servis mereka ni selesaikan masalah apa? Ada permintaan ataupun tidak? Orang sanggup bayar ke tak? Orang yang macamana sanggup bayar?

Dah jumpa data-data ini, baru kita letak BOOSTER dekat kempen iklan. Ingat! Mulakan dengan semak permintaan terlebih dahulu dan berapa yang orang sanggup bayar.

Takut-takut kita berada dalam zon ‘syok sendiri' menjual produk.

Semak 2# – Pelanggan sasaran

Pernah tak anda terfikir?

Kenapa ayat iklan yang sama, produk pun sama, si A buat menjadi, tetapi si B buat tak menjadi.

Sedangkan, dah terbukti produk itu memang laku & ada permintaan.

Salah satu sebabnya mungkin ‘sasaran' yang berbeza. Nak bagi mudah faham. Saya berikan satu situasi.

Contoh: Jersi Bola JDT (Johor Darul Takzim).

  • “Siapa yang perlukan jersi ini?” – Peminat bola JDT.
  • “Dimana mereka berada?” – Stadium Larkin/FB Page Southern Tiger.

Apa jadi kalau saya buat ayat iklan;

  • Mesej: “Khas kepada peminat bola JDT!”
  • Tempat: Letak dekat depan Stadium Negeri Kelantan.

Agak-agak ada orang respon & angkat tangan; “Saya nak.. saya nak”?

Jangan harap. Sebab kita dah tersalah letak iklan. Walaupun produk ada permintaan, tapi jika sasaran tak kena atau tersalah tempat letak iklan. Iklan tetap tak dapat respon yang baik.

Untuk selesaikan masalah ini, ada 2 benda penting yang anda kena kenalpasti;

  1. Kita kena kenal siapa pelanggan sasaran.
  2. Kita kena tahu dimana mereka berada.

Barulah mudah iklan anda nak dapat respon nanti.

Semak 3# – Copywriting

Permintaan dah ada. Sasaran pelanggan dah tepat.

Tetapi copywriting berbelit-belit. Ini juga antara punca kenapa iklan kita tak ada respon.

Copywriting (penulisan ayat iklan) ini mudah jer. Bila poin ‘apa yang pelanggan nak' ada diletak dalam ayat iklan, mereka akan respon tanpa kita paksa.

Ingat semula. Salah satu tujuan kita buat copywriting;

“Buatkan mereka rasa berminat nak beli & bertindak ikut apa yang kita minta”

Ayat yang kita guna tak perlu guna bahasa professor. Guna ayat yang budak sekolah boleh faham. Ayat yang pelanggan mudah baca dan hadam.

Macamana nak tulis ayat yang pelanggan mudah faham?

  1. Kenalpasti apa yang mereka inginkan.
  2. Kenalpasti apa yang mereka nak tahu tentang produk kita.
  3. Sampaikan ikut bahasa yang mereka guna.

Namun begitu, jika ada istilah yang kita rasa penting & terpaksa guna.

Sila terangkan makna istilah tersebut, guna bahasa yang mudah difahami.

Kita bukan nak bertanding tulisan siapa paling hebat, kita nak pelanggan faham apa yang kita tawarkan dan bertindak segera untuk beli produk kita. That's it!

Akhir kata

Sebagai kesimpulan. Tak kisah anda baru @ dah lama berniaga, jika ada niat nak jual produk baru, sila semak dulu permintaan sebelum tempah stok beribu unit.

  • Pastikan produk yang kita nak jual ada permintaan
  • Pastikan kita kenal siapa pelanggan & tahu dimana mereka berada
  • Pastikan ayat yang kita guna boleh difahami dengan mudah

Semoga artikel ini membantu anda hasilkan iklan yang bagus dan dapat lebih banyak pelanggan selepas ini.

Sekian terima kasih kerana luangkan masa untuk baca.

p/s: Maklumat lanjut tentang panduan step by step kuasai copywriting, anda boleh dapatkan di sini sebelum tempahan ditutup.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *