Kalau kita tengok dalam kalendar tahunan, boleh dikatakan setiap suku tahun akan ada tarikh-tarikh atau event-event yang penting.
Biasanya, usahawan akan ambil setiap peluang keemasan ini dengan mengadakan promosi dan diskaun untuk tingkatkan jualan bisnes mereka.
Dari sudut pelanggan pula, biasanya mereka akan tertunggu-tunggu tarikh penting ni, sebab mereka tahu akan ada “OFFER” yang best-best akan berlangsung dan mereka boleh beli barang yang mereka inginkan dengan harga promosi.
Sebagai contoh, masuk sahaja suku ke-4, macam – macam sales akan muncul.
Antaranya sales 11.11, sales 12.12,Year End Sales, Payday Sales, Promo Back To School dan macam-macam sales lagi la seller akan buat.
“Tapi, kalau selalu sangat bagi diskaun ni bagus ke? Ada tak kesan negatif pada bisnes”
Dulu, saya tak suka buat promo dengan kerap. Sebabnya, saya percaya bila selalu sangat buat promo, nanti prospek tak beli masa takde promo.
Mereka hanya tunggu dan beli masa ada promo je.
Saya pasti, anda juga akan fikir perkara yang sama.
Tapi percaya tak tu hanya persepsi dan MITOS je?
Tak percaya?
Baik, sekarang saya nak ubah MITOS diatas kepada FAKTA baru untuk persediaan ‘marketing' 2019. Anda dah sedia?
5 Fakta Tentang Promo dan Diskaun Pada 2019:
1.Stabilkan Cash-flow
Bisnes ni amat bergantung pada aliran tunai (cash flow) untuk stabil & berkembang.
Kalau nak harapkan jualan harian semata-mata memang akan sakit.
Jadi, tak salah kalau kita adakan promo sales dengan kerap kalau aktiviti ni boleh bantu bawa masuk lebih banyak ‘cash flow' untuk pastikan bisnes kita stabil dan boleh berkembang.
2. Tambah Pelanggan Baru
Sepanjang aktiviti Offer/Diskaun adalah tempoh yang tepat untuk kita tambah pelanggan baharu.
Sebab, prospek yang baru kenal bisnes kita ni biasanya masih ragu-ragu dengan produk kita.
Jadi dengan adanya promo sales, prospekt akan cuba produk kita sebab harga tengah murah.
Anda sendiri akan nampak pertambahan pelanggan baru ini setiap kali anda adakan promo sales.
3. Besarkan Database
Bila pelanggan bertambah, ‘database' juga makin membesar. Mudah untuk buat jualan selepas ini dengan Kos Minimum yang minimum.
Sampai bila kita asyik nak run FB Ads dan asyik cari prospek baru?
Tak salah cari prospek baru, tapi kalau kita ada database pelanggan, ianya lebih bagus.
In case apa-apa jadi pada page, akaun ads FB kita… kita masih dapat teruskan berbisnes.
Contohnya, apabila kita nak launch produk baru… kita hanya perlu ‘blast' atau ‘broadcast' promosi berkenaan kepada database sedia ada.
4. Naikkan Kadar REPEAT ORDER
Ada pelanggan yang pernah beli produk kita, tapi dia tak repeat order. Mungkin atas sebab produk kita mahal atau sebagainya.
Jadi, masa promo sales inilah waktu yang sesuai untuk kita ‘pujuk' pelanggan seperti diatas untuk ulang-pembelian (repeat order).
5. Target Golongan “BARGAIN HUNTER”
Golongan ni lebih dikenali sebagai Price-Buyer.
Mereka adalah golongan yang hanya beli produk bila waktu promo sales sahaja.
Kita boleh nampak ‘pattern' prospek dan juga pelanggan macam ni dalam database prospek & database pelanggan.
Simpan database ‘bargain hunter' ni elok-elok.
Pastikan follow up golongan ini bila kita ada produk baru atau nak buat promosi.
Kesimpulannya
Dengan penjelasan 5 fakta diatas sudah cukup kuat untuk memecahkan mitos' tentang Promosi Potongan Harga yang lama.
Saya juga nasihatkan anda supaya ambil peluang untuk adakan buat promosi setiap kali ada tarikh atau event penting untuk bantu tingkatkan cash flow tahun 2019 bisnes anda.